cupsters

Devil's food cupcakes

Thursday, November 25, 2010

dari mata turun ke hati,
dari mulut turun ke perut.

saya jatuh cinta berkali-kali

mehla cuba, for details here

argh-gila

oo latte, where art thou?

Monday, November 15, 2010

entri ni sikit lagi nak jadi melodrama. syukur alhamdulillah, latte berjaya dijumpai semula..

8++ pm. aku baru je nak mula buat kek bila imah mention pasal latte. latte ni anak kucing yang adik aku bawak balik dari tempat buang sampah itu hari. dia kata kesian tengok, macam orang buang. comel, bijak dan cheeky. aku pon cari dia keliling rumah sambil mengiau-ngiau, tapi takde jawapan. entah kucing mana yang boleh faham ngiauan tu, aku pon kurang pasti. tapi yang pastinya tade reply pon.

kenapa nama dia latte? warnanya seakan-akan gelap macam kopi, anak kucing aku yang malang mati kiterang terlanggar. sebab sedih sangat hari tu, tak sampai hati aku nak buat entri tribute to kopi. kopi ni taktau datang sesat dari mana sampai ke rumah aku kat kinrara. kesian aku kasi dia susu. since then, dia lepak kat rumah kiterang. tak sampai dua minggu pun dia duduk kat kinrara, sebelum peristiwa malang itu terjadi. isk isk

lepas aja and pijah sampai kiterang terus mencari lagi. tak jumpa jugak. aja cakap dah le tu, kalau dia ada kang, ada laa. aku rasa down. maka teruslah ayat-ayat down keluar jua, agaknya memang aku ni takde jodoh dengan kucing, paling lama pon 2 minggu.

tak lama kemudian, maklang aku plak sampai. tiba-tiba aku dengar dari depan, latte latte.. rupanya dia ada kat rumah sebelah tengah cuba untuk melompat pagar. sah-sahlah kau tak sampai kan.

syukur alhamdulillah. bila aku dukung latte, natalia berlari-lari mintak dukung jugak. jeles le tu.

latte oh latte

teringat semasa dulu

when will i see you again?

Sunday, November 14, 2010

alahai rindunya aku pada jalan-jalan bercuti yang menyenangkan dan menyakitkan kaki =)

tanggal hari ni marks setahun lebih aku tak bercuti sakan. oklah, within setahun dari sept 2009 sampai hari ni, tipu sangatlah kalau tak ke mana. yang boleh diingat, port dickson trip oleh tripkengkawan, perlis and penang menghantar della kahwin trip, dan juga unplanned trip to kuala kangsar.

apakah jenis holiday yang aku selalu berangankan? aku berangan untuk getting hitam di tepi pantai. bermalas-malas sambil menghusya budak-budak ni main pasir atau makan pasir dalam kes natalia. sungguh malas sekali.. dan menyenangkan.

tapi cuti yang aku rasa the most exciting ialah getting intimacy with one place yang aku rasa masuk kategori menyakitkan kaki. tak sakit kaki maka tak jatuh cinta lagi. aku memang suka travel dengan public transport dan berjalan kaki ni, walaupun aku tau aku makin cranky nowadays. sebab tu walaupun stay at one place for 3-4 days, kiterang dapat mengenali satu-satu tempat tu dengan agak mendalam sebab memang merayau situ je. semakin banyak merayau, semakin rasa macam-macam lagi yang tak explore.

okla, kalau dapat ke kota singa pun aku akan puas hati. tak pernah lagi ambil gambar dekat lion statue tu.

selama hampir 5 tahun kat uk dulu, aku kira sangat blessed dan bersyukur punya kesempatan dan minat yang sama untuk travel. kalau tak sama minat susah juga nak jadi kan. walaupun takdelah satu europe tu dapat tawan, dapat ke 2 or 3 cities pon kira quite an achievement. aku masih punya impian untuk backpacking satu hari nanti. anak-anak yang disayangi, please be at your best behavior while ayah and maa are away =)

memang takde holiday plan dalam masa terdekat ni pon. tengok gambar-gambar lama untuk kasi motivasi..


vienna - city hall - what about the 'senget' photo, no idea..

afters

how about give it a try?

Monday, November 01, 2010


Oklah, entri ni macam iklan pulak.

rasa macam lama je entri takde gambar. apalagi aku takde kamera, sedih pulak rasanya. seriously, gambar yang datang dari aku mostly from iphone atau nikon compact kamera belongs to adik aku. sob sob.. kiterang memang macam takde semangat. nevertheless, passion aku terhadap foodtography or sebenanya food photography tetap ada. especially bila browse blogs dengan gambar yang super canteks, rasa bersemangat gitu.. terus rasa nak pergi beli hahaha (tapi duit tade)

sabtu yang lepas, alhamdulillah kenduri doa selamat/aqiqah dapat dilaksanakan dalam suasana yang kecil dan meriah. terima kasih pada kawan-kawan yang sudi drive sampai nun semenyih di sana. dan tak lupa juga saguhati untuk natalia, on behalf of natalia aku nak ucapkan many thanks for that. menu yang ala-ala kampung dan semuanya bukan dimasak sendiri hihi. ops, chocolate cake adalah sponsor dari cupsters of course.
  • nasi minyak, nasi putih - katering
  • kari kambing, sup kambing - bro asrar yang masak untuk hakim punya kenduri last time
  • ayam goreng berempah - katering
  • ikan keli goreng sambal - lenggeng
  • gulai nangka - lenggeng
  • kuih muih such as kuih bakar, koci, talam cendol, talam keladi
  • cupsters's kek coklat 
walaupun pada mulanya aku nak launch cupster's new project, due to time limitation the project got to be axed at the very last minute and was substituted with our signature chocolate cake. saya upset tau. review mengenai kek memuaskan dan menggembirakan. rata-rata cakap sedap, aku sendiri pun cakap sedap hehehehe.. oklah, kurang aci sebab aku big boss tapi i'm quite picky to be honest.

so friends, how about give it a try? =)

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images