afters

Once upon a time: CENDOL stories

Saturday, November 25, 2006

Bebaru ni waktu aku melayan blog orang, ternampak gambar cendol pulut yang aduh, sedapnya.. jadi aku teringat bemacam-macam citer cendol yang kekadang bole buat aku senyum sorang

Cerita 1
Dulu-dulu kalau balik beraya negeri sembilan mesti sampai seremban. kalau dah sampai seremban mesti nak singgah minum cendol. kalau dulu-dululah cendol yang glamer kat seremban ni mesti india yang jual. yang sorong basikal dengan mesin ais dia tuu. ada satu aci tu kat depan pasar seremban, memang glamer sebabnya sket punya ramai orang queue nak beli. nak bungkus pon kekadang tak dapat.
tapi tu dulu, beberapa tahun yang sudah berlalu. aku pon dah semakin lupa dengan aci yang jual cendol depan pasar seremban tu.

Cerita 2
Kalu waktu berbuka zaman kanak-kanak dulu, once in a while mak aku buat cendol sebagai dessert. Aku akan pretend sebagai aci jual cendol tadi, main-main dengan orang yang nak makan. akibatnya kena marah le kalau cendol dan air gulanya meleleh-leleh dan bersepah-sepah. Tapi bes hehe

Cerita 3
Cerita cendol ni memang takkan bole lupa punya especially teringat cendol kacang merah. aku memang tak berapa gemar cendol yang berisi selain cendol, contohnya kacang merah. so ada sekali ni kat klcc, aku dan kawan dan seorang lagi kawan dengan awek dia. kebetulan couple ni pergi belikan. so inilah pesanan aku kat mamat yang pegi beli ni, aku tamo kacang merah tau, cendol saja. so mamat ni kata okla dan berlalu dgn girlfren dia.
tak lama pastu dia pon datang membawa drinks kiterang including cendol aku tadi. dengan excitednya aku pon menyudu nak makan. tapi aku pelik kenapa kacang merah je. sudu lagi, aik kacang merah juga. rupanya aku tatau apakah mamat ni dengar atau tak pesanan aku tadi, dia belikan cendol kacang merah takde cendol.
akhirnya aku beli cendol lain dan mamat ni tolong ngabiskan cendol kacang merah tade cendol tadi..

Harapan aku next time bila travel nak cari orang jual cendol nak-nak bila kita pergi ke bandar-bandar luar dari kl. lagi lama bandar tu, lagi tua orang jual lagi otailah dia hehehe ini hanya penaakulan aku ye..

kita jalan-jalan cari cendol!

BEWARE!!

Thursday, November 23, 2006

BEWARE!! Ini bukan kes musang berbulu ayam lagi dah..

A few months ago, kan aku penah cerita hadiah harijadi yang paling tak bes sekali aku dapat tahun ni iaitu surat hutang bil elektrik yang aku tatau menahu. So ini adalah the closing of whole stories. Apa yang korang patut berhati-hati tu bukannya apa, aku sendiri dah banyak belajar dari kes ni. Berhati-hatilah apabila memilih housemate.

Ye, orang memang bermacam ragam. Ada yang friendly, ada yang happy go lucky, ada yang pendiam, ada gak yang tak amik langsung peduli orang, pendek kata macam-macam hal la. Orang yang perlu diambil berat ialah orang yang ada kriteria sebegini:

  • pendiam nak mampos - bukannya apa dia simpan dalam hati tu kita tatau
  • takmo bercampur dgn orang langsung - dikhuatiri akan menyusahkan korang balik satu hari nanti.bukannya apa,kalu dgn kita yang biasa pon tak reti nak mingle, inikan dengan orang-orang yang tak dikenali dan sebagainya
  • orang yg tak reti nak responsible - susah oo especially kalu hal-hal rumah ada besangkut-paut dgn korang lagi
  • orang yang kuat berkira - bukannya apa,saje je letak
aku selalunya tak kesah sangat bila bab berkawan ni, jarangla nak judge person tu by the appearance.kita kawan dengan semua orang kan.dipendekkan cerita,hal bil hari tu akhirnya former housemets kat mesia kena jugak jumpa family minah ni sebab kerjasama dari minah ni amat mendukacitakan.nak menjejak tu je dah makan bebulan.mencecah 4-angka ooo,apa tak sikitnya..

aku kira firstly disebabkan kegelabahan campo kebengongan pegi serahkan duit bil kiterang kat tuan rumah.ni kes tak reti nak responsible terhadap rumah sewa la,seperti mentioned di atas.duit sewa rumah tak bayar,then tuan rumah lak pegi mengancam in the middle of nite dgn 4-5 kawan dia mintak duit sewa rumah dgn bagi notis sebulan mintak keluar.maka duit bil kiterang diserahkan dgn bil elektrik sekali,wtf.bukankah itu kebodohon dan kependek-akalan. duit bil lain kali tolong la pegi bayar kat pejabat pos,bukan serahkan kat tuan rumah yang dah nak mengamuk sakan tu.berasap kepala dia tu agaknya tenants asyik lari je,ni semua terjadi setelah kiterang balik malaysia ye.

pendekkan cerita lagi.memula abang minah ni kononnya bagi aku harapan palsu dalam seminggu nak tolong bayakan.uih baik tak bunyinya.lepas seminggu berlalu, aku pon coba minta penjelasan. bukanlah nak desak cuma nak follow-up je. hati dah berbunga ni. tapi aku mula dapat bunyi-bunyi pertuduhan dari family minah ni. katanya kita ni students suka tenyeh kredit kad bila nak balik for good tu.aiks??

apa yang membuatkan aku sangat sakit hati dan bengang dan marah dan memang darah tinggi aku dah naik dalam beberapa minggu ni.tuduhan-tuduhan yang tak related yang minah ni sampaikan dan abang dia smash kiterang satu-persatu.cuba korang relatekan dengan kegagalan dia membaya bil dengan alasan-alasan di bawah:
  • kononnya dia nak duduk rumah tu dengan aku je,sbbnya kiterang bedua masuk rumah ni memula sekali.then added 2 more nak kasi balance sket sewa rumah.bayangkan 600 pound nak baya 2 orang je??
  • dia kata broadband,telephone n digital tv kat rumah tu mengganggu dia study.seperti semua sedia maklum broadband adalah keperluan kita sebagai students kan.pastu yang kongsi baya tepon n tv adalah 3 orang saja,minah ngok ni tak termasuk.
  • katanya kiterang berparty mengganggu dia study lagi.seingat aku la,jamuan makan tu ada la.our defense,dia duk berkurung dalam bilik sahaja ye.
  • aku n fareeza pegi konsert ct nurhaliza kat london (in april) pon ada dikaitkan.mengong apa??
  • biggest accusation - KITERANG NI SHORT OF MONEY, AND MADE UP STORIES UNTUK MENGPAU DUIT DIA DAN KELUARGA DIA (abg dia ckp kat fareeza). takde bukti aku bayar bil tadela kiterang senang-senang je datang jumpa.
  • pendek kata menurut abg dia,kiterang ni lah yang bahlul dan adik tersayang dia tu je la yang pandai, studious dan baik je la.
kalaulah abg dia berkata begini bunyinya, u all settlela dengan my sister. ataupon i tak nak involve dan tak dapat nak responsible atas my sister's mistake, kan sedap sket telinga ni dengar.tadela hati aku pon berbunga-bunga.tadela aku nak menyumpah-seranah dengan hebatnya.tadela juga darah naik ke kepala.

seperti aku borak dengan fareeza,ingat nak upload la muka minah ni sini.tapi sewaktu mengarang entry ni,tersangat tak seleranya aku nak mencari balik gamba ada muka minah ni apalagi nak meletak kat blog aku ni. i strictly prohibit myself from putting her photo here!

komen sila la komen.

anime

hepi hepi 5th month!!

Tuesday, November 21, 2006



Hari ni Aaqilah 5 bulan. Rasa sekejap je masa jalan, tup-tup 5 bulan dah hehe

Sebenanya dah banyak hari aku nak post something tapi tade mood lak rasanya. Rasa malas sangat, tapi kalu layan Cardcaptor Sakura bole aja. Semalam aku beli choc cake sempena Aaqilah 5 bulan, tapi kiterang akan makankan dengan gembiranya..

Cepat-cepatlah Aaqilah, pandai meniarap hehehe

baru balik

Tuesday, November 14, 2006

assalamualaikum everybody,

yep, we're back in uk. kat sini dah start sejuk tapi alhamdulillah tak macam last year aku dapat tahan.last year rasanya sejuuukk sangat.

kali ni balik tade suasana sedih sangat.on the other hand, kelam kabut, penantian, dan rewards in the end. disebabkan flight yang overbook, dan kiterang volunteer untuk bagi seats (kiterang rasa ada orang yang lebih urgent dari kiterang) dan terima je offer emirates. sepatutnya balik at 1.30 am postponed to 940 am. kalu tak transit kat dubai jadi direct flight to london, heathrow lagi huhuhu kalu next yr kena bejimat cermat nak carik duit if nak balik beraya jugak, rasanya tak perlu lagi =)

kesian aaqilah, baru sehari pipi dah kemerahan balik.

oh ya, sebelum aku terus lupa nak wish le en haris kita ni kan, baru dapat baby last week on the 8th. tahniah le ye haris n anor. welcome to the parenthood, sesama le kita ye hehehe

kenangan aidilfitri 06

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images