flickr

memento

Wednesday, September 30, 2009

percaya atau tak yang raya tahun ni aka aidilfitri 2009 kamera aku tak amik gambar pun especially di pagi raya. aku pun tak percaya maa.. kerana kamera tertinggal di semenyih dan kiterang sudah pun half way ke klang.. jadi tak dapatlah korang nak menyaksikan baju raya aku tahun ni yang aku sempat beli sehari sebelum raya iaitu pada hari sabtu muahahahaha nasib baik sempat u..

takde lemang, takde ketupat, takde juadah hari raya mahupun berbaju raya ;)


bila geng kanak-kanak berkumpul, sekarang sudah menjadi mak kanak-kanak pulak. mana aaqilah?


little gladiators on pink chariot


windu ah saya pada keluarga riang ria seksyen 9

bookworm

simbol yang hilang?

Monday, September 28, 2009

da vinci code - 2004
angels and demons - 2005
my third of dan brown's - THE LOST SYMBOL 2009



kepada peminat-peminat dan brown atau sesiapa yang menantikan buku terbaru beliau di pasaran, silalah mendapatkan di kinokuniya kerana anda boleh mendapat diskaun sebanyak 30% yeah yeah wah nampaknya macam aku dah tolong iklankan, boleh tak dapat diskaun lagi? tak silap aku diskaun ni sampai berapa hari bulan ntah dalam bulan oktober. jadi kalu korang pergi dalam bulan oktober tetiba dah tade diskaun janganlah marah gue pulak ye hehehe
 
also janganlah susah-susah mencari paperback version punya kerana sememangnya takde, contoh exhibit A; yours truly ;P

ye memang hardcover dan mahal terkejut aku tengok. tapi kalau harry potter kau boleh beli, alaa lebih kurang laa tu. at least ada 30% off kan.

good luck dan selamat membaca

festive seasons

ooo balik kampung hati girang

Sunday, September 20, 2009

agaknya dah berapa banyak kali aku repeat lagu yang sama sampai terasa pulak sedih menjelang raya disebabkan melodi dan lirik dia yang menyentuh hati dan perasaan.. uhuhu

aku duk melayan blog kat google reader aku, then stumbled upon satu blog ni citer jem gila kat karak highway semalam. ya, semalam karak highway jem gila sampai dinasihatkan untuk tidak sama-sama meramaikan majlis congestion kat highway tu. dah le highwaynya berbukit-bukit selalunya ada saja kereta yang berasap. jangankan kereta, kepala driver keta pon berasap sama..

tahun ni nampaknya tidaklah aku melalui karak highway, juga tidak tahun lepas. rasanya last sekali was in 2007, balik beraya kat kampung mak aku nun kat kuala terengganu sana tuu. masa perjalanan: 7-8 jam depends pada keadaan trafik. sejak beberapa tahun kebelakangan ni jem kat karak highway tu makin menjadi-jadi. aku tak ingat tahun bila, tapi waktu tu highway yang bypass sampai kuantan tu tak siap lagi (dem aku memang tatau nama ye) beratur laa kereta-kereta nak balik kampung ni hampir sepanjang perjalanan dari karak tu sampai kuantan disebabkan single lane. puh dah duduk melepak kat rnr dekat berapa jam pun tak surut-surut jugak. bila nak balik kl balik toksah cakap la karak highway tu. jadi kalau insaf silalah menggunakan laluan alternatif yang lain.

tiba-tiba di pagi-pagi buta ni aku teringatkan zaman budak-budak aku dulu balik kampung. mak aku kampungnya terengganu, ayah aku pulak negeri sembilan yang perjalanannya less than 2 jam dari gombak. time nak balik beraya memang antara yang paling seronok, mostly disebabkan travelnya. itu yang seronok kampung jauh-jauh bagi aku la. boleh dikatakan kiterang balik dua-dua hampir setiap tahun mengikut giliran mana raya dulu. jadi memang at least setahun sekali memang akan travel jauh (jauh tu 400++ km one way).

apa yang seronok ye? ayah aku prefer untuk drive di malam hari dulu-dulu sebabnya nanti kiterang semua tidur dan dia boleh drive dalam suasana yang aman damai. lagipun kereta tak banyak sangat compared to siang hari. biasala bila berjalan jauh, macam-macam hal kiterang ni. mula-mula main baik je, dah bosan main mesti bergaduh punya. lepas tu sesi leteran dan kemudian tertidur penat. then kiterang sangat teruja bila sampai paka sebabnya ada api seumpama api olimpik. ini sebenarnya area kilang penapisan petroleum laa. nak-nak bila kau lalu di malam hari, sangat cantik.

juga seronok bila singgah makan. kadang-kadang mak aku pun bernostalgia bila singgah kat tempat makan zaman muda-muda dia dulu, e.g area kuantan yang serius aku tak ingat nama. yang aku kagum, rasa masakannya sama je dari zaman dulu sampai laa sekarang, menurut mak aku dan deria rasa seingat aku. kat area kuala terengganu tu pulak memang banyak tempat makan besh dan shopping juga besh especially bila kau bawak local dan cuba menjadi local. kiterang dengan slang yang obviously fail dan berterabur ni selalunya toksah cakap banyak la ye hahaha

mungkin kena belajar cara-cara paling optimum untuk memenuhkan satu hari dengan visit rumah sedara-mara bila esok pagi kau nak bertolak balik dah. rumah wajib saja dah ada at least 5 kut.

sori ini edisi balik kampung jauh. next time aku citer version lenggeng pulak hehehehehe

awat laa aku bernostalgia nak-nak di pagi raya ni? raya ialah perfect excuse untuk tiba-tiba kau bernostalgia dan menunjukkan lebih emosi. raya juga masa untuk kau beringat-ingat dan musim untuk ziarah-menziarah. raya juga penuh dengan keinsafan dan kau akan rasa betapa lucky dikelilingi famili tersayang dan betapa senang dan blessednya hidup.

korang, kirim salam kiterang kat famili sana ye..

aku? officially musim pantang hampir ke penghujung =D

precious

sayonara

Tuesday, September 15, 2009

people say it's a big achievement, after a phd and 2 girls.

after 4, 5 years and it seems surreal that it's almost time to say good bye. the process itself we had to endure seems so long and when you've passed it, it's like in a blink of an eye.

pejam celik pejam celik dah anak 2 hahaha

it's gonna take months to years or probably in million years that we might be able to come here again. whenever it is, thank you so much for an amazing journey of our lives.

=)

Satellite in my eyes
Like a diamond in the sky
How I wonder
Satellite strung from the moon
And the world your balloon
Peeping Tom for the mother station

flickr

royale blue??

Friday, September 11, 2009



ini adalah satu lagi entri tiada tujuan a.k.a cerita kosong a.k.a tidak relevan.

sapa pandai cuba teka apakah kain kaler biru royal atau navy blue (kut??). sewaktu o.h tunjuk kat aku bebaru ni, dengan tiba-tiba aku teringat, ye nilah kaler tema saya waktu kita kawen itu hari.

sungguh pening memikirkan pasal kaler tema, ini dalam kes aku. satu aku sendiri tatau kaler apakah yang umph. dua dalam masa yang sangat singkat persiapannya, apakah sempat nak buat benda2 yang orang lain sudah mula prepare dalam at most setahun punya period? then aku tau memang banyak combination kaler yang cantek-cantek dan comel-comel, tapi aku cuba untuk lari dari mainstream atau tidak mahu nampak terlalu ayu di hari besar itu nanti. takkan la hitam pulak kan, tapi dengan kombinasi yang pandai akan nampak umph dan sleek nanti, pecayalah hehehehe.. since mem besar yakni mak aku tau yang aku suka biru maka dia mencadangkan biru.. tapi biru lembut-lembut gitu. ye mak aku memang bertastekan kaler yang lembut-lembut gitu, biru lembut laa, kuning susu la.. cokelat lembut laa.. tidak..oh those kalers, they're totally not me.. huh mengada sungguh laa..

kemudian, tiba-tiba satu hari aku terbayangkan biru yang sangat gelap. mula-mula aku suggest kita combinekan dengan cream, then ada makcik aku bersama mak aku kata kombinasinya nampak sour. then substitute dengan putih. semua orang aku suruh pakai kaler biru tua gelap tu. sampaikan ayah aku terus nampak slim je dengan baju melayu kaler biru gelap ahahha.. orang lain sapa tade kaler biru tua asal tudung or baju berbungakan biru tua pon kira bolehlaa tuu.. sekali lagi diingatkan, saya memang tidak minat sangat kesamaan hahahahahaa.. tapi aku ni pelik, kadang suka kadang tak berapa suka.. jadi kalau nampak aku dan o.h pakai tshirt sama tu tandanya suka laa tu hahahaha

ok berbalik pada cerita tadi, memang pening kepala rupanya nak carik barang-barang untuk hantaran dan hias bilik bila kita nak ikut kaler tema ni tadi. sebabnya bila melibatkan benda-benda kecik, memang sakit kepala dan menaikkan darah tinggi orang-orang tertentu especially bila kau nak jadi fussy padahal nak kawen less dari dua bulan dah. kemudian bila kau opt untuk kaler yang bukan mainstream, manalah nak dapat dekat kedai ready made. masuk kedai keluar kedai menambahkan penat, hampa dan pressure. last solution, beli juga asalkan biru dan ada putih.

sebagai kesimpulannya, anything is possible ;)

eh apa pulak tak relevan, inikan bulan anniversary. in case di hari itu nanti tak dapat nak post entri super special..

daa




hadiah anniversary, priceless.. another lil missy kekekekekekee

flickr

dalam proses..

Wednesday, September 09, 2009

cerita kosong je ni..


Kasut sebelum dikemas dengan lebih baik ke dalam kotak. Eh, bukan aku punya saja ye.. Agak pening nak pilih mana nak masuk luggage mana nak masuk kotak checheche ;P



Yang ni sayang gila, sebabnya aku memang agak reluctant nak membuang majalah kerana bahan bacaan (walaupun takdelah informative yang berguna sangat haha) Tapi takkan nak angkut sekotak kan, jadi kenalah dihantar ke tong recycle. Selamat diproses ye!

flickr

day 14th

Friday, August 28, 2009

day 14th she is today!

hari ini ialah due date natalia, instead dia dah 2 minggu =) at least bila travel nanti dah over a month, dan aku juga tinggal berapa hari saja confinement period.

macam mana aku berpantang? mana yang boleh dibuat kita buatlah.. mak aku ada kirim post natal set, jadi adalah barut dan minyak-minyak untuk orang lepas bersalin dan juga minyak baby, set rebusan yang aku belum pun rebus huhu, pil-pil macam jamu untuk orang lepas bersalin juga (belum makan jugak lagi ;P), lebih kurang laa tu. since first 10 days aku dah lepak hospital, makan pun style hospital juga. tapi serius senang nak ke toilet. mula-mula memang seronok memilih apa nak makan on hospital menu, tapi lama kelamaan saya dah mula depressed, kerana selagi saya dapat menu hospital selagi itu lah indication yang aku tak boleh balik rumah lagi..

natalia a. azraa, happy 2 weeks. makan banyak-banyak, debab cepat-cepat, get well really really soon okie my miss muffin, she's still a bit yellow =(

mwaahhss smooocchh..


sleeping natalia, originally uploaded by hasniza.

flickr

the inevitable

Wednesday, August 26, 2009


DSC_7424, originally uploaded by hasniza.
this is it, the inevitable..

no matter how hard you work towards your favor, if it's not gonna be, it's not gonna be..

sewaktu aku menulis entri ini, kiterang sudah memulakan proses mengemas barang-barang ke dalam kotak. nampaknya kotak pindah-pindah yang ada pun sudah habis, kena cari kotak atau beli kotak keras lagi. kudos kepada o.h kerana usaha dan kerja kerasnya semalam mengemas baju dan kain-kain, serta membuka 2 unit almari baju dan sudah ready untuk diflat pack later. aku? dalam keadaan sekarang yang dapat tolong ialah mengangkut baju dan memilih mana nak masuk kotak dan mana nak masuk luggage.

setelah 4 bulan kiterang berjaya delay kepulangan, mungkin kali ini kena balik jugak kut isk..

flickr

natalia asfi azraa effirul ikhwan

Saturday, August 22, 2009


natalia asfi azraa, originally uploaded by hasniza.


introducing her, natalia asfi azraa effirul ikhwan, lahirnya pada 13.8.2009 jam 20.00, apa lagi ye berat 2.93 kg, alhamdulillah sihat dan sempurna adanya.

akan tetapi sori ye, entri ini adalah sangat belated kerana sudah seminggu aku terputus internet connection. last week's sunday natalia kena admitted balik kerana level jaundice yang tinggi. immediate summon gitu.

salams dan hello world =D

happenings

let the mayhem begins

Thursday, August 13, 2009

hampir terjadi drama hari ni..

dengan mulut masin o.h kiterang ingat something big akan terjadi hari ni. apparently belum masanya.

tanda-tanda awal dah mula keluar. kita tunggu sajalah esok, atau lusa atau beberapa hari lagi ye

;)

afters

cokelat cake i made ever since i started baking

Tuesday, August 11, 2009

Mana boleh takde mukadimah ;) Ye inilah kek yang telah saya pelajari sejak saya diberi kepercayaan dan kerana semangat poyo juga, lebih kurang 15-16 tahun lepas. But after that I also learnt that the process itself is very time consuming, adakah sebab itu mak aku suka bila aku took over? Tapi demi kecintaanku terhadap baking dan coklat.. tak kesah punya.

However, as time passes by, aku juga sudah menjadi malas hahahahaa

Sorry gambar lama. Nanti satu hari bila dapur saya menghasilkan cokelat kek yang comel sehingga orang yang melihatnya rasa sayang nak makan tapi drooly ah

Here goes the recipe - one of my best kept secrets, chelamak hihihihi


cokelat cake, originally uploaded by hasniza.
resepi kek cokelat

bahan A
4 oz koko powder - ayak
2 cwn air sejuk
8 oz gula
note: sebatikan, masak sampai agak pekat. seeloknya atas api perlahan to medium so that koko powder tak berketul.

bahan B
16 oz brown sugar
16 oz tepung
2 ketul butter
8 telur
2 tsp baking powder
2 tbsp ovalette atau quick 75 - kat sini tak jumpa-jumpa ovalette jadi saya substitute dgn soda bicarbonate (lebih kurang 1 tsp) - ini ialah agen stabiliser
2 tsp vanilla

1. creamkan butter + brown sugar
2. masuk telur sebiji demi sebiji sampai sebati
3. ovalette/bicarbonate soda then vanilla
4. tepung + baking powder (ayak dulu) sikit-sikit sampai sebati
5. last sekali masukkan bahan A yang dimasak tadi. lepas bahan A masak pekat, biar sekejap jangan mix in panas-panas, takut nanti tepung berketul-ketul.
6. masak temp 180 celcius dalam 30-40 min atau sampai masak (test dengan mencucuk toothpick, kalau keluar bersih tak melekat maka kek sudah masak).
7. sejukkan sebelum dihias.

note: yields 2 biji kek berat 1kg++. jadi kalau tanak banyak sangat dalam 1/2 adunan pon ok.

topping
1/2 cup koko powder
1 cup susu cair
1/2 tsp garam
2 kuning telur
1/2 cup butter
3/4 cup air
200gm gula
1 tsp vanilla
50gm tepung jagung

mix semua sebati except butter dan masak sampai pekat secara double boiler, periuk berisi air kat bawah,bekasnya kat atas. jadi maknanya kita masak dengan wap air tu,bukan direct atas api. memang agak lama,dalam 40min ke sejam lebih. once pekat, masukkan butter, tutup api dan kacau sebati. maka bolehlah dihias atas kek mengikut citarasa sendiri. adunan ni proportionate dengan adunan kek, bole cukup untuk 2 biji. selamat mencuba..

precious

the beginning is the end is the beginning

Monday, August 10, 2009

it's 37 weeks + 3 days and still counting..

i have another appointment with midwife this coming wednesday. in aaqilah's case, it's the day that i supposed to meet midwife but instead they got informed by the hospital. i can't tell this time, up until today i feel fine, alhamdulillah. baby is fine and active too, i presume from the movements, kicking and jumping. and as i have mentioned repeatedly before, the second pregnancy of mine is somewhat different from aaqilah.

my temper went horribly wrong, experiencing morning sickness during the first 2-3 months was a new one for me, my overall diet was quite good i think, i put on much more weights even i hardly believe that and i am easily annoyed and such an annoying bi*ch all at the same time ;) also having back discomfort probably since last 1-2 months, foot cramps a couple of times (sangat sakit rupanya) and slight dizziness as a sign that i should eat instantly. normal le tu kan perempuan mengandung ye tak hihihi..

the best suited nickname - maa aaqilah is mrs typhoon

btw, just realized i couldn't fit into my normal 36 shoe size. guess my feet became swollen a bit from the pregnancy, but the sandal is so comel, wat the heck.. kena kerja keras untuk back into shape nih haish..

enjoy food

foodoosh : edisi murtabak dan kari ayam

Friday, July 31, 2009

recently aku teringat dan teringin nak makan murtabak.





ada orang pernah cerita pada aku, ada sorang kakak tu buat murtabak pakai roti prata. cuma masa tu aku tak pay attention betul-betul camne dia buat dengan roti prata, seriously aku ingat masukkan inti di celah-celah layer roti prata. tapi bila nak buat, wat and how?? sebabnya bila instant roti prata tu dah lembut macam mana nak tarik layer dia kan kan kan..

jadi aku bubuh sikit minyak atas roti dan cuba untuk tarik kasi roti lebih lebar dan nipis. macam orang buat roti canai, cuma takde tebar-tebar, saya tak pandai! agak-agak nipis tu letak atas pan yang panas (tapi api kecil), letak mixture telur + inti murtabak dan tutup mengikut saiz dan bentuk yang anda ingini. masak atas api yang kecik dengan minyak sapi (kalau banyak memang cepat muak) sampai bawah garing dan cantik kaler coklatnya. then flip murtabak anda. dah masak dan garing cantek (cakap cantek sambil thumbs up memuji masakan sendiri) bolehla diangkat dan dihidang bersama kuah kari atau kuah bawang macam orang jual kat mesia tu.

ada juga orang pakai kulit popia. bolehla siapa-siapa cuba pulak kan.

pasal inti murtabak, boleh buat mengikut citarasa sendiri, nak pakai resepi inti karipap pun boleh. up to you, sardin, ayam, daging, lamb, apa saja!

jadi next time boleh stock up inti karipap banyak-banyak, then pakai roti prata jadilah murtabak, dengan kulit popia jadi mini samosa, dan kalau rajin buat karipap pusing. haaa how smart is that =)

komen o.h:
  1. murtabak awak mewah gile (ye banyak daging)
  2. murtabak awak tak rasa murtabak saya tau sebab apa. sebab pakai inti karipap..

argh-gila

brussels the capital city

Thursday, July 30, 2009

o.h: kenapa orang lain cakap brussels kurang best?
me: seronok je, besar pun besar.

ern: best la
o.h: mungkin orang lain tanak shopping. jangan tak shopping korang

me: ye aku memang ada intention nak shopping baju murah. solden solden solden

ern: ye ke (nada tak percaya) ???

----------------------------------------------------------
o.h: tanyala kenapa dia sebok nak gi antwerp?

ern: kenapa kau nak pergi antwerp?

me: saja, itu kan capital city (dengan muka konfiden, tapi salah sebenanya haha)


mereka tidak percaya.. aku ini orang geografi haha






argh-gila

Brugge

Thursday, July 30, 2009

me: aku nak pergi brugge
ern: kenapa kau nak pergi brugge?
me: most people cakap cantek gile (ye, memang cantik) pastu seafood sedap

sebenarnya

  • seafood mahal, jadi kiterang decide makan kat brussels saja
  • naik kereta kuda surprisingly dalam 35 euro, approximately dalam 35 minit
  • brugge lebih pricey dari brussels
  • cantik, bersih, dalam sehari boleh setel ;)








parenting

everybody's got to learn sometime

Wednesday, July 29, 2009

dalam banyak-banyak benda, aku hampir terlupa pasal checklist baby dan beg hospital, duh..

sebenarnya barang-barang baby dah ada, ada la beli sikit-sikit. nak kata pakai aaqilah punya ada la jugak, tapi mostly baju newborn dan 6 months ke bawah kat mesia. since aku pun dah ada pengalaman, ada jugak lessons learnt yang aku harap tak repeat this time around. contohnya tak usah excited lebih beli baju kecik-kecik banyak sebabnya baby cepat membesar hihihi common sense eh. pastu tak usah excited lebih juga beli baju cantik-cantik, kerana yang paling sesuai ialah body suit dan sleep suit. kalau nak beli baju cantik-cantik boleh jugak, tapi tak usah banyak nanti tak terpakai. macam aaqilah dulu eventually pakai sleepsuit hospital punya sebab rupanya baju cantik dia tak berapa sesuai. maka teruslah ayah aaqilah mencari sleep suit kat hospital jugak (sebenarnya aku sendiri ingat-ingat lupa, padahal baru 3 tahun)

untuk the mom pun kena update juga. nipple cream yang aku pakai waktu aaqilah dulu dah expired, jadi kena beli baru. tapi aku beli tube kecil sikit, sebab itu hari pun tak habis. err barang-barang during pantang nampaknya kena tunggu sikit hari, samada poslaju dari mesia atau dibawa itu aku tak dapat pastikan lagi. apalagi eh, oh ya jangan lupa maternity pad ok.

apa lagi yang tinggal agaknya. baby crib yang comel bole tak hehehe aaa apa lagi cik hasniza oi, kemas barang masuk beg la. dan jangan lupa bawak kamera ok kali ni.

flickr

never say NO

Tuesday, July 28, 2009

never ever say no no no to someone, something you hardly know.


selipar crocs, most expensive selipar in recent years..


jangan tau kutuk saja, mana tau satu hari kau kena berterima kasih pada yang kau kutuk dulu huhuhu kiterang selalu mengkondem crocs, banyak kali jugak ;P design la, ntahapa la, itu la, ini la. plastik la. tak worth money la.

tapi bila kau desperate yang amat, maka kenalah pay harga yang kau tak rela itu. lepas itu terus mood aku getting better, muka happier dan in fact kurang cranky terus.

inilah dia ubat sakit kaki, sebelum itu jangankan kaki melecet kat belakang, tapak kaki rasanya mencucuk-cucuk. i couldn't distinguished if it's came from my extra baggage or it's normal from the excessive walking activity.

see, i tell you..

daily life

siri cerita pendek

Thursday, July 23, 2009

swine flu, h1n1 watever you call it
mamat teammate sebelah aku ni, yang kiterang selalu borak-borak kosong dan bergelak ketawa tak sihat baru-baru ni. siap boleh buat lawak, hopefully it's not swine flu.
lepas dia balik rumah tengahari isnin tu, sampai hari ni dia tak datang kerja lagi. doktor dia kata in case swine flu, kuarantin kat rumah sampai fully recovered. concern gak dia dengan aku, suruh pergi jumpa gp. so far orang lain within the bay area masih sihat. pening kepala dan risau gila advisor dari school of psychology (projects kiterang, maka main financial support dari situ) sebab sekarang kiterang mengejar release dateline pada awal ogos.

all work and no play makes jack a dull boy
aku tensen betul dengan kulit aku sekarang. sebenanya mungkin aku yang malas jaga hahahaha jadi jangan salahkan produk okie. jeragat atau bintik-bintik hitam (aiyo aku tatau apa nama dia) semakin bermaharajalela ni. pastu kulit macam agak dull lagi menampakkan aku ni makin dull. duh..
aku geram ni kang abis laa (diri sendiri juga).. apa yang habis? poket sendiri juga huhu

reaching 36
sebenarnya belum lagi tapi next week bakal masuk phase yang agak mendebarkan. once you reach 36 weeks, expect the unexpected, chewah. baby sudah matured untuk keluar, samada dia tak sabar-sabar nak keluar atau takmo keluar. aaqilah itu hari 38w+4.. kita tengok yang ni camne pulak, are u gonna break kakak aaqilah's record or u gonna stay put?
oh ya, since next week will be my 36 weeks, maka next week ialah sesi birth chat dengan midwife.
sekejap je kan, aku pun macam tak berapa percaya ;P

doakan semua sihat dan selamat amin..

thoughtful me

frailty?

Tuesday, July 21, 2009

being pushy?

i hate being pushy, because i hate being pushed by others. tapi kadang-kadang dalam hidup kau kena being pushy, otherwise orang akan ambil kesempatan.

ada dalam beberapa kes, orang akan datang minta dan merayu favor dari aku. seperti biasa sebab aku ni baik hati orangnya (saya tak sampai hati) aku akan tolong, walaupun tak banyak tapi sikit akan diusahakan. huh ni dah macam mengungkit pulak, langsung tak dapat pahala. nope, aku cerita ni dari rentetan pengalaman sendiri, as a reminder untuk diri sendiri dan mungkin others.

aku rasa banyak juga aku tolong kasi pinjam duit. nak dapat balik tu, hmm toksah cakaplah macam mana seksanya. banyak kes tak dapat pon. nak kata aku ni senang? tak jugak tapi mostly akan terjadi bila aku mula nak merasa senang. ada orang yang senang pulangkan, sangat alhamdulillah. ada yang macam buat-buat lupa dan needs to be reminded everytime, dan aku kira beruntung la orang-orang itu sebabnya aku ni benci untuk meminta-minta. ye memang hak kita tapi kalau orang tak kasi apa lagi kita boleh buat? takkan semua transactions nak ada black and white, jadi in case something bad happens, there's a proof and see you in court. jadilah kita orang yang berkira pulak kan. dan aku hate being that person as well. mungkin kat dahi aku ada tertampal, saya orang baik hati sila datang jumpa untuk pertolongan..

atas dasar percaya dan baik sangka, aku percaya (almost 100%) pada apa saja orang cakap. aku punya boundary dan limit, selagi within that aku boleh bersabar. adakah aku orang yang bersabar? ironically tidak.

syukurlah aku punya other half yang lebih tegas particularly hak-hak sendiri. dia yang akan menjadi reminder aku dan selalu mengingatkan aku yang mudah lupa ini. sebenanya aku tidak lupa, tapi bagi masa ;P macam aku selalu cakap pada o.h, to forgive, most definately yes. to forget, most probably not.

kata o.h, mungkin awak orang yang jarang rasa susah, sebab itu awak tak kisah. aku diam saja.

macam ni lah, biarlah orang layan kita macam mana sekali pun, kalau boleh jangan buat kat orang lain. jangan lupa Allah itu maha adil dan maha kaya. jangan lupa juga hidup ibarat roda yang berputar dan kau boleh turun ke bawah secara tiba-tiba. at least hati tak susah dan sakit mengenangkan kenapa ini dan mengapa begitu.

thoughtful me

Will we think about tomorrow like we think about now?

Friday, July 17, 2009

pagi ni atau hari ni,

jangan buat lawak konvo atau graduasi unless tuan punya diri yang buat lawak sendiri. pagi-pagi lagi o.h buat lawak bertanyakan kenapa aku tak siap-siap lagi, padahal dah dekat pukul 9. semalam pulak tanya kalau aku dah siap iron shirt dan suit dia. aku? layankan je hehehehe

since aku sendiri masih berulang-alik ke highfield (main campus) maka aku dapatlah saksikan kemeriahan majlis konvo. walaupun tak sebesar dan as grand as in malaysia, tapi majlis konvo tetap majlis konvo. smart and proud faces of parents and families apalagi orang yang nak dianugerahkan. adat istiadat dan majlis yang sangat simple, no loud background music apalagi ucapan oleh vc alone yang makan masa 2 jam. o.h pernah masuk dalam dewan attending his friend's grad 2 years ago (free tiket) dan dia cakap dewannya kecil saja. memang kalah sangatla dengan dewan seri budiman atau dewan-dewan kat malaysia. orang yang berucap pun (aku tak sure sapa, mestilah orang kuat uni) pun berucap paling lama, adalah dalam 15 minit ini pun aku exaggerate. most guys will put suit on them, hensem.. heheheh dahle mat saleh ni tinggi-tinggi. o.h cakap itu hari kalau dia pergi mungkin nak pakai baju melayu dan sampin koleq dia hahahahahaa kalau suit dia nak pakai tie koleq dia yang aku sure dia tak bawak (eh ada ke dia cakap ni?)

kalau tidak sekarang ni agaknya aku dalam dewan dan tunggu o.h's turn nak snap gambar, dengan perasaan bangga dan bunga-bunga dalam hati. o.h pulak, those who knows him well faham-faham sajalah hahahhahahaha kebotakan kepala dia akan dicover baek punya oleh doctoral cap..

argh.. aku sendiri sedih nak sedikit bitter tak dapat nak celebrate the official kejayaan o.h. orang boleh cakap alaa yang penting lepas phd, tapi to be frank, sakit gak hati bila kau missed submission deadline dalam 1-2 hari huhuhuhuhuhuhuhu

argh-gila

i'll stay with you

Thursday, July 16, 2009

siapa kata adult tak cranky macam budak-budak? silap tuu..

kalau budak-budak mula cranky, mungkin dia mengantuk atau letih jadi dia mula buat perangai. atau dia tak dapat apa dia nak. atau boleh jadi dia nak attention kita.

tapi macam mana kalau orang besar (oh tak tergamak nak guna orang tua haha) yang mula cranky? sebab-sebab di atas juga boleh diapply dalam most cases, tapi in certain cases mungkin boleh jadi lebih kompleks. tapi asasnya tetap sama.

aku notice ada certain period dalam setiap bulan, senang cakap pms la. memang aku akan cranky. antara sebab, graf mood yang fluctuates cam orang gila, then selalunya aku akan mengalami kejang perut, peha, pinggang yang menyeksakan. even sampai sekarang tapi sudah turun level mild, tapi tetap uncomfortable kan.

recently angin aku pun macam tak berapa menentu. kadang tu sepoi bahasa saja, kadang tu puting beliung. even the slightest and smallest things boleh annoys aku yang selalunya easy breazy je (ye ke..~)

macam semalam aku terjatuhkan coin 1 pound dalam changing room waktu nak gi swimming, uuu memang snap. hilang lesap macam asap. atau bebaru ni staff kad aku bengkok dan menyebabkan chip rosak, memang sangat bersabar. dahle lepas tu nak inform travel office (sebab ada lagi balance 2 minggu monthly pass) opis pulak tutup. lepas tu pakcik bas suruh aku bayar tambang jugak walaupun dah tunjuk receipt monthly pass tu. lepas tu geram dengan aaqilah yang secara automatiknya akan muntahkan balik apa yang aku suap bila dia notice ada yang dia tak suka e.g veggie. atau bila o.h dengan straight forwardnya tak kasi aku minum kopi dan kata aku degil. aku tau niat dia baik tapi bila aku mula cranky, aku rasa semua benda macam piling up atas kepala. maka bila sampai satu tahap memang macam gunung berapi huhuhu samada aku mengamuk atau tak pasal-pasal menangis..

atau kata orang ini hormonal during pregnancy..

doa aku banyak-banyak, janganlah affect baby =( amin

tiba-tiba aku teringat ferrero rocher..

precious

once upon a time

Monday, July 13, 2009

dalam banyak-banyak benda yang boleh dihadiahkan pada orang yang kau in a serious relationship, adakah orang terfikirkan cd lagu?

time student dulu, mahal tu cd lagu, in fact sampai sekarang pun tetap rasa mahal lagi, kalau tak takkan la aku rajin mendl secara tidak sah sekarang ni. jadi cd lagu ni macam special occasion la gitu.

  • cd hadiah pertama - less than 3 months after we're in serious phase. kiranya hadiah bday yang serius tapi belum serius gila ( as in tak spent banyak mana). ada orang terharu gile, sebabnya inilah first ever cd ori yang dia ada


  • saja kasi, maklumlah jauh dan windu huhuhu


  • hadiah super special, hehehehe spesel edition - deluxe edition bonus disc.. sanggup tak makan..(chee penipu)

lepas ni cd aman damai penenang jiwa pulak. niat nak kasi, bersama-samalah kita mencari ketenangan dan kedamaian rohani.. amin ;)

precious

personal sketch book

Friday, July 10, 2009

like a big kakak to aaqilah (can i tell whether my blog is masculine or feminine hehehe)

di entri yang ke 502 akhirnya dapat aku wish there.she.goes long live and rajin-rajinlah lagi berblog, jangan stop bercerita walaupun banyak yang merepek. ada entry yang super panjang, ada yang serupa facebook status, ada juga entri lirik lagu yang menurut o.h cheating gile. watever pon, dah menjangkau 500!!

sebenarnya aku sendiri tak sedar dah 500, macam surreal pon ado. yela kan, 500 tu macam banyak, tapi secara logik dalam masa nearly 5 tahun ni the number itself macam believable kan. itu pon tak blogging hari-hari kalu tak haaa amek aku..

macam-macam cerita ada. suka ada, duka ada, bitter ada, proud moments, senang susah.. cerita makan-makan, geli aku nak baca balik pon ada, cam getik pon ada gak haha.. macam personal sketch book lebih kurang.. ada orang pernah cakap kat aku, dari blog kau boleh kenal orang itu macam mana. jadi aku ni macam mana? hahahaha takde lah aku tidak expect korang untuk jawab ye

miss blog, terima kasih

enjoy food

happy 501

Thursday, July 09, 2009

musim summer adalah musim orang berbbq, sambil berkelah-kelah di taman atau tepi pantai. bila lagi nak merasa panas matahari ala-ala malaysia, cuma less humid maka kuranglah berpeluh.

date: 05 july 2009
venue: k.fiza's back garden yang comel

satay spesel oleh chef fizza dan mon ayam tandoori




aaqilah seronok nak join, comot di muka bukanlah special effect ye, itu akibat budak nakal bermain arang



mems and kids



sesi membakar mestilah kerja enciks. di mana ada aktiviti menarik, di situ pasti ada little missy


p/s: after nearly 5 years of blogging (ish tak sangka), happy 501th entry to there she goes hihi


kawaii

ubat sakit kaki?

Wednesday, July 08, 2009

kasut comel pengubat sakit kaki particularly tumit =D




recently saya sudah tidak berapa larat untuk jalan kaki macam orang gila lagi. jalan kejap dah kena duduk rest. serius sakit nak-nak tumit, yang aku rasa pressure terhadap berat yang bertambah. kadang-kadang kena jalan terjengkit-jengkit huhuhu kata o.h mungkin aku kena beli kasut untuk orang tua, yang punya soles yang lembut gitu especially untuk pejalan kaki macam aku..

thoughtful me

passport renewal

Friday, July 03, 2009

semalam aku gi renew passport, sedar tak sedar dah nak expired dah end of this month. setel satu perkara.

checklist untuk passport renewal: or boleh refer sini

  1. Applicant must come personally with their passport and complete Form A (IM42).
  2. Original Malaysian Identity Card (I.C)+ One Photocopy of each side of the I.C.
  3. 2 (Two) Passport Photos (Blue Colour Background, Full Face Facing the camera and decent dress (No bare chest). (3.5 cm x 5.0 cm)
  4. New Passport application form is available at our office at £ 0.25 pence each.
  5. Cash Payment of £ 50.00 per 32 pages passport and £ 100.00 per 64 pages passport.
  6. All applicant must come to the Immigration Office between 09.00 am to 12.00 pm to get the queue number.

ni untuk 18 tahun ke atas ye.

tapi rupanya sudah ada service mengambil gambar di jabatan imegresen malaysia sekarang, cuma sorry saya tidak tau berapa. jadi kepada sesiapa yang tidak sempat mengambil gambar, jangan risau-risau boleh aja ambil di sana.

sebabnya aku lately boleh tahan kalut dan busy sangat sampai tak sempat amik gambar. so sehari sebelum aku pergi husya la kat portswood tapi sampai 15pound apa cerita kan. satu lagi kedai sudah ada review yang boleh tahan teruk dari kawan aku. jadi tawakal sajalah dan pergi ke london sambil cari-cari kedai gambar atau mana-mana kedai yang menyediakan perkhidmatan bergambar ni. sini memang ada banyak photo instant booth tapi malangnya berbackground putih (since visa, passport, lesen dll requires white background). jadi sewaktu on the way mengikut jalan suka hati sendiri ke embassy aku stumbled upon satu pharmacy kecik yang menyediakan perkhidmatan gambar instant. once aku cakap nak gambar passport, terus mamat tu kata malaysian dan mengeluarkan kain latar belakang biru. cayalah!! lepas tu harganya adalah one third dari kedai ludicrous portswood. tak ke banyak sangat bezanya tu. tapi sebenarnya bila sudah masuk kes last minute cam aku ni, aku kira ni adalah rezeki. in fact kalau dia charges more or less dengan harga yang aku tanak bayar in the first place, apa lagi aku boleh buat. tak sanggup rasanya return to london next time semata-mata nak renew passport lagi.

dengan current conversion, adalah less dalam 11-12 ringgit..

argh-gila

makan besar sekali-sekala

Tuesday, June 30, 2009

after 3 years and a half..







nak letak gambar banyak-banyak pon penat juga, jadi seperti biasalah kan, dengan berbesar hati saya persilakan melayan here hihihihi

flickr

dr other half

Monday, June 29, 2009

many congratulations!!!
alhamdulillah and we so proud of ayah =D


tengah tekun menelek dan last minit checking

much luvs,
maa, aaqilah and baby

enjoy food

2 wishes

Monday, June 22, 2009

first and foremost, it's a happy birthday wish to dearest little missy, probably that's why she's still like a little girl to me, and physically petite to be honest. some people won't believe that she's already 3.

and then, happy father's day to aaqilah's ayah and my ayah.

indescribable. indefinitely. much much loves. thank you =)

argh-gila

tak pepasal..

Saturday, June 20, 2009

passport aku dah nak expired end of july. kalau diikutkan hati, aku rasa waktu nak buat passport baby esok-esok(which is in ogos-sept) baru nak nak renew sekali. tapi kan semua orang cakap mana boleh camtu, nak-nak di negara orang. sahih status aku akan menjadi pendatang haram pulak. jadi marilah kita pergi renew passport lepas viva esok. sementara aku masih aktif berjalan ni kan. maklumlah, kena naik ke london tu haaa.. naik turun tube station nanti huhuhu

no 2, agak sedih la sikit sekarang. kenapa oh kenapa di saat inilah laptop kesayangan hamba nak buat lawak pulak. saat ini sangat alhamdulillah (please no jokes ok) aku mengadap screen laptop sendiri. sudah nearly 2 weeks rasanya aku kena pinjam monitor o.h untuk buat kerja atau surf internet or main games, lantaran skrin aku pengsan. eh, kalau kata dead karang macam serius pulak. aku tatau kenapa dan mengapa, tiba-tiba dia menggelapkan diri dan nanti tiba-tiba ok balik. adakah kerana graphic kad? sah-sah warranty dah habis, since aku beli end of 2007. bila aku cerita kat team mates aku, derang kata mm tadela lama sangat notebook aku nih. sungguh saya takde plan nak beli yang baru, betul wahai laptop tersayang. macbook mahal bebenor huhuhu (huh niat ke tu??) o.h pulak kata, dari awak anta repair skrin awak tu, saya rasa boleh dapat notebook baru. ish ish..


saya doakan inilah saja ujian buat masa sekarang, particularly sekarang. amin..

aku ni kalau dah distress karang, shopping adalah remedy yang sangat cepat dan mujarab hahaha. lepas tu distress balik.. come on summer sale, i'm impatiently waiting nih..

daily life

long slow slide

Thursday, June 18, 2009

lately jangankan budakbijak, aku rasa banyak blog sudah mula menyepi. hear you me super duper busy, there she goes juga busy dan bila di rumah rasanya sudah tidak punya idea dan kuasa juga tenaga untuk blogging.

kadang-kadang ada cerita atau idea yang tiba-tiba ada. aku dah tulis half way but then, idea diminished dan terus lenyap begitu saja. kadang-kadang bunyi macam poyo pon ada. kadang-kadang terasa nak tulis technical stuffs, tapi hehehe aku tak rasa orang yang sebegitu. gosip artis aku tak minat, baca tu okla. cerita sports kan kadang-kadang ada. asyik gambar food tapi resepinya sikit punya malas nak letak hahaha..

okla, lately memang saya ini cepat penat. balik around 5++ dan sofa atau katil ialah destinasi pertama kalau boleh bila sampai rumah. once dah baring, kalau tak napping alamatnya memang susah nak bangun. akhirnya aku sudah mula merasai keberatan muatan berlebihan. jalan pun tak selaju dulu. itupun pada mata sesetengah orang, aku masih aktif ke sana sini..

lagi satu cerita, for the first time ever aku membeli maternity top. waktu aaqilah dulu aku banyak pinjam tshirt other half. kali ni terasa macam nak bergaya sikit, boleh la kan hehehe.. cuma aku je yang tak berapa comfy, nanti peyutnya sangat obvious. errr at least orang tak assume aku buncit ekekeekekeke

later people..

flickr

doctor blocks, no stingy please

Monday, June 15, 2009

aku belikan aaqilah cokelat semalam. cakap dengan aaqilah, mintak tolong dengan ayah bukak. terus dia hilang cari ayahnya.

kemudian aku dengar komen dari o.h, ish aaqilah ni kedekut la sekarang. mesti dia mintak sebiji dua dari aaqilah tu. dan diikuti dengan next komen, anak sulung ni memang kedekut.

wei, wait.

saya tak rasa saya kedekut, sampuk aku dari dapur. sekarang mungkin tak tapi dulu?? o.h terus dengan cubaan defending his point.

nampaknya aku kena mengumpul statistik ni haha. aku rasalah kan, aku ni boleh tahan pemurah jugak. tapi adakah sebab aku ni boros maka aku tak berapa kisah spending on adik-beradik? atau perempuan sulung less kedekut dari lelaki sulung. hmmm tapi ayah aku juga tidak kedekut dengan adik-beradik dia. ini dari observation aku dan cerita dari makcik pakciks.

adakah aku yang tersilap antara kedekut dan berjimat cermat. apa pun, aku ni neither kedekut nor penjimat hahaha


doctor blocks, originally uploaded by hasniza.

quizzical

kisah perempuan mengandung

Wednesday, June 10, 2009

mood yang tidak menentu lately nih, the graph seems to fluctuate between the very high and the very low point..

dalam dua minggu lepas, aku ni macam down gile sebab utamanya ialah kerja. memang rasa nak give up (tp bukan sekarang la) lepas ni. kiranya inilah assignment terakhir aku dalam dunia it yang makin bosan ini, cheee.. hari-hari balik muka masam je, ngadap pc cuba untuk sambung kerja tapi blank aje pandangan tu. bosan betullah. hari-hari o.h tanya apa progress, dengan muka masam mencuka itulah jawapan aku. pendek kata terseksa je rasa huhuhu

tapi mid last week dah rasa makin ok. somehow nasihat o.h supaya relax-relax aja dan cuba jaya mula berkesan. daripada blank aku dah mula dapat idea. walaupun to date masih tak jalan seperti yang aku bayangkan, at least aku dah mula nampak hala tuju. oh ya last week juga aku ada meeting in terms of contract aku, apa cerita lepas maternity leave nanti. not so bad aku rasa, mungkin sebelum tu aku dah expect the worst possible outcome. hari jumaat tu pulak aku rasa dah banyak sangat gelak..

tapi semalam aku pun tatau kenapa, dan salah apa, aku rasa macam pening berpusing lepas makan lunch. adakah sebab teh kosong bersama bihun goreng (really??) atau udara yang tidak circulate di dalam lab. seating location aku terletak nun di dalam, dan walaupun aku sit next to window glass tapi bukannya jenis boleh bukak. ada rasa macam nak muntah dan aku mula peluh-peluh. apa lagi, aku pun cakap le kat mamat belakang aku ni, err aku rasa nak sambung kerja kat rumah. pening semacam. terus kemas beg dan chaloo..

pagi ni derang tanya camne aku rasa? ada ok tak. aku siap cerita kat gary ingat nak sambung kerja tapi aku tido je petang semalam. seperti biasa respond yang 'merisaukan' aku, tape tape jangan risau-risau. dari hari tu katanya, don't beat yourself up. err bukanlah saya tak risau, kerja saya bukannya setel lagi pon. mati laa kalu itu jugak tak jalan-jalan dan tade progress yang menyakinkan, betul tak.. being pregnant isn't an excuse..

budak-budak ni lagi bertuah, kata dierang aku punya alasan kukuh untuk balik bila-bila masa bila tak sihat, boleh relaks-relaks dan boleh saja buat kerja kat rumah. ada ka camtu pulak??

macam aku cakap kat budak-budak ni, this time around it's somehow different. sangat hormonal, sangat ill tempered. mujurlah o.h tak layan sangat bila aku berangin tu, kang kalu dua-dua berangin ribut taufan pulak rumah ni. aaqilah le kesian dia terpusing-pusing dalam tornado gile tu.

again, shouldn't be an excuse ye..

flickr

lsl away day

Tuesday, June 09, 2009

Some of pics from lsl away day. enjoy people..
June 05, 2009.
Queen Elizabeth country park near Petersfield, Hants

Some of the ladies and there's a guy all of a sudden popping up



Menu yang boleh dimakan, halal burger, halal kebab dan creamy salad yang best


Tiba-tiba satu grup muncul dan join sesi merehatkan otot kaki

Tempat berehat sementara sewaktu aktiviti jalan-jalan. Boleh tahan steep le menuju ke piknik area. semput gak gue


team mates aku, lisha, yang yang and adrian. selamba je tak invite manager aka supervisor join gambar, how rude is that? dan juga perut yang tak sudah tak dapat disembunyikan lagi huhu


originally uploaded by hasniza.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images