afters

how about give it a try?

Monday, November 01, 2010


Oklah, entri ni macam iklan pulak.

rasa macam lama je entri takde gambar. apalagi aku takde kamera, sedih pulak rasanya. seriously, gambar yang datang dari aku mostly from iphone atau nikon compact kamera belongs to adik aku. sob sob.. kiterang memang macam takde semangat. nevertheless, passion aku terhadap foodtography or sebenanya food photography tetap ada. especially bila browse blogs dengan gambar yang super canteks, rasa bersemangat gitu.. terus rasa nak pergi beli hahaha (tapi duit tade)

sabtu yang lepas, alhamdulillah kenduri doa selamat/aqiqah dapat dilaksanakan dalam suasana yang kecil dan meriah. terima kasih pada kawan-kawan yang sudi drive sampai nun semenyih di sana. dan tak lupa juga saguhati untuk natalia, on behalf of natalia aku nak ucapkan many thanks for that. menu yang ala-ala kampung dan semuanya bukan dimasak sendiri hihi. ops, chocolate cake adalah sponsor dari cupsters of course.
  • nasi minyak, nasi putih - katering
  • kari kambing, sup kambing - bro asrar yang masak untuk hakim punya kenduri last time
  • ayam goreng berempah - katering
  • ikan keli goreng sambal - lenggeng
  • gulai nangka - lenggeng
  • kuih muih such as kuih bakar, koci, talam cendol, talam keladi
  • cupsters's kek coklat 
walaupun pada mulanya aku nak launch cupster's new project, due to time limitation the project got to be axed at the very last minute and was substituted with our signature chocolate cake. saya upset tau. review mengenai kek memuaskan dan menggembirakan. rata-rata cakap sedap, aku sendiri pun cakap sedap hehehehe.. oklah, kurang aci sebab aku big boss tapi i'm quite picky to be honest.

so friends, how about give it a try? =)

afters

a simple birthday dinner

Tuesday, June 22, 2010

a simple birthday dinner to cater 3 and half people. natalia takdelah makan sangat, mana boleh belasah semua. aaqilah berjaya menghabiskan (or nearly habis) nasi, ayam dan cupcakenya sebab nak buka present punya pasal. berjaya menahan dia bukak since sunday night. macam-macam alasan bagi dah huhu

walaupun simple, tapi pagi ni aku bangun dengan sakit-sakit badan. apesal la flat semacam?. ini belum nak buat party lagi ni, kalau camni camne nak masak besa punya? order katering laa jawabnya hahaha


a simple birthday dinner

ok, as i promised in my previous entri. my experience with chocolate ganache. aku pernah try tapi tak pernah piping due to it's consistency. kali ni aku cuba resepi lain, dan sejukkan dulu. messy, buttercream lagi senang rasanya. however, walaupun texturenya yang kurang menyakinkan bila piping, it stays accordingly. dan sedap! kurang muak as compared to buttercream.

practice makes perfect. next time saya cuba lagi. selamat maju jaya!!

sebiji rm3 place your order now ;)

afters

cokelat cake i made ever since i started baking

Tuesday, August 11, 2009

Mana boleh takde mukadimah ;) Ye inilah kek yang telah saya pelajari sejak saya diberi kepercayaan dan kerana semangat poyo juga, lebih kurang 15-16 tahun lepas. But after that I also learnt that the process itself is very time consuming, adakah sebab itu mak aku suka bila aku took over? Tapi demi kecintaanku terhadap baking dan coklat.. tak kesah punya.

However, as time passes by, aku juga sudah menjadi malas hahahahaa

Sorry gambar lama. Nanti satu hari bila dapur saya menghasilkan cokelat kek yang comel sehingga orang yang melihatnya rasa sayang nak makan tapi drooly ah

Here goes the recipe - one of my best kept secrets, chelamak hihihihi


cokelat cake, originally uploaded by hasniza.
resepi kek cokelat

bahan A
4 oz koko powder - ayak
2 cwn air sejuk
8 oz gula
note: sebatikan, masak sampai agak pekat. seeloknya atas api perlahan to medium so that koko powder tak berketul.

bahan B
16 oz brown sugar
16 oz tepung
2 ketul butter
8 telur
2 tsp baking powder
2 tbsp ovalette atau quick 75 - kat sini tak jumpa-jumpa ovalette jadi saya substitute dgn soda bicarbonate (lebih kurang 1 tsp) - ini ialah agen stabiliser
2 tsp vanilla

1. creamkan butter + brown sugar
2. masuk telur sebiji demi sebiji sampai sebati
3. ovalette/bicarbonate soda then vanilla
4. tepung + baking powder (ayak dulu) sikit-sikit sampai sebati
5. last sekali masukkan bahan A yang dimasak tadi. lepas bahan A masak pekat, biar sekejap jangan mix in panas-panas, takut nanti tepung berketul-ketul.
6. masak temp 180 celcius dalam 30-40 min atau sampai masak (test dengan mencucuk toothpick, kalau keluar bersih tak melekat maka kek sudah masak).
7. sejukkan sebelum dihias.

note: yields 2 biji kek berat 1kg++. jadi kalau tanak banyak sangat dalam 1/2 adunan pon ok.

topping
1/2 cup koko powder
1 cup susu cair
1/2 tsp garam
2 kuning telur
1/2 cup butter
3/4 cup air
200gm gula
1 tsp vanilla
50gm tepung jagung

mix semua sebati except butter dan masak sampai pekat secara double boiler, periuk berisi air kat bawah,bekasnya kat atas. jadi maknanya kita masak dengan wap air tu,bukan direct atas api. memang agak lama,dalam 40min ke sejam lebih. once pekat, masukkan butter, tutup api dan kacau sebati. maka bolehlah dihias atas kek mengikut citarasa sendiri. adunan ni proportionate dengan adunan kek, bole cukup untuk 2 biji. selamat mencuba..

afters

edisi eksperimentasi

Monday, March 30, 2009


fried bihun hailam-style, originally uploaded by hasniza.

pizza - chicken tikka masala, originally uploaded by hasniza.

devil's food cupcake, originally uploaded by hasniza.

aaqilah and cupcake, originally uploaded by hasniza.

is it good aaqilah?, originally uploaded by hasniza.
takdelah all one shot in a day. koleksi bulan mac lebih kurang macam tu. and that answered why we spent slightly higher this month hehehe jangan marah, semua dah masuk perut, selamat..

afters

projek malay kueh

Thursday, September 04, 2008

recently aku sangat semangat dengan kuih-muih melayu ni. maklumla puasa kan. tade rasa nak buat cupcakes atau muffin atau roti atau baklava. aku teringat kat seri muka, buah melaka, karipap, lopes etc..

jadi since day 1 lagi aku mulakan projek malay kueh dengan buah melaka. sebabnya senang dan ntah kenapa dah jadi a must to do on the first day puasa since aku start belaja buat buah melaka atau onde-onde to some people. kalau istilah lenggeng derang panggil glomang or something like dat. serius aku lupa tapi sapa tau please let me know thanks. tapi glomang tu cam pelik plak, no?

2nd day sebab tak berapa punya masa aku buat bubur chacha. the hubby dengan suggestion (request) bubur pulut hitam tapi macam tak berapa sempat. bubur pulut hitam goes into my list for coming days now.

semalam pulak aku dah tak tahan nak seri muka especially resepi yang aku requested kat adik manes aka cik apple dah dapat. merasalaa seri muka semalam kudos to cik apple kita, ops her mum actually. time kaseh makcik ;)

so what's in for today? nothing plan yet, probably today is bubur pulut hitam day. hey,drop in some idea, terima kaseh daun keladi..

"projek malay kueh is basically an appreciation towards the legacy of malay kueh tradition and work-continuation efforts"
hasniza

afters

kerana pose, inilah jadinya

Monday, March 17, 2008

dah dua hari ni aku duk ganti pose. dah lama nak pose tapi asyik telupa la, pastu takleh la, jadi baik aku setelkan sebelum maghrib lagi lambat. tak sanggup rasanya ganti pose waktu summer. subuh 3am dan dawn at 9pm.

so hari ni kiterang berdua je kat rumah. the hubby went to soccer tournament nun di warwick, dan aku pon pose. biasa la pose-pose nih, nafsu makan tu sentiasa begelora huhuhu aku teringatkan beskut oreo yang aku beli ari tu, dan sesaja google resepi bes. huuih the images of those scrumptious oreo cupcakes/oreo cheecakes got me drooling. teruk sungguh..

aku mula bajet dalam kepala apa ingredients yang ada, dan agak problem bila butter ada sket je. camne nak buat cupcake tu. ikutkan hati memang aku dah gerak gi supermarket carik butter dan shopping groceries sket tapi memikekan nak angkut kereta aaqilah turun tangga, satu kerja gak tu. kalu laa the hubby ada sekarang nih sighh

tetiba aku teringat aku ada satu resepi yang doesn't need butter but veggie oil. tapi problem lain lak, minyak masak aku pon agaknya dapat 1/2 cup je, olive oil banyak le. pike punya pike, aku rasa go for it. terus aku kluakan sume menda dan buat, sebenanya aku alter sket resepi mengikut apa yang ada je laa, in terms of veggie oil nih.










my sukati-style oreo muffin
2 cups tepung 1 cup veggie oil (in my case nih 1/2 cup veggie oil + 1/2 cup melted butter) 1 cup susu 1 cup gula 2 eggs 1 tsp garam 1 tsp sodium bikarbonat 2 tsp baking powder 1 tsp vanilla extra - up to u, choc chips, pisang, cherry, oreo pon bole *mix all, bakar 180 celcius dalam 10-12 mins or sampai masak.

good luck!!

afters

Once upon a time: CENDOL stories

Saturday, November 25, 2006

Bebaru ni waktu aku melayan blog orang, ternampak gambar cendol pulut yang aduh, sedapnya.. jadi aku teringat bemacam-macam citer cendol yang kekadang bole buat aku senyum sorang

Cerita 1
Dulu-dulu kalau balik beraya negeri sembilan mesti sampai seremban. kalau dah sampai seremban mesti nak singgah minum cendol. kalau dulu-dululah cendol yang glamer kat seremban ni mesti india yang jual. yang sorong basikal dengan mesin ais dia tuu. ada satu aci tu kat depan pasar seremban, memang glamer sebabnya sket punya ramai orang queue nak beli. nak bungkus pon kekadang tak dapat.
tapi tu dulu, beberapa tahun yang sudah berlalu. aku pon dah semakin lupa dengan aci yang jual cendol depan pasar seremban tu.

Cerita 2
Kalu waktu berbuka zaman kanak-kanak dulu, once in a while mak aku buat cendol sebagai dessert. Aku akan pretend sebagai aci jual cendol tadi, main-main dengan orang yang nak makan. akibatnya kena marah le kalau cendol dan air gulanya meleleh-leleh dan bersepah-sepah. Tapi bes hehe

Cerita 3
Cerita cendol ni memang takkan bole lupa punya especially teringat cendol kacang merah. aku memang tak berapa gemar cendol yang berisi selain cendol, contohnya kacang merah. so ada sekali ni kat klcc, aku dan kawan dan seorang lagi kawan dengan awek dia. kebetulan couple ni pergi belikan. so inilah pesanan aku kat mamat yang pegi beli ni, aku tamo kacang merah tau, cendol saja. so mamat ni kata okla dan berlalu dgn girlfren dia.
tak lama pastu dia pon datang membawa drinks kiterang including cendol aku tadi. dengan excitednya aku pon menyudu nak makan. tapi aku pelik kenapa kacang merah je. sudu lagi, aik kacang merah juga. rupanya aku tatau apakah mamat ni dengar atau tak pesanan aku tadi, dia belikan cendol kacang merah takde cendol.
akhirnya aku beli cendol lain dan mamat ni tolong ngabiskan cendol kacang merah tade cendol tadi..

Harapan aku next time bila travel nak cari orang jual cendol nak-nak bila kita pergi ke bandar-bandar luar dari kl. lagi lama bandar tu, lagi tua orang jual lagi otailah dia hehehe ini hanya penaakulan aku ye..

kita jalan-jalan cari cendol!

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images