pertama-tama sekali, congrats maka terima kasih buat maksu aka adik aka kike harizah kerana memenangi tiket movie (yeay, free!) the twilight saga: new moon. kedua pulak terima kasih buat o.h kerana dengan bersabarnya tolong kiterang collect tiket and then tolong drive ke cathay cineplex damansara yang nun jauhnya kat mutiara damansara sana. serius tak sangka shownya malam tadi yakni hari yang sama amik tiket, gara-gara last minute.
sori le ye buat peminat fanatik, but from my honest perspective, ok sajalah nak-nak tiket free. sat, jauh tu nak gi damansara, next time silala check dulu kat mana shownya jika nak enter competition lagi hehehehe. untuk kepuasan sebenar dari kekuatan cerita dan acting yang bagus, don't put your hope too much. sorry to say jugak, bukanlah a feel good movie pada aku. akan tetapi, saya mau kasi thumbs up untuk cerita yang entertaining as in cuci mata (sapa dah tengok mesti paham hehehe), dan beberapa scenes yang bisa buat ko ketawa dan juga woooo, again if u know wat i meant. juga thumbs up untuk movie yang boleh membuatkan kamu dan rerakan perempuan (jika ada lelaki pon tak mengapa) ketawa, bergosip dan membuat lawak bodoh. seperti contoh, malam tadi aku pergi bersama-sama adik-adik aku, jadi we sisters had good time. 4 tiket free bebeh ;)
kalau saya ada rm10 untuk menonton dengan o.h, mungkin aku tak tengok. pertamanya kerana o.h tak minat nak tengok, or should i say we'd rather wait until boleh buat kerja tak sah itu yakni dl. yelah, nak spend 2-3 hours kat movie adalah sangat berharga atau jarang-jarang jadi baik kita pilih worth to watch.
tapi seriously jika anda peminat, aku sure mesti pergi. jika anda teen girls, juga sure akan pergi. jika mau have fun dengan membawa adik-adik perempuan menonton, juga akan pergi. dan juga jika mau date dengan kawan-kawan pasti pergi. oh ya, jika anda pasangan sedang bercinta, in a loving romantic relationship, juga pasti pergi.. atau jika anda kaki wayang, pasti tengok..
again, terima kasih ye harizah kekekekekekee
movie review, sini
this is how natalia looks like after being shaved, which just happened last saturday, nov 21st. do you wonder how does she is before that?
dedikasi untuk diri sendiri + o.h.. sob.. sob.. sob..
aku masih jobless, masih mencari dan menunggu dream job. bila laa tu?
akan tetapi, mungkinkah ada sesuatu coming soon?.. insyaAllah.. hehehe aku takmo kecoh-kecoh dulu, cheh, konon...
setelah 7, 8, 9, 10, X-2, a brief 12, jeng jeng jeng..
ish sampai nak menangis aku tengok. kalau sudah berada dalam genggaman tangan, pasti air mata meleleh sebelah hahahaha
walaupun aku mak kepada 2 orang gigirls yang cutesy and naughty ;) akan aku mencuba yang terbaik mencuri-curi masa nanti untuk ini.
wait for me!!
5 out of 29.. maknanya ada 24 lagi.
ye, itulah jumlah hari yang wajib aku ganti puasa pada tahun ini. pergh, boleh tahan jugak.
so far dapatlah dalam seminggu tu 1 atau 2 hari aku ganti puasa. sikit-sikit jadi takdelah semput menjelang puasa tahun depan pulak, insyaAllah.
tapi yang ruginya dalam minggu ni, nampaknya 0. hari isnin kononnya nak makan nasi lemak ikan sembilang lenggeng dan plan nak gi swimming. sampai lenggeng dah pukul 10, nasi lemak pun habis. lepas tu pulak baru la ada orang cakap isnin pool tutup untuk maintenance. chet.. rugi 1 hari.
selasa tu pulak kononnya plan nak gi swimming disebabkan tertangguh hari isnin tu. pun tak jadi jugak sebab tak sempat. maklumlah dalam kepala aku ni sendat lagi padat dengan agenda-agenda sendiri, aaqilah dan natalia.. memang rugi lagi 1 hari.
hari rabu akhirnya dapat jugak beberapa agenda dilaksanakan, seperti menghantar budak-budak ni pergi immunization dan swimming, walaupun agenda alamanda kena cancel.
hari khamis ada agenda lasagna pulak, sebabnya aku dah berjanji poyo nak buat malam tadi (as in rabu malam khamis) tapi aku pulak pergi mengekor o.h melepak jumpa kawan lama dia. bukannya apa, temankan dia je kan, kesian driving sorang-sorang kat semenyih tu hahahaha
kita usaha lagi minggu depan ye ;)
since the last 2 months (nearly) of the non-availability of wireless connection, it seems to the end of me twittering. actually, i don't really twittering much. it's quite a hassle at first to login and twitter until i discovered the one touch button. i started to enjoy updating my twitter whenever i was in my home area particularly or in the lab.
hey, i am no celebrity, no need to twitter every seconds hahaha
i guess the list below is some of some that i wanna twitter about, from time to time..
- mengada tak aku kalu takmo gi interview?
- i want the super-rich easy making job huhu
- saya malas.. malas.. malas..
- di manakah soto paling sedap pada anda? suggestions please..
- dear friends, mari melepak =)
- ..
obviously the best thing about twitter is that you don't have to come up with decent entries like blogs. for some people who enjoy story-telling or information/photos sharing then blogging is a better choice. for myself, i like both depends on my enthusiasm and of course internet connection. so people, please apologize for not being able to update my tiny section of twitty too..
anyone, can you please let me know if you twitter.. it's time to have more contacts heheh ;) many thanks
how do you define a feeling like you're longing for something, somewhere, someone.. well, i'm not feeling sad but for an unknown reason i'm a bit melancholy.
..once called the america's best unknown band, but not the way it is anymore from buffalo new york, goo goo dolls
a good fren of mine posted this song on her facebook a few days ago, which made me commented 'one of best songs ever'.
officially it's all begun
cheh macam apa je, padahal baru nak mencari kerja. ye people, saya baru nak mencari kerja semula. inilah antara proses yang boleh tahan agonizing akan tetapi exciting dalam masa yang sama. nak kena pergi interview balik, ish malas boleh tahan. akan tetapi dalam masa yang sama juga ialah peluang untuk mengasah semula skills yang sudah agak rusty itu. tak pergi maka tak cuba. tak cuba maka tak merasa. ada rezeki ada lah melekat tu, insyaAllah..
o.h ada menasihatkan aku agar menjadi lebih poyo dalam menjadi kerja idaman. bby awak kena cakap pung-pang pung-pang, jangan jadi pessimis, jadilah over enthusiastic. cakap biar berapi dan nampak power walau hakikatnya awak tatau apa. apa yang awak tatau itu kemudian cerita, kita blajar dan cover baek punya. kalau boleh kasi slang berbelit-belit lidah ok, jangan tak terbelit. orang yang modest ni macam susah je.
isk isk inilah dilemanya. aku tak pandai berlakon. kadang tu bila nak menipu je cepat sangat terkantoinya. haish..
jadi siva, lina adalah kawan baik baru aku sekarang ni. hi siva, hi lina..
bismillah..
notakaki: aku ada rasa guilty kat sorang kawan aku ni sebab decline last minit. so sori ye =(
kenapa saya menjadi malas:
- broadband yang tidak memberansangkan (again, again and again) terutama di kawasan kampung-kampung cam umah aku ni..
- ada banyak distractions walaupun saya tidak buat pape sangat.. err jaga anak, layan anak, lepak, tido zzzz
- tidak bersemangat kerana tidak punya cerita
- tidak bersemangat juga kerana tidak punya idea
- blogging tidak lagi menjadi top priority
- gambar menarik tidak ada jadi blog menjadi kurang umph. kalau ada mengambil masa yang bapak lama untuk upload langsung menjadi malas.
- SAYA MEMANGNYA MALAS
sudah laa tu. saya berazam untuk zero-malas pada masa akan datang. saya juga mau berazam untuk mencapai perkara super-grand untuk memotivasikan diri sendiri. jadi saya akan rajin mencari kerja untuk memenuhi azam-azam di atas. merci beaucoup..
amin.. =D
i began to listen to this channel when i was in a car with my sis. lagu yang dia tengah main tak silap - nirvana. eh channel apakah yang akan main lagu yang tidak orang main lagi. then aku suggest pada o.h, dan feedback dari dia quite encouraging.
tak banyak ads. lagu yang memberangsangkan. lagu yang takkan keluar radio, itulah yang kiterang define. tapi bukan hit terkini ye. siang-siang banyak slot interviews yang makan masa macam dlm 30 mins, then follows by 3-4 lagu. weekend pulak malam-malam dia tak pepasal broadcast epl matches.
it's bfm or b is apparently for bisnes. 89.9
kalau dah perempuan tu perempuan jugak lah..
nampaknya aku juga tak terlepas dari memikirkan masalah berat badan, yang pada aku macam bermasalah bilamana pada semua orang kecuali aku mengatakan that's better. kurus sangat pon tak cantik jugak kan. thanks to natalia aku mendapat semua extra nih, aku gained around 15kg, percaya atau tidak..
okla, okla aku admit yang ok je sebenarnya. bmi pun cakap cantek, tidak underweight lagi. tapi kalau dapat turunkan sikit lagi particularly tang thigh, pinggul, muka sikit lagi, dan juga boobs, alhamdulillah hihihihi dan tummy flat. urgh tang tu kena kerja keras ooo.. yang aku rasa memang hangat-hangat taik ayam je laa aku dan plan exercise.
personally aku rasa swimming adalah salah satu exercise yang memang boleh kasi hasil yang memuaskan dalam masa yang singkat. testimonial - aku baru pergi 2 kali alhamdulillah saya sudah boleh fit in jeans pre-pregnancy. i mean memang fit ooo huhuhu
at least boleh la tu kan sebagai permulaan.
thanks to natalia jugak, breastfeeding helps a lot! kalau tak turun pun, at least u'll stay the same, insyaAllah.. =D
mata gatal,
hidung gatal,
sakit tekak,
selsema,
achum achum,
resdung??
allergic?
biasalah aku kalau kat sini, aku tau aku tau ada bunyi mengada tapi itulah hakikatnya. memula aku nak gi oversea dulu seriously aku agak bimbang kalau nanti-nanti bersin tak henti-henti. siap bawak segala ubat-ubat sinus related kang kronik saya jugak susah. tapi alhamdulillah, hidung tak gatal, mata terang, bersin pun jarang-jarang.. ooo itu laa ubat dia kut huhuhu
ahhh gue tensen. plan jangka pendek nak gi buat facial resdung. plan jangka panjang, apa lagi melawat doktor la jawabnya untuk treatment dan obat-obatan.. hmm
aku notice yang ramai kawan-kawan aku samada jauh atau dekat, rapat atau biasa-biasa je tengah expecting this year atau maybe awal tahun depan. statistically speaking dan yang menarik gak aku rasa, 3 years ialah age gap yang aku perasan.
personally aku rasa, 3 is quite nice. dia dah boleh faham, kita pon dah lebih faham dia. macam-macam ekspresi dan respond yang kita dapat, dan yang boleh kita expect dari the first born. kadang-kadang tu beyond expectation pun ada. jeles tu biasa laa, dah biasa sorang-sorang tiba-tiba muncul seorang lagi yang pastinya dilayan dengan super lemah lembut. maklumlah, very delicate.
itupun aku rasa, banyak lagi signals dari aaqilah yang aku rasa perlu lebih banyak belajar camne nak handle with care. ini sikit-sikit tak sabar je, mana nak pandai huhuhu.. psikologi kanak-kanak ni boleh tahan kompleks gak.
dari pengalaman, aaqilah semakin less bercakap since natalia ada. doktor kata, itu tanda-tanda jeles. haish..
will give you three, it's a magic number
setelah 2 tahun aku tak drive secara intensif, hasilnya memang kurang membanggakan.
tapi sebelum itu, jangan takut skill pemanduan aku masih ok ye ;) tapi navigation skills nampaknya rusty sedikit. kalau aku tersesat sampai ke area yang sudah banyak one way, uih pening pening.
sebab itulah aku took almost sejam setengah nak balik rumah dari alamanda putrajaya kerana asyik miss exits. damn u putrajaya signboards cam haram hahaha. jadi aku lebih paham lah sekarang ketensenan o.h bila driving dan betapa lagi tensen bila aku mula hangin sebab dia asyik miss simpang. patutlah orang cakap sat nav itu sangat menyenangkan dan dapat mengurangkan arguments dengan berjaya sekali.
haish.. tapi takpe practice makes perfect. janganlah doubt bila saya nak drive kereta ye hehehe
percaya atau tak yang raya tahun ni aka aidilfitri 2009 kamera aku tak amik gambar pun especially di pagi raya. aku pun tak percaya maa.. kerana kamera tertinggal di semenyih dan kiterang sudah pun half way ke klang.. jadi tak dapatlah korang nak menyaksikan baju raya aku tahun ni yang aku sempat beli sehari sebelum raya iaitu pada hari sabtu muahahahaha nasib baik sempat u..
takde lemang, takde ketupat, takde juadah hari raya mahupun berbaju raya ;)
little gladiators on pink chariot
windu ah saya pada keluarga riang ria seksyen 9
da vinci code - 2004
angels and demons - 2005
my third of dan brown's - THE LOST SYMBOL 2009
kepada peminat-peminat dan brown atau sesiapa yang menantikan buku terbaru beliau di pasaran, silalah mendapatkan di kinokuniya kerana anda boleh mendapat diskaun sebanyak 30% yeah yeah wah nampaknya macam aku dah tolong iklankan, boleh tak dapat diskaun lagi? tak silap aku diskaun ni sampai berapa hari bulan ntah dalam bulan oktober. jadi kalu korang pergi dalam bulan oktober tetiba dah tade diskaun janganlah marah gue pulak ye hehehe
also janganlah susah-susah mencari paperback version punya kerana sememangnya takde, contoh exhibit A; yours truly ;P
ye memang hardcover dan mahal terkejut aku tengok. tapi kalau harry potter kau boleh beli, alaa lebih kurang laa tu. at least ada 30% off kan.
good luck dan selamat membaca
agaknya dah berapa banyak kali aku repeat lagu yang sama sampai terasa pulak sedih menjelang raya disebabkan melodi dan lirik dia yang menyentuh hati dan perasaan.. uhuhu
aku duk melayan blog kat google reader aku, then stumbled upon satu blog ni citer jem gila kat karak highway semalam. ya, semalam karak highway jem gila sampai dinasihatkan untuk tidak sama-sama meramaikan majlis congestion kat highway tu. dah le highwaynya berbukit-bukit selalunya ada saja kereta yang berasap. jangankan kereta, kepala driver keta pon berasap sama..
tahun ni nampaknya tidaklah aku melalui karak highway, juga tidak tahun lepas. rasanya last sekali was in 2007, balik beraya kat kampung mak aku nun kat kuala terengganu sana tuu. masa perjalanan: 7-8 jam depends pada keadaan trafik. sejak beberapa tahun kebelakangan ni jem kat karak highway tu makin menjadi-jadi. aku tak ingat tahun bila, tapi waktu tu highway yang bypass sampai kuantan tu tak siap lagi (dem aku memang tatau nama ye) beratur laa kereta-kereta nak balik kampung ni hampir sepanjang perjalanan dari karak tu sampai kuantan disebabkan single lane. puh dah duduk melepak kat rnr dekat berapa jam pun tak surut-surut jugak. bila nak balik kl balik toksah cakap la karak highway tu. jadi kalau insaf silalah menggunakan laluan alternatif yang lain.
tiba-tiba di pagi-pagi buta ni aku teringatkan zaman budak-budak aku dulu balik kampung. mak aku kampungnya terengganu, ayah aku pulak negeri sembilan yang perjalanannya less than 2 jam dari gombak. time nak balik beraya memang antara yang paling seronok, mostly disebabkan travelnya. itu yang seronok kampung jauh-jauh bagi aku la. boleh dikatakan kiterang balik dua-dua hampir setiap tahun mengikut giliran mana raya dulu. jadi memang at least setahun sekali memang akan travel jauh (jauh tu 400++ km one way).
apa yang seronok ye? ayah aku prefer untuk drive di malam hari dulu-dulu sebabnya nanti kiterang semua tidur dan dia boleh drive dalam suasana yang aman damai. lagipun kereta tak banyak sangat compared to siang hari. biasala bila berjalan jauh, macam-macam hal kiterang ni. mula-mula main baik je, dah bosan main mesti bergaduh punya. lepas tu sesi leteran dan kemudian tertidur penat. then kiterang sangat teruja bila sampai paka sebabnya ada api seumpama api olimpik. ini sebenarnya area kilang penapisan petroleum laa. nak-nak bila kau lalu di malam hari, sangat cantik.
juga seronok bila singgah makan. kadang-kadang mak aku pun bernostalgia bila singgah kat tempat makan zaman muda-muda dia dulu, e.g area kuantan yang serius aku tak ingat nama. yang aku kagum, rasa masakannya sama je dari zaman dulu sampai laa sekarang, menurut mak aku dan deria rasa seingat aku. kat area kuala terengganu tu pulak memang banyak tempat makan besh dan shopping juga besh especially bila kau bawak local dan cuba menjadi local. kiterang dengan slang yang obviously fail dan berterabur ni selalunya toksah cakap banyak la ye hahaha
mungkin kena belajar cara-cara paling optimum untuk memenuhkan satu hari dengan visit rumah sedara-mara bila esok pagi kau nak bertolak balik dah. rumah wajib saja dah ada at least 5 kut.
sori ini edisi balik kampung jauh. next time aku citer version lenggeng pulak hehehehehe
awat laa aku bernostalgia nak-nak di pagi raya ni? raya ialah perfect excuse untuk tiba-tiba kau bernostalgia dan menunjukkan lebih emosi. raya juga masa untuk kau beringat-ingat dan musim untuk ziarah-menziarah. raya juga penuh dengan keinsafan dan kau akan rasa betapa lucky dikelilingi famili tersayang dan betapa senang dan blessednya hidup.
korang, kirim salam kiterang kat famili sana ye..
aku? officially musim pantang hampir ke penghujung =D
Salam lebaran =)