festive seasons

di sini, aidil adha

Sunday, December 31, 2006

Selamat Menyambut Aidil Adha dan juga welcome 2007!

Kiterang bejalan sakan semalam diwaktu tak sure raya hari Sabtu ke Ahad. Initially nak jalan saturday tapi takut raya jatuh pada hari tu. sebab aku buat kira-kira sendiri agaknya raya boleh jatuh on saturday. then hubby kata ada orang emel raya ahad. so okla, jumaat kita jalan, sabtu bole masak. tetapi rupanya kiterang salah..

a brief tour to oxford, then the posh bicester village and finally swindon.

balik dari jalan, aku mula prepared pape yang patut. masak sikit my version of nasi impit, plus yang anom kasi. then my very first experiment of kuah kacang. ada dah tu nak makan di pagi/tengahari raya, depends pada waktu kita bangun ehehehe aku tido je dah dekat pukul 4, hubby lak sampai ke pagi..

ye, memang bangun agak lambat. kiterang bersiap-siap dan had our raya brunch iaitu nasi impit dan kuah kacang sahaja sebab soto akan dimasak kemudian. lepas tu bejalan kaki pegi beraya kat rumah sawal n anom, makan bes dengan adanya menu seperti nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, lontong, n sate goreng. after been there dekat nak 2 jam, kiterang balik nak-nak aaqilah dah mula mengamuk. kiterang pon beriya mengajak orang datang rumah, maka aku balik ni nak mula masak le.

sungguh ekspres proses memasak sebabnya aku dah kata bole datang after isya'. untuk makluman semua, sekarang ni isya' pukul 6, jadi aku ada 2 jam setengah je gitu. peh aku rasakan memang sungguh ekspres.

petang yang fun untuk kiterang. sesekali aaqilah menjadi host ye, once in a while aaqilah seronok ada ramai orang kat rumah aaqilah. terima kasih bangat pada yang sudi datang..

dalam dingin subuh
hatiku terusik
kenang nasib diri di rantauan
terdengar takbir raya
menitis air mata
terbayang suasana permai desa

sob..sob..sob..


bookworm

a 'birthday', the final book and the last kiss

Saturday, December 23, 2006

2 days ago was our aaqilah's 6th month bday. kira bday le tu. cadangnya nak pegi city beli cake n food tapi hazy sepanjang hari, sejuk ooo 0 darjah.



then, titi msg aku dengan soalan ko dah tau apa title buku-7? ntah, mana la aku tau, yang aku perasan lately banyak gak artikel pasal buku-7 and j.k.rowling. jengjengjeng inilah dia Harry Potter and the Deathly Hallow. wow what a title. tak sabar tunggu mid next year, tak sabar nak baca tapi unbelievable surprisingly it's coming to the end. macam lotr trilogy jugak, nampaknya macam tade buku cerita lagi yang aku sangat looking forward after this huhuhu

kalau ada sesapa nak layan movie, apa kata try the last kiss. hubby yang suggested, tapi aku ingat busan, in contrary aku silap besar. sesuai di usia-usia begini.

foodelicious

food-cravings:edisi pancake

Thursday, December 21, 2006

Pancake with Maple Syrup and Cream

Sesekali ku rasa teringin hehe pancake with maple syrup and creme. very ideally for breakfast, dessert mahupun brunch. for me, aku nak recommend as a dessert sebab maple syrup ni sweet rasanya. tambah lak cream, emm sedap sedap. nak lagi bes, makanlah bersama hirisan pisang atau strawberi kalau ada, kiwi pon bole gak. kalau cam tropical climate tu kan, buah seperti pisang, even mangga pon aku rasa boleh aja. sedap pon sedap, sehat pon sehat =)

daily life

rempah ratus kehidupan

Sunday, December 17, 2006



hidup ni kalau mundane je dull jugak kan. once in a while, drama perlu diadakan atau ditakdirkan untuk ada supaya life kite more merrier. aku rasa hari ni bole tahan dramanya.

hubby pegi main bola pagi tadi. tho tido pukul 6.30 pagi, tekeja-keja dia siap nak pegi main bola jugak. takut gemuk katanya. aku lak tido pengsan sampai noon, as usual le tu. itu pon aaqilah dah bising-bising, mak wake up, wake up hehehe then, bersihkan aaqilah, kasi dia makan, masak bubur untuk aaqilah, reheat bihun last nite sambil tetiba rajin nak buat iced lime. tetiba hubby balik dan all of a sudden dia suggest keluar jejalan pegi city. ironinya aku dah citer-citer kat aaqilah nak bawak dia jejalan pegi kedai siam shops for groceries sket. duduk dalam rumah je jadi sengal jugak aku ni.

on the way to city, kiterang duduk dekat dengan satu couple ni. sweet je, teringat lak zaman memuda bechenta sakan dulu. sambil kiterang pon leka citer-citer, ada beberapa tense moments between them, gaduh-gaduh manja kut. kekadang tu dengar tinggi gak suara mamat ni, yg girl ni pon sayu je suara pujuk. bila turun bas mamat ni jalan laju ke depan. aku yang still dalam bas bising kat kenit, itu la lelaki bla bla bla merajuk le tu bla bla bla dominion le tu bla bla kasi lempang sket bla bla bla

bukannya apa, bila dah sekarang ni aku pon tergelak kalau teringat masa-masa camtu. muda dan kurang sabar. kalau sakit hati tu mulalah cakap yang bukan-bukan, nak kasi orang tu sakit hati juga. kesian jugak aku kat that girl. drama drama..

akhirnya the drama goes back backfired kiterang. on the way balik dalam bas aaqilah tetiba mengamuk. memula dia buat muka mencebik dia, jerit sket je. hubby memula tanggalkan carrier nak tenangkan aaqilah, aik lagi kuat dia jerit. mata dah start berair tuu. nak tambah drama, traffic kebetulan jem sebab orang dan kereta berasak-asak pulang dari tengok bola. aiseh, ni tak bagus ni.

bila aaqilah mengamuk sakan, aku dan hubby tau dia lapa, hubby suh aku kasi dia makan. aku lak reluctant, dalam bas yang agak penuh tu. sebenanya aku malu nak selak baju dan orang nampak =( air mata aaqilah dah mengalir-ngalir. jerit makin kuat. kiterang stop kat portswood, dengan harapan dia akan calm down since dia suka kalau berjalan dan lagi sejuk. tapi lain lak halnya, aaqilah tak stop menangis. sejuk, gelap, dan kiterang bertiga nampaknya kena jalan kaki balik rumah yang still jauh lagi.

aaqilah menangis, aku senyap dan sesekali dengar suara hubby. aku tau dia bengang sebab hesitation pasal kasi aaqilah makan tadi. yang aku lak dengan bengangnya tatau nak marah kat sapa. takkan nak marah kat aaqilah, dia lah kesian dalam drama ni. takkan nak marah kat hubby yang tamo naik bas cepat tadi. jadi marah je la kat diri sendiri.

lama-lama aaqilah pon tetido. dengan sejuk angin petang, aku pon cool off sendiri. terasa bersalah kat aaqilah, kat hubby sebab marah-marah and kutuk dia dalam hati. rasa bodoh sendiri.

jadi inilah drama kehidupan kiterang hari ni. dari gelak ketawa boleh jadi merajuk dan bermasam muka, and again, and again..

p/s: hubby, saya minta maaf ye..

happenings

good news and a market survey

Saturday, December 09, 2006

holla back,
we've reached a decision - untuk bisnes dengan lebih produktif!

ye, kenit and misha akan open semula end of the year order, insyaAllah. pada sesiapa yang never heard of this before, kitereang akan amik order kasut semula. last time was quite encouraging. parents aku yang datang sempena aaqilah, memasing balik dengan more than 10 pairs. first ayah aku, plus 6-8 pairs untuk family. then my mom, memang semua orang punya order.

but this time kiterang ingat untuk pergi lebih jauh. nak bisnes dengan lebih serius. it's time to seize this opportunity as part of our income, not only for shoe-luvs and fun anymore. jadi that's the reason of this post, as a market survey on stuffs that we gonna sell. aku pon tade idea adakah blog ini dibaca oleh kawan-kawan sahaja (kawan-kawan yang bz laktu hehe) atau blog readers di luar sana (perasan).

jadi sesiapa yang ingin menjawab survey ini, anda boleh menjawab dalam apa bentuk yang ada suka, short essay, bullet points, apa saja

  1. apakah barang yang most probably orang akan beli, brand name dan berapa yang anda willing to pay (diharap realistic number here)
  2. berapa lama anda sanggup tunggu for your order, soalan ni related dengan no.3
  3. delivery methods - sebelum ni buyers akan amik kat my house since derang ni sumer member-member baik yang besemangat nak amik order memasing.
this is just a market survey, which turns out to be something quite a fun to take to. seperti contoh, aku berminat nak jual handbags, tapi tak sure apakah brand dan price yang orang sanggup beli. yep, memang kat sini derang consider murah, since cheaper dari highstreet shops pon. tapi logiknya aku pike, and after conversion rate semua tu, tadela murah giler. jadi tu la aku nak tau.

cuma untuk kasut, seperti biasa sila tinggalkan pesanan anda di sini pon bole jugak. sbb previous buyers yang lain derang tau apa nak buat, saiz in cm, kasi pada kenit dan kalau ada korang punya wish kiterang akan carikan, kalu tak kiterang akan belikan.

harapnya sukses!

daily life

sengal, sebu, bebal

Thursday, December 07, 2006

aku dapat rasakan kalu lagi lama aku duk umah lagi tak produktif le jawabnya. duit tak masuk, kepala sebu, maybe makin naik badan agaknya. tapi bahagianya dapat tengok aaqilah membesa depan mata

jadual harian, tido very early in the morning, bangun dah dekat nak zuhur. sekarang ni zuhur masuk nearly pkl 12. selalunya hubby akan masuk tido lambat gile, kekadang dia tido pas subuh. aaqilah lak akan bangun paling awal, aku pon tak berapa sure pukul berapa selalunya depends pada pukul bape dia tido. mood dia di pagi hari memang bes, dia akan memain sorang-sorang sebab orang lain tamo bangun sampaila dia dah start bising. so selalunya by 11++ aku dah bersihkan aaqilah, kasi aaqilah makan dan main-main lagi dengan dia sebab dia selalunya getting sleepy balik.

quite funny bila kita dah duduk dekat dengan kedai ni makin malas plak rasanya nak pegi beli barang. sekarang kalau nak dapatkan groceries senang dah. makin senang dan suka hati sebab ada kedai siam near here. baik aku member dengan tokey dia yg suka panggil orang darling tu mana tau senang dapat diskaun. jap sebenanya tade diskaun le. dia panggil aaqilah doll.

cuma kali ni rasanya nak makan lebih variety. resepi tebaru yang aku sangat suka, soto ayam! kalau layan gordon ramsay's lak akan influence untuk masak western style, dengan presentation yang kewl. tapi sudah jadi style kita, makan hidang.

wat are these craps i'm babbling about? aduhh pening pening

daily life

immunisation day

Tuesday, December 05, 2006

yesterday morning i took aaqilah to uni's nhs for her immunization's appoinment. chee speaking london nampak hehehe

kesian aaqilah, bukannya satu, atau dua tapi 3 shots terus dapat. satu 3rd dpt/hib/polio kat left thigh, 2nd men C kat left thigh jugak and the new introduced injection untuk pneumococcal (ntah camne eja) kat right thigh plak. maka 3 kali jugak la aaqilah melalak. berabai air mata hari ni..

unlucky for us, ayah aaqilah takde sebab ada temujanji dia lak dgn supervisor dia. maka tadela satu lagi tukang pujuk aaqilah huhuhu

aaqilah juga dah pandai meragam. sepanjang hari nak bedukung, then aku kena le carry dalam baby bjorn. err buleh tahan jugak semangat ye..

aaqilah, aaqilah oo aaqilah

afters

Once upon a time: CENDOL stories

Saturday, November 25, 2006

Bebaru ni waktu aku melayan blog orang, ternampak gambar cendol pulut yang aduh, sedapnya.. jadi aku teringat bemacam-macam citer cendol yang kekadang bole buat aku senyum sorang

Cerita 1
Dulu-dulu kalau balik beraya negeri sembilan mesti sampai seremban. kalau dah sampai seremban mesti nak singgah minum cendol. kalau dulu-dululah cendol yang glamer kat seremban ni mesti india yang jual. yang sorong basikal dengan mesin ais dia tuu. ada satu aci tu kat depan pasar seremban, memang glamer sebabnya sket punya ramai orang queue nak beli. nak bungkus pon kekadang tak dapat.
tapi tu dulu, beberapa tahun yang sudah berlalu. aku pon dah semakin lupa dengan aci yang jual cendol depan pasar seremban tu.

Cerita 2
Kalu waktu berbuka zaman kanak-kanak dulu, once in a while mak aku buat cendol sebagai dessert. Aku akan pretend sebagai aci jual cendol tadi, main-main dengan orang yang nak makan. akibatnya kena marah le kalau cendol dan air gulanya meleleh-leleh dan bersepah-sepah. Tapi bes hehe

Cerita 3
Cerita cendol ni memang takkan bole lupa punya especially teringat cendol kacang merah. aku memang tak berapa gemar cendol yang berisi selain cendol, contohnya kacang merah. so ada sekali ni kat klcc, aku dan kawan dan seorang lagi kawan dengan awek dia. kebetulan couple ni pergi belikan. so inilah pesanan aku kat mamat yang pegi beli ni, aku tamo kacang merah tau, cendol saja. so mamat ni kata okla dan berlalu dgn girlfren dia.
tak lama pastu dia pon datang membawa drinks kiterang including cendol aku tadi. dengan excitednya aku pon menyudu nak makan. tapi aku pelik kenapa kacang merah je. sudu lagi, aik kacang merah juga. rupanya aku tatau apakah mamat ni dengar atau tak pesanan aku tadi, dia belikan cendol kacang merah takde cendol.
akhirnya aku beli cendol lain dan mamat ni tolong ngabiskan cendol kacang merah tade cendol tadi..

Harapan aku next time bila travel nak cari orang jual cendol nak-nak bila kita pergi ke bandar-bandar luar dari kl. lagi lama bandar tu, lagi tua orang jual lagi otailah dia hehehe ini hanya penaakulan aku ye..

kita jalan-jalan cari cendol!

BEWARE!!

Thursday, November 23, 2006

BEWARE!! Ini bukan kes musang berbulu ayam lagi dah..

A few months ago, kan aku penah cerita hadiah harijadi yang paling tak bes sekali aku dapat tahun ni iaitu surat hutang bil elektrik yang aku tatau menahu. So ini adalah the closing of whole stories. Apa yang korang patut berhati-hati tu bukannya apa, aku sendiri dah banyak belajar dari kes ni. Berhati-hatilah apabila memilih housemate.

Ye, orang memang bermacam ragam. Ada yang friendly, ada yang happy go lucky, ada yang pendiam, ada gak yang tak amik langsung peduli orang, pendek kata macam-macam hal la. Orang yang perlu diambil berat ialah orang yang ada kriteria sebegini:

  • pendiam nak mampos - bukannya apa dia simpan dalam hati tu kita tatau
  • takmo bercampur dgn orang langsung - dikhuatiri akan menyusahkan korang balik satu hari nanti.bukannya apa,kalu dgn kita yang biasa pon tak reti nak mingle, inikan dengan orang-orang yang tak dikenali dan sebagainya
  • orang yg tak reti nak responsible - susah oo especially kalu hal-hal rumah ada besangkut-paut dgn korang lagi
  • orang yang kuat berkira - bukannya apa,saje je letak
aku selalunya tak kesah sangat bila bab berkawan ni, jarangla nak judge person tu by the appearance.kita kawan dengan semua orang kan.dipendekkan cerita,hal bil hari tu akhirnya former housemets kat mesia kena jugak jumpa family minah ni sebab kerjasama dari minah ni amat mendukacitakan.nak menjejak tu je dah makan bebulan.mencecah 4-angka ooo,apa tak sikitnya..

aku kira firstly disebabkan kegelabahan campo kebengongan pegi serahkan duit bil kiterang kat tuan rumah.ni kes tak reti nak responsible terhadap rumah sewa la,seperti mentioned di atas.duit sewa rumah tak bayar,then tuan rumah lak pegi mengancam in the middle of nite dgn 4-5 kawan dia mintak duit sewa rumah dgn bagi notis sebulan mintak keluar.maka duit bil kiterang diserahkan dgn bil elektrik sekali,wtf.bukankah itu kebodohon dan kependek-akalan. duit bil lain kali tolong la pegi bayar kat pejabat pos,bukan serahkan kat tuan rumah yang dah nak mengamuk sakan tu.berasap kepala dia tu agaknya tenants asyik lari je,ni semua terjadi setelah kiterang balik malaysia ye.

pendekkan cerita lagi.memula abang minah ni kononnya bagi aku harapan palsu dalam seminggu nak tolong bayakan.uih baik tak bunyinya.lepas seminggu berlalu, aku pon coba minta penjelasan. bukanlah nak desak cuma nak follow-up je. hati dah berbunga ni. tapi aku mula dapat bunyi-bunyi pertuduhan dari family minah ni. katanya kita ni students suka tenyeh kredit kad bila nak balik for good tu.aiks??

apa yang membuatkan aku sangat sakit hati dan bengang dan marah dan memang darah tinggi aku dah naik dalam beberapa minggu ni.tuduhan-tuduhan yang tak related yang minah ni sampaikan dan abang dia smash kiterang satu-persatu.cuba korang relatekan dengan kegagalan dia membaya bil dengan alasan-alasan di bawah:
  • kononnya dia nak duduk rumah tu dengan aku je,sbbnya kiterang bedua masuk rumah ni memula sekali.then added 2 more nak kasi balance sket sewa rumah.bayangkan 600 pound nak baya 2 orang je??
  • dia kata broadband,telephone n digital tv kat rumah tu mengganggu dia study.seperti semua sedia maklum broadband adalah keperluan kita sebagai students kan.pastu yang kongsi baya tepon n tv adalah 3 orang saja,minah ngok ni tak termasuk.
  • katanya kiterang berparty mengganggu dia study lagi.seingat aku la,jamuan makan tu ada la.our defense,dia duk berkurung dalam bilik sahaja ye.
  • aku n fareeza pegi konsert ct nurhaliza kat london (in april) pon ada dikaitkan.mengong apa??
  • biggest accusation - KITERANG NI SHORT OF MONEY, AND MADE UP STORIES UNTUK MENGPAU DUIT DIA DAN KELUARGA DIA (abg dia ckp kat fareeza). takde bukti aku bayar bil tadela kiterang senang-senang je datang jumpa.
  • pendek kata menurut abg dia,kiterang ni lah yang bahlul dan adik tersayang dia tu je la yang pandai, studious dan baik je la.
kalaulah abg dia berkata begini bunyinya, u all settlela dengan my sister. ataupon i tak nak involve dan tak dapat nak responsible atas my sister's mistake, kan sedap sket telinga ni dengar.tadela hati aku pon berbunga-bunga.tadela aku nak menyumpah-seranah dengan hebatnya.tadela juga darah naik ke kepala.

seperti aku borak dengan fareeza,ingat nak upload la muka minah ni sini.tapi sewaktu mengarang entry ni,tersangat tak seleranya aku nak mencari balik gamba ada muka minah ni apalagi nak meletak kat blog aku ni. i strictly prohibit myself from putting her photo here!

komen sila la komen.

anime

hepi hepi 5th month!!

Tuesday, November 21, 2006



Hari ni Aaqilah 5 bulan. Rasa sekejap je masa jalan, tup-tup 5 bulan dah hehe

Sebenanya dah banyak hari aku nak post something tapi tade mood lak rasanya. Rasa malas sangat, tapi kalu layan Cardcaptor Sakura bole aja. Semalam aku beli choc cake sempena Aaqilah 5 bulan, tapi kiterang akan makankan dengan gembiranya..

Cepat-cepatlah Aaqilah, pandai meniarap hehehe

baru balik

Tuesday, November 14, 2006

assalamualaikum everybody,

yep, we're back in uk. kat sini dah start sejuk tapi alhamdulillah tak macam last year aku dapat tahan.last year rasanya sejuuukk sangat.

kali ni balik tade suasana sedih sangat.on the other hand, kelam kabut, penantian, dan rewards in the end. disebabkan flight yang overbook, dan kiterang volunteer untuk bagi seats (kiterang rasa ada orang yang lebih urgent dari kiterang) dan terima je offer emirates. sepatutnya balik at 1.30 am postponed to 940 am. kalu tak transit kat dubai jadi direct flight to london, heathrow lagi huhuhu kalu next yr kena bejimat cermat nak carik duit if nak balik beraya jugak, rasanya tak perlu lagi =)

kesian aaqilah, baru sehari pipi dah kemerahan balik.

oh ya, sebelum aku terus lupa nak wish le en haris kita ni kan, baru dapat baby last week on the 8th. tahniah le ye haris n anor. welcome to the parenthood, sesama le kita ye hehehe

kenangan aidilfitri 06

not so updates

Friday, October 20, 2006

Selamat menjalani ibadah puasa

Banyak sangat menda yang nak diceritakan, aku pon tatau camne nak put all together into a one small beautiful piece.tapi memang kali ni holiday yang bejalan sakan, especially pengalaman baru bawak aaqilah ke merata tempat.

Sampai klia, then semenyih, dari klang kita ke penang, wooo sini ada experienced somewhat unforgettable, eerie moments. tapi best remarks, ko pegi la ceruk mana pon kat penang, teh ais dia tetap best. aku sangat suka hehehe food yang variety, Cuma first nite punya dinner punya la tatau nak makan apa sampai order nasi lauk, apa laa tak mengambil kesempatan makan-makan kat penang betul la hahaha barbeque pon bes-bes, cayala kali ni ayam perapan tidak masin lagi, terima kasih bangat sama pemerap-pemerap ayam, hubby dan botak. Memang tak sempat nak jalan-jalan penang famous places, sebabnya masa satu, pastu jem teruk yang menyebabkan pembeli tiket patah balik waktu derang on the way to bukit bendera. Lupa lak bukit merah lake town waterpark, ermm tak bes laa. Tu la votes untuk lost world of tambun sangat kurang..

Balik dari penang, ke kuala terengganu kita, visit my nenek sebelah mak. Tak silap aku le kan, ada 2 tahun kut aku tak balik dah. And this visit’s also first time for hubby and aaqilah. Memang antara tujuan pon nak bawak aaqilah balik, sumer orang mau tengok. Sempat bebuka pose 2 hari kat sana.

Lepas ni kiterang gilir-gilir le klang and semenyih. Apa ye yang seronok?

  • Buffet mcd – memang aku dah tak larat nak makan. Among mr rm30s iaitu hubby (dia makan 7 ketul ayam, errr), sting, jin, sapa lagi.. azan maybe..
  • Futsal – for the first time ever, will bakat del piero gonna come out and reveal the unrevealing? Muahahaahahaa tapi memang seronok. Cheeehh kalu la gua buang je malu dan join hubby dulu-dulu isk
  • Raket raya – hubby beli his ultimatum nano speed 9k, isk lagi
  • Aaqilah – memang dengan adanya aaqilah ni bertambah ceria dan seronok hehehe

Namun apakan daya, we’ve only 21 days to go sob..sob..sob..

Di kesempatan ini kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, 10 jari dihulur memohon kemaafan dari semua. also happy deepavali

Sesapa yang balik kampong jauh-jauh tu, have a safe journey yaa

so long, farewell

Monday, September 11, 2006

Bila banyak events tejadi dalam masa yang tak seberapa ada ni, rasa sgt time's flying. Tup-tup dah weekend. Tup-tup dah monday dah ni.Yehuuu..

Apa aku nak cakap.Ntah tatau nak cakap apa.Terasa bedebar-debar seronok dan agak nervous jugak,itu norma bagi aku la.

papepon,cya people in kl nanti.

Ciao

this is my sacrifice

Friday, September 08, 2006

this week spent at york was terrific.barula rasa seminggu ni begitu pantas je.kiterang gerak hari ahad,plannya sampai jumaat(today) sebab hubby pon habis conference dia.oi,takan nak duduk lelama,lagi lama lagi banyak spendingnya nanti..

tapi apa yang aku nak blog about masih lagi tiada cerita kecantikan york.begini..during aaqilah's 6 weeks cek-up doktor rasa yang alignment paha dia tak berapa seimbang.dia kata this happened too to other babies,lelama nanti ok.tapi untuk confirmkan yang tade pape,dia pon referkan kiterang ke hospital.punya baik la timing dia kasi,the appoinment was due yesterday(7 sept).pening punya pening pike camne nak buat, sini dah citer ari tu,aku kata kat hubby,tapela biar aku balik naik bas dengan aaqilah.maybe nanti datang balik.

setelah survey harga tiket,rupanya beza untuk tiket single dan tiket return cuma 3pound++ ish ish sayangnya beli memahal tiket single.tapela kite beli return kalu rasa larat,balik la ke york semula.kalau penat atau kemalasan melanda,lepak umah terus.tapi sesapa kenal aku pepaham je la hehehehe

jadi kiterang bertolak ke southampton hari kamis pepagi buta at 1.15am. aiyo,sejuknya,kesian aaqilah.aku dalam hati doa banyak-banyak,tolongla jangan dia run her amok dalam bas.matila aku kalu gitu.doa aku diperkenankan,syukur alhamdulillah bebanyak,aaqilah mengabiskan masa dalam bas dengan tido begitu bergaya.suka dia agaknya sejuk dan lagi satu bas tu bergegar sket-sket.dia cuma bangun at 5,makan dan matanya terus membulat memerhatikan lampu-lampu highway.kira berapa banyak lampu sepanjang jalan kut.even diagah kakak cina yang duk sebelah pon dia bantai suka.begitu baik mood dia =) sampai victoria london nearly 6.30,bus ke soton lak 7.30.aku pegi toilet tukarkan nappy dia.naik bas tido lagi,makan sikit dan sampai rumah pukul 10 pagi.appoinmentnya at 2.20pm,so sementara tu aku plan nak mandikan aaqilah,diri sendiri mandi,makan dan berehat..

tetapi plan aku tepaksa dipendekkan,dia bantai mengamok lak bila kat umah.aku teka sebab badan penat tu.memula taktik kasi makan,hampir tetido tapi sebab tekejut dia bantai mengamok.then taktik goyangan kaki,tido tapi ayam-ayam je.nangis lagi.then cuba lak taktik ayah aaqilah yakni pelukan kuat-kuat sambil menyanyi aaqilah's official song tapi langsung tak jadi.aku dah pening ni.1.45pm aku klua umah dan terus gi hospital.

syukurla tade pape pada hip dia setelah di ultra scan,alaa cam ultra scan baby sewaktu pregnant dulu.dapatla surat yang nak kasi gp aaqilah nanti yang mengatakan everything's fine.bole la balik mesia dengan senang hati.

balik umah,aaqilah bantai mengamok balik.aduuh aku pon pelik,plan nak kasi dia tido sedap-sedap atas katil tak berapa bejaya nampaknya.so aku decide je la nak balik york.call umah depan minta tolong antakan ke bas station dekat-dekat pukul 8.mak ayah aku menasihatkan agar berjaga-jaga,maklumla travel jejauh sorang-sorang pulak tu.aaqilah punya pasal,aku rasa jadi tumpuan orang jugak."oh,lovely" bila org nampak aaqilah hehehe tumpang kembang hidung jugak la

bas 11.30pm ke york plak ada problems,jadi kena naik lain bas route ke birmingham which dia singgah kat milton keynes untuk kiterang dapatkan bas to supposed destination.rupanya aaqilah ni suka naik bas ye,dia bantai tido nyenyak lagi.in fact dari naik keta syawal lagi dia dah start tido.ngantuk satu hal,penat mengamok satu hal.aku pon tumpang tido lena jugak..

4.20am,kiterang sampai york dan ayah aaqilah dah tunggu.aku rasa lega dan gembira tengok muka hubby.

yeah,aaqilah dan mak aaqilah berjaya buat trip-york-yang-gila dalam masa satu hari.tapi moments seperti ni priceless aku kira.tak dapat memana pon.

merci beaucoup aaqilah for being such a gud girl all tru the journey.

kisah paper bags

Thursday, August 31, 2006

this one habit of mine.tak berapa pelik tapi tak berapa baik err sebabnya agak mencirikan orang-orang pemalas hahaha apakah dia?sebenanya aku suka kumpul paper bags dan plastik-plastik dari barang-barang yang aku beli.memoribilia le kononnya..aku sure some of us juga suka simpan paper bags especially kalu beli barang yang bes bes

bukannya apa,semalam waktu hubby duk kemas-kemas barang,dia angkut sket punya banyak paper bags dan plastik dari dalam almari untuk dipilih dan masuk dalam kotak kiterang nak pindah.since dia tau nanti aku bising kalu main buang semua jadi dia tanya aku satu-satu mana kita nak simpan,mana kita nak buang.dan rupanya memang banyaaakkk sangat.itupon bila yang dah tinggal tu bole tahan jugak le ish ish

sambil dia duk pilih-pilih tu aku pon tepike,ni yang aku kata nak simpan ni apa aku nak buat sebenanya?kalau zaman aku sekolah-sekolah dulu bole gak isi track board ngan baju sukan untuk p.j atau kalu yang kecik comel-comel tu isi tupperware bekal makanan.agaknya silap-silap esok bila kiterang nak balik for good another selection process akan tejadi lagi,kali ni pilih nak masuk dalam kotak untuk bubuh dalam kontena plak.maka paper bags dan plastik terpilih aku lagi ni akan bawak balik malaysia le plak.elok je pas aku melamun tu,hubby pon tanya sebenanya apa awak nak buat dengan paper bags ni nanti?emm mungkin saya akan isi balik barang-barang yang saya beli dalam paper bag dia balik kut..

bukannya apa,aku rasa setiap plastik-plastik atau paper bag tu ada sentimental value memasing.mungkin yang ni aku bejaya beli something yang diidamkan.yang ni plak paper bagnya lawa bangat,sayang nak buang.yang ni pulak kertas dia keras,robust gitu.tapi sebenanya kita ni tak lepas dari rasa nak show off pon ada jugak.kalau orang nampak kita bawak paper bag sekian-sekian brand,rasa eksyen tu tipula kalu takde huhuhu ish sungguh tak baik niat itu.doa sangat dijauhkan dari rasa-rasa riak tu aminn

oh ya,selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-49 31 Ogos 2006

What the World Needs Now Is Love

Tuesday, August 29, 2006

What the world needs now is love, sweet love
It's the only thing that there's just too little of
What the world needs now is love, sweet love,
No not just for some but for everyone.

Lord, we don't need another mountain,
There are mountains and hillsides enough to climb
There are oceans and rivers enough to cross,
Enough to last till the end of time.

What the world needs now is love, sweet love
It's the only thing that there's just too little of
What the world needs now is love, sweet love,
No, not just for some but for everyone.

Lord, we don't need another meadow
There are cornfields and wheat fields enough to grow
There are sunbeams and moonbeams enough to shine
Oh listen, lord, if you want to know.

What the world needs now is love, sweet love
It's the only thing that there's just too little of
What the world needs now is love, sweet love,
No, not just for some but for everyone.

No, not just for some, oh, but just for everyone.

something to ponder

Sunday, August 27, 2006

Q: What boat that will never sink?
A: A friendship

treasure ur friends, cherish the experience that comes along
=)

pluto is dead

Friday, August 25, 2006

Kerja-keje perombakan akan dilakukan ke atas semua fakta regarding planets in all school and university textbooks, encyclopedia dan buku-buku sains.

sadly pluto is dead.pluto is no longer a planet because of its size,too small untuk didefine sebagai planet.discovered in 1930, kita ada 9 planet semuanya - Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune and Pluto.

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan planet.
International Astronomical Union's (IAU) agreed certain aspects to qualify as a planet, a celestial body must be in orbit around a star while not itself being a star. It also must be large enough in mass "for its self-gravity to overcome rigid body forces so that it assumes a... nearly round shape, and has cleared the neighbourhood around its orbit."

secara automatiknya pluto disqualified sebab orbitnya itu oblong dan overlap dengan neptune's orbit lak.jadi sekarang pluto akan masuk kategori dwarf planet.

Aaqilah dan adik-adiknya bila sekolah nanti akan belajar yang hanya ada 8 planet mengelilingi matahari - Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus dan Neptune.

source: bbc.co.uk

dealova

Wednesday, August 23, 2006

Ye,aku memang lama ketinggalan dah.

ni dah dekat setahun aku tak dengar mesian radio.last time ada juga kekadang layan hitz.fm ka, era ke online jadi tau le jugak lagu-lagu terbaru dari mesia atau lagu indon.kali ni memang tade langsung,sebabnya dah malas.sommore during pregnancy itu hari lagi elok aku dengarkan baby bunyi-bunyian lain contohnya bacaan al-quran hehehe sebabnya lelama aku dah tade masa sangat nak baca particularly bila dah start keje lagi la teruk time management tu (memang byk excuses duh). mak aku pesan ada 3 surah sgt elok dibaca during pregnancy

  • surah luqman - moga baby nanti bijak pandai sepertimana luqman al-hakim
  • surah maryam - moga mak baby senang deliver sepertimana maryam
  • surah yusuf - moga baby nanti cantik/elok rupa paras sepertimana nabi yusuf a.s
jadi bila teringat tu aku pasang je dan kasi baby dengar sekali, jadi mak ayah dia tumpang sekali.

balik pada citer asal, i just listened to dealova. sekali-sekala baca online local paper ada mention lagu ni, so aku sesaja search kat youtube. resultnya bagus bangat. sumer menda ada la pendek kata pon.hobi terbaru le ni hahaha

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu oh…
Kau seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi


peh dasat hehehe untuk hubby ",

.: eppy belated 2 months to aaqilah comey bulat bulat last monday luvs u vevery from both of us :.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images