yeay ni lah the 200th post
sebenanya aku plan nak post something special sempena ke-200 nih, tapi atas sebab-sebab tak dapat dielakkan, slothfulness is one of them, kite citer-citer biase je laa. lotsa of new photos of aaqilah yang bemacam aksi still tak sempat nak transfer. hard disc full dgn bleach, hehehe
selalu asyik tengok aaqilah suka je kan, i'll try my very bestest effort next time to put her action in a very cranky mood. later okies.
family is coming, jadi next week akan bz sket. bz bejalan dan juga opportunity untuk explore tempat tak penah pegi nih. macam-macam suggestions dapat.
elok je pastu, beginning the bright june nih, aku pon mula balik membanting tulang empat kerat. mencarik rezeki halal chewah
to make something special too, ni la dia ad faveret aaqilah. the first time she learnt how to laugh amusingly hehehahahahahuhuhu part mana yang dia suka sangat tu aku pon tatau. maybe dia rasa cam dia and mak dia kut, comelss sambil lepak besama-sama makan cereal. memula dulu aku perasan dia akan gelak towards the end, sapa tere guess le tang mana, which one which, dan kenapa. sekarang ni sebab dah banyak kali sangat layan kat youtube, sengih-sengih je.. still, aaqilahs favorite
Hampir sakit jantung aku takut-takut aaqilah tertelan apple.
kiterang makan apple. aku punya dah dekat nak abis jadi bagi la kat dia tunggul apple(btul ka aku describe nih?) yang still ada isi, nampak sungguh excited sekali dia nak geget-geget tu. before dat, aku dah gigit dulu tangkainya, takut la tetelan ke apa ke. then the hubby bising-bising suruh amik, takut aaqilah swallow plak. aku pon nak amik kain lampin dia sambil tu tetiba telayan lak the hubby tunjuk something kat pc dia.
tetiba aaqilah yang berdiri kat ayah dia tebatuk-batuk. alamak, aku nampak isi epal yang dia duk kunyah, seemed dia tesedak. panik gue panik. aku sambil ingat-ingat lupa cuba nak apply teknik menyelamatkan orang kalu choking, iaitu tekan perut dari belakang. dahle perut aaqilah ni bulat semacam. the hubby lagi la, dia pon terus le babble pasal kes apple. ah sudah, kalu jadi kes ni masakle aku..
tapi dalam kepala aku tepike, bole tahan besa jugak tunggu epal tadi, kalu tetelan tak ke naya. mulut aaqilah pon bukanlah mulut buaye atau naga, so so so takkanlah. the hubby lagi la, awak ni degil nak kasi jugak, awak ni tu la, awak awak awak awak.. aku rasa nak je ketuk pintu neighbor sebelah ni, wife dia medic student. tapi sebenanya aaqilah pon tadelah menunjukkan tanda-tanda menakutkan, tapi orang tengah panik nih! the hubby sambil tu pegi dapur, panggil aku dan pointing sesuatu dalam bin, awak ni ke epal yang awak kasi aaqilah tadik? aku tengok, rasa macam ye. then dia cakap, saya yang gigit epal and feed aaqilah tadi, hehehehehehehe erk?? relieved tapi dalam hati, dem aku tekena
by the way, the hubby had already told about his first publication..
sambil tu aku pon tengah pening planning jejalan family nak datang nih. nak ke sana le, nak ke sini la. sapa yang lelebih nak bejalan, aku or ayah aku..
oppsie lupa plak, aaqilah dear dear, happy eleventy months yayang.. now kita bole countdown to the big bash day yehuu
it's the hubby favorite nite, chicken chop nite. dinner malam ni kiterang had chicken chop, siap ada mashed potato dengan black pepper gravy also coleslaw beli kat coop. memang dia suka sebab ayam, ayam, ayam.. yang tade cuma fries, dan jagung rebus... dan bun bulat yang lembut
alhamdulillah good news untuk kiterang. bejaya jugak dapatkan tv after perang last minit ebay, hari tu udah melepas the best bargain tv. dapat tv yang sama gak, cuma mahal sket dari the best bargain. esok bole layan tv balik yehuu.
aku lak makin demam dengan bleach.. rambut ada sket macam kuchiki rukia hehehehe
apakah rasanya rumah tanpa bunyi bising tv? tak meriah ye tak..
2 hari lepas kiterang dah perasan yang remote tv ni cam kong. tapi randomly ntahapa the hubby main tekan-tekan dapat le tengok tv. first and foremost biarla aku explain situasi tv kiterang nih. bought from flatmate yang nak pindah time tu, rupanya tv ni kena hack remote sket baru bole tengok. time tu kiterang pon baru datang uk, dalam seminggu dua camtu la. tatau le keberapa hand, tapi since then dah masuk 1 1/2 le kiterang pakai tv nih.
ni aaqilah punya kerja menyebabkan remote kong. hari-hari dia makan remote lalu masuk la saliva dan agaknye menyebabkan litar pintas. terasa senyap sunyi je rumah semalam dan mungkin hari ni, dan mungkin juga esok sampaila remote tv yang baru beli kat ebay sampai. itu pon beli paling murah punya..
currently aku baru start melayan bleach. inilah tv substitute. inilah juga teman bila aku dan aaqilah baring-baring dalam bilik =)
tummy ni rasa cam cram sket, maklumla sekarang join the hubby dgn 8 minit tummy exercise dia. dia ambitiously nak work out on the tummy, sbb katanya nak perut smart ada 6 packs especially menjelang tambun trip. yang aku nampak, masih 2 packs dengan satu line panjang di tengah hahahahaa aku sure dia tamo makan kalu baca nih heheheheeeee
kenapa aku join sama? apart from living a healthy lifestyle (konon), saje je exercise gak, aku pon teringin nak ada smart cute tummy gitu =D kasi can le dalam 2 or 3 years ni ye tak..
jobless mode.
citernya camni. agak tertarik dengan job title ni maka aku klik. salah satu contoh iklan yang aku came across sewaktu sedang browsing job description.
...
As a gay man working as part of the HIV prevention Team within the Public health Directorate, you will have good interpersonal, presentation and communication skills
This is an opportunity to develop health promotion, planning and training in the area of HIP and sexual health pertaining to Gay Communities.
You will need the ability to self direct as well as working as part of a team.
...
dunia dunia..
Sam:
.. By rights we shouldn’t even be here. But we are. It’s like in the great stories, Mr. Frodo. The ones that really mattered. Full of darkness and danger they were. And sometimes you didn’t want to know the end. Because how could the end be happy? How could the world go back to the way it was when so much bad had happened.
Sam:
But in the end, it’s only a passing thing, this shadow. Even darkness must pass. A new day will come. And when the sun shines it will shine out the clearer.
Sam:
Those were the stories that stayed with you. That meant something. Even if you were too small to understand why. But I think, Mr. Frodo, I do understand. I know now. Folk in those stories had lots of chances of turning back only they didn’t. They kept going. Because they were holding on to something.
Frodo:
What are we holding on to, Sam?
Sam:
That there’s some good in this world, Mr. Frodo. And it’s worth fighting for.
nothing much to add up here. biasala, paling seronok citer pasal aaqilah je. cam the hubby cakap, aaqilah gembira sentiasa, mak ayah dia duk dengan issue memasing. tak abis-abis.. yang penting aaqilah membesar dalam surrounding yang sehat, ceria dan encouraging
kenapa muka masam je? orang tengah marah dan obviously not in the mood for any photo snapping. aku sebenanya nak citer, alhamdulillah sekarang aaqilah back to the happy mode, plaster pon dah bukak. sebenanya, hari kiterang balik rumah lagi, pas dia tido petang 3,4 jam, bukak-bukak mata je terus sengih. pastu aku tuka nappy dan pj, uih terus panjat-memanjat. tengok orang makan dia pon eager nak makan sama. dah tak sakit ye aaqilah..
wat a loooonngg day ari nih rasanya. serius, rasa lama je. normally bagi aku satu hari akan habis dengan pantas, sebab dah tengahari baru nak start..
ni gara-gara melayan citer jepon the hubby dah updet first. tapi tak kesah le aku updet dulu ke, dia updet dulu ke, aku tau dia mesti akan citer to the details apa jadik. so aku nak le updet dari segi yang lain lak. segitiga ke segiempat?
apakah perasaan aku sebenanya? yela, mesti rasa bemacam-macam tho it's only a minor one. cuma nak excise antenna-antenna telebih tu. sebab takut block lubang telinga tu yg sampai kena refer ke surgeon. walupon nak kasi comel sket, tapi dikhuatiri bagi kesan pada hearing dan sebagainya. elok je dapat surat, seperti aku mentioned earlier, aaqilah demam esoknya. ish cam tau tau je che mek ni lak. dua tiga hari seblom operate aku mula le imaginasi tingkat khayalan tinggi hehehe mula dengan tak sengaja merisaukan diri sendiri huhuhu tapi outernya nampak coolio indeed, so the hubby rasa aku kewl je kut..
since hanya sorang je bole anta aaqilah sampai ke waiting room before pakar bius datang pick he up, aku duduk dan cuba tenangkan aaqilah as best as i could. memula dia bunyi-bunyi sket, yela nampak lagi orang tak kenal. nurse yang accompanied aku tu siap inform lagi kat nurse bawah lak, jangan tego kang menjerit. yup guys, aunties dan uncles sekalian, hari ni aaqilah memang ratu mengamok. nampak je barney de dinasour kaler purple itu terus aku buat-buat sore comel kasi aaqilah leka. nampaknya agak berjaya, dia mula behaved.
tunggu tak lama pon, datang le pakar bius cakap lagi 5 mins saya amik aaqilah ye. aaqilah pon tengah khusyuk main, ok la tu. aku bisik-bisik kat telinga dia, aaqilah be good girl ye. baca bismillah banyak-banyak untuk dia, aku rasa sore pon tahan-tahan. rasa macam begenang je mata.. jadi before me the nurse and doctor came to pick her up, aku paham rasa intense tu. nak kata sedih, tak sedih. takkan happy lak kan time tu. aku rasa sebak dan syahdu semacam huhuhu..
the doctor said dia akan call ward bila aku bole datang amik aaqilah. so sementara tu, the hubby balik umah amik car seat, aku ikut turun ke concourse untuk a little break. beli kopi yang small tapi tak small pon, minom 3/4 cawan je. duduk melayan perasan, dalam pikiran tebayang camne laa nurse dan doktor tu nak baringkan dia, then tenangkan aaqilah untuk kasi anesthetic. menjerit ke aaqilah agaknya. tapi alhamdulillah, waktu nurse amik dia dari aku masa kat waiting room tu dia tak menangis, ada le some noises sket. waktu aku pusing belakang seblom klua pintu, dengar dia bunyi-bunyi sket sambil pandang straight kat aku, nak make sure ye ke mak dia tinggalkan aaqilah kat strangers ni.. uuh, tak senang duduk nih. tapi penangan kopi hitam pekat ni kasi perut aku prob la plak.. sigh
agak-agak pas 1/2 jam, aku naik ke ward dan sementara tu layan buku citer sat. tapi nak baca pon tak tenang, agaknya berapa percent sangat le masuk kepala. asal bunyi tepon je aku pon pasang telinga. asal pintu bukak je aku husya adakah the hubby dah sampe. tetiba nurse datang dan cakap aaqilah dah ready. terus ikut dan naik tangga to one upper lever, ke operating theatres. dia bawak ke revocery room, tapi seblom tu aku dah perasan suara yang memang belongs to the precious menjerit-jerit ooo. ye betul, cik aaqilah kita dah mengamuk, tsskk dah terasa sakit ke plus lapaa oo plus sapalak lady tak dikenali ni dukung sayeee... saya mau maaaak!! nurse cakap aaqilah tamo water, terus aku tanya bole feed dia tak. mana la saya tak lapar, last sekali minom susu ialah half past midnite. sambil feeding dia tu ingatkan nak tido tapi once katil ditolak, dia mula restless balik. memula merengek tapi makin lama makin kuat. start phase dua mengamok, sesudah operation. exhausted pon ye, lapa lagi, ntah kat mana le saya ni.. tak selesa, sakiiitttt..
the hubby memang tere, bejaya menidokan aaqilah dan kiterang pon melepak extra hours kasi aaqilah rehat. meanwhile the hubby also had his nap, aku lak sambung layan buku. baru tenang hati sket.. oh ya, aaqilah got mad at the mom, becos passed me to strangers tadi..
thanks sangat to sawal yang tolong amik kiterang, then the hubby pegi beli lunch star fried chicken. memang kelaparan jugak le mak ayah aaqilah ni, pas makan terus tidokan aaqilah. aaqilah pengsan, mak aaqilah pengsan, ayah aaqilah pon pengsan samaa..
ye, hari ni memang panjang
kalau ada sesapa teperasan time blog ini akan dipost around 5++ am. hehe apakah aku still buat pepagi buta nih? bukannya apa, last nite tetido awal gara-gara nak menidokan aaqilah. selalunya mak dia akan tido dulu punya. yela, suasana dah conducive, gelap, sejuk-sejuk sket, dicampo faktor maknye emang kaki tido muahahaa
aku terbangun bila alarm bebunyi, oh dah subuh dah. sbb tido awal then senang bangun sket. semangat nak bangun semayang subuh. good, good. pastu buatkan air milo utk the hubby, kasi tambah semangat rajin dia. pastu dalam kepala aku teringat nak abiskan download anime movies sket. biasala keje melepak nih, carik bahan untuk ditonton. unlike the hubby, dia rajin melayan drama, maybe sebab dia selalu cakap dia tak suka drama sebab tamo any attachments then sekarang dia yang sangkut huhuhu
so apa plan ari ni? aku duk repeats kat the hubby, hari ni saya nak bawak aaqilah gi library for that nursery rhyme session, kalau rajin dan kalau tebangun hehehe dah beminggu jugak le aku sebok gebang, then start keje ari tu camne plak kan, so bila dah free balik ni the bestest opportunity untuk bawak aaqilah besocial. bukannya apa, bagusla kalau dapat dipraktikkan selalu, tadela takut sangat dengan orang nanti. baby pon sebenanya walopon kecik-kecik ni suka dan nak bekawan. hehe dari gaya aaqilah ni, parah gak le kalu balik raya tahun ni nanti. dapat dah kiterang bayangkan camne reaksi dia bila behadapan dengan sume orang..
keje oh keje. sakek kepala aku dibuatnya. it's just dat ada menda yang merisaukan pemikiran aku nih, aku rasa dah bole dah masuk kategory desperate housewife. walhal tade pong! tapi tu la, aku ni duk pike, punya pike, punya pike tambah menyenakkan dan menyendatkan kepala sendiri. asalnye kecik je, tapi aku bole relate ke satu menda lain, then relate lagi dan lagi dan lagi.. pastu tetiba tengah duk relate tu aku bole trackback balik camne sampai ke situ. kalu tamadun greek dulu kala ni, bole join jadi ahli pike dah agaknya. maybe aku leh came up jadi philosopher wakakakakaa ooo patutla aku ni dah start nampak tua agaknye cheeee...
ok ya, baik sambung tido la. my best therapy for any situations. cuma lately tido pon asik mimpi ntahapa je. aku pon nak bangun awal karang, harapnya level kerajinan akan meningkat. hopefully sesi menyanyi-nyanyi besama kanak-kanak tu will be another good therapy.
ciao
sungguh kemalasan hari ni. aaqilah pon tak berapa sehat, maybe nak tumbuh gigi kut. aaqilah ni tade gigi lagi..
semalam dapat surat hospital, aaqilahnye minor operation has been scheduled on the next monday. jadi kiterang akan duduk berkampung le hospital tu the whole day. by petang bole balik. operation apa? actually nak remove skin tags yang aaqilah inherits dari ayah dia tu. so aaqilah will have her antennas removed soon. doakan untuk aaqilah ye =)
sebenanya ada intention nak ajak the hubby merayau city centre, today's the last day of debenham's sale. mana tau ada magic! tapi ada lak f1 so agak-agak sapa menang? itu pasal back to first paragraph, bemalas-malasan je la kat umah.
aku agak rajin lak mengupdet my fp ", silalah sila
apparently ramai sungguh orang melangsungkan perkahwinan dalam tahun ni. aku pon tumpang gumbira dan sikit-sikit dapat gak tempias kemeriahan weddings yang tak dapat kiterang menghadirkan diri..
bulan januari aku tak berapa ingat ada ke tak, feb too. starting with mac ialah my cousin hana, macam my older sis le nih jadi adalah kewajiban untuk aku sebenanya. dapat wish tru phone pon ok le tuh kan, wakil. then towards end of mac my very best fren lak, ita kat gombak. aiseh aku called first time tak berangkat lak.musti tengah bz tu. bila aku call untuk kali kedua sket punya excited member. tepaksa aku mengcover nak cakap takut sore tu kuat sangat. aku kalu cakap dengan orang-orang rapat ni volume tu high pitch je selalunya hehehe gelak pon kena control ayu sket, dalam bas ni. tak ketinggalan member-member lama itm, lya dan sharina dalam bulan yang sama, kut hehehe dapatla gak menatap gamba memasing on the internet
then salah satu acara yang dinantikan dengan penuh debaran, my bro's wedding kat s alam n semenyih. dengarnya bole tahan hebat dan meriah. congrats congrats besanding kat dewan mbsa, sama-sama cun dalam pesalinan songket hehehe on my bday lak tu.
tak sangka trend nikah pagi n terus kenduri menjadi pilihan to others too. my fren titi n chern did last year on their wedding. along hana, ita n norie (my newlywed s.i.l) jugak. bukannya apa, convinient pada semua pihak. papehal pon jutaan tahniah aku ucapkan untuk semua, semoga bebahagia, berkekekalan dan mendapat kerahmatan.. klaka lak, tengok gamba orang lain kawen terasa je nak belek gamba kawen sendiri lak huhuhu maklumlah miss banyak weddings ooo
btw to those are getting married this year kan, sesapa ada kawen lepas raya? insyaAllah kalu menjemput kiterang ada heheheheheheheee
weee aku dah one year older dari the hubby. dia kata dia kawen dengan orang tua cheeee lagi lima bulan dia pon nanti sebaya aku jugak tape tape
ape ye? being a 27 aku rasa bukanlah dah besar lagi. ada one of my frens cakap, kita semua dah besa-besa ye. to me i think it's quite inaccurate. penggunaan besa-besa tu lebih kepada awal 20's, macam masuk 21 ke. 27 lebih kepada dah melangkah alam lebih tua, maka hidup lebih buhsan. kepada sesapa yang dah ada family, anak sorang dua tu maknanya life kita surrounds dengan pembesaran anak-anak. then daily talk lebih kepada anak-anak jugak. "hari ni aaqilah dah berdiri pegang kerusi waktu awak gi keje tadi." takpun "aaqilah panggil yayaaaah laa" aaqilah this, aaqilah that..
melayan blog kawan lama bebaru ni, dia ada citer pasal changes. ada satu part aku setuju. waktu sekolah-sekolah dulu tak sabar2 nak abis sekolah masuk uni. antara sebab aku tak sabar-sabar nak abis sekolah sebab malas nak iron baju sekolah wakakakakaa lagi satu mencik betul kena basuh kasut sekolah pastu kapokan color putih itu. pastu bebuih mulut cikgu-cikgu pesan, jangan rushing nak keja masa untuk menjadi adult. enjoy lah zaman-zaman persekolahan kamu sebab ni lah masanya paling fun sekali. ye la cikgu, kata kamu itu betul sekali. tapi seriusly kalu bole return to the past masa sekolah won't be my first option ahahahaha
tapi apa yang aku cuba nak sampaikan sini. everytime thinking about the future, maksud aku where i am now, banyak jugak actions aku yang questionable. firstly for being impatience. then terlalu ikut hati. macam-macam la. sentiasa aku pikekan tang mana yang fate twisted itu. tapi itula, if only time could be changed. sure semua orang akan berebut-rebut untuk return to the past and make something different. kalau lah ada sale "70% off time, return to 70% of ur timeline" aku pon berebut sama..
sebab itu masa akan terus berjalan. untuk kita learn dan apresiasi masa yang ada. kalau bole pusing balik tade apanye yang kita belajar. itu cheating kan.
wishlist aku sekarang pon tak berapa kesah sangat. kalu dapat apa yang diidamkan sangat alhamdulillah. maybe masa sekarang ialah masa aaqilah. mungkin juga hehehe
i'll upload pics soon =)
ada member the hubby tanya bebaru ni, wife ko dah keje ke? the hubby akan jawab, alaa keje kerani susun file je. betul la tu..
aku pon tatau camne leh kena letak under archive. tapi at the moment ini je la goldmine yang ada jadi belasah je. bole tahan dimotivated jugak le. at least kalu dapat indexing tape la juga. ini sorting documents huhuhu dan jugak posting documents. sumernya adik-beradik menyusun dokumen juga adanya
bebaru ni aku dah dapat job baru, scan dokumen lak. ok la tu kan, tadela lebam membelek kertas dan stamping je. bole tahan sangap dan sakit belakang, tehangguk-hangguk aku tahan ngantuk. this coming week adalah minggu yang sangat bz, year tax end is coming. ari ni sebenanya aku ada overtime.
kadang-kadang aku pike, adakah aku orang yang camni? ape yang aku carik sebenanya? nak kata belaja menda baru tadela pon. bole dikatakan mentaliti keduitan sebenanya. sambil menscan pagi ni aku tepike, inikah rasanya keja kerani? adakah aku suka untuk merasa susah sebelum menjadi big boss satu hari nanti. supervisor yang ajar aku untuk scanning kata she heard yang aku ni very bright girl. tapi nak buat camne, so far ini je la rezeki yang Allah kasi. tapi aku admit aku mula rasa quite fun working here, nak-nak ada member baik sekarang.. kalu gaji 30k per annum lagi aku rasa betapa indahnya ekekekekee
tapi aku pecaya, kalu kita saba menda baik akan datang, insyaAllah. semalam aku dapat panggilan interview utk job dalam uni, alaa library assistant je. dan juga lately a few calls dari recruiters untuk real it jobs. cuma it jobs sume jauh-jauh, nak tanak kena travel agaknya aku nih. macam semenyih ke cyberjaya tu cun je, dekat kan. ni cam semenyih ke shah alam la, ke kl laa, ke subang laa, ada cam semenyih-rawang lagi. nak-nak orang tak berkereta cam aku nih. kalu bole aku nak within semenyih jugak, gitu la analoginya ahahahaaa
jadi aku kena pilih nak real job ke keje main-main? kalu nak real keje kenala aku willing utk travel. kalu kena travel kenala tinggalkan aaqilah dengan the hubby. tapi aku kesian the hubby stuck kat umah lak, aku kurang pecaya yang lelaki ada kemampuan dan kesabaran sebeginih. campo dia tensen dengan phd stuffs dia lagi. nak anta aaqilah ke nursery kena secure keje gaji mantap sket. pastu aaqilah plak takleh takut-takut orang cam skarang nih..
tapela, esok-esok bila balik mesia kan, kalu susah sangat nak dapat keje it agaknya aku ni bole mintak jadi kerani bank. atau time tu aku dah cukup duit nak jadi tokey restoran sendiri ahaks jangan lupa datang makan selalu ye kalu cita-cita aku tu tecapai satu hari nanti.. apa nama agaknya, let me think first hmmm hmm hmmm
seronok rasanye tengok blogs kawan-kawan ada kemajuan. haa ini macamlah. tadela asal aku klik citer yang dah besawang itu. barula aku pon semangat mau updet hahahaa
apa citer? lately kiterang mendapat jangkitan penyakit. memula aku, kan dah citer aku dapat cold last week. tak berapa sehat lagi, bejangkit ke aaqilah lak. sian tengok, rasanya ni baru first time dia dapat batuk n selsema. badan pon panas-panas sket. pantang ashem hingus pon meleleh. alaa sian-sian-sian. bebaru ni the hubby pon turut menyatakan tak berapa sedap badan, tapi dia super hero, susah nak sakit.
biasa la bila sakit ni, mana le larat sangat. tapi memandangkan the hubby dah tetiap hari duk jaga aaqilah sian lak kat dia, jadi tak larat tu kena dilarat-laratkan. itupon aku rasa dia dah kasi can rehat banyak. kalu aku tetido waktu nak tidokan aaqilah, dia tak suh bangun pon kalu aaqilah menangis. dengan mata tepisat-pisat aku tepuk aaqilah dengan harapan sambung tido balik. tapi the hubby akan eventually bangun dan dukung aaqilah. tu la kalu bole tamo sakit. aku rasa pengsan le the hubby kalu aku betul-betul demam takleh bangun. nak layan aaqilah lagi, nak jaga aku lagi..
oh ya, beza waktu sekarang dah jadi 7 jam. itu tandanya officially the spring has began. sekarang dah 15 past midnite tapi aku tak rasa ngantuk pon lagi. mungkin mata masih attach dengan waktu kurang sejam itu atau siang tadi dah telalu banyak tido.
dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kaseh yang amat sangat buat the hubby terchenta. terima kasih sebab jaga aaqilah macam seorang emak hehehe dan terima kaseh jugak sebab jaga saya dengan cemerlang sekali..sangat terharu le awak
agak lama dah aku tak updet. bukan tade cite, tapi masa tu tak berapa ada. lagipon tak berapa sehat dan as usual, kemalasan..
by the way, aku dah keje. alaaa keje admin biasa-biasa je. last week dapat, dalam satu hari je. recruiter call, pegi test then dapat terus. the hubby not really happy, mostly sebab bukan it jobs. pay quite ok, tadela bes cam last time. nama pon admin ye tak. yela, got a few calls dari recruiters, ada yang bunyi cam yo yo poyo ada can dapat tapi pastu senyap. kasik aku harapan palsu je.
first day gi keje, punya la sejuk pepagi ni. working hours aku dari 7am-3pm. not bad la sebab 3pm tu bunyi cam awal. yang tak larat tu nak kena memaksa diri bangun pagi aduhhh. tetiap pagi, aku get up as early as 5.45, keja bas pukul 6.30. lagi tak bes, akibat dari balik london ahad lepas membuatkan aku dapat cold minggu nih. makin melarat sampai demam-demam. suara toksah cakap, sengau je bunyinye. orang ckap pon aku tak berapa dengar, rasa telinga cam pekak-pekak.
first day keje aku rasa macam-macam, banyak tak bes dari bes. terus dah kira dalam kepala nak berenti bila. mengikut discussion ari tu aku kena la commit at least sampai end of april. dapat je task apa aku kena buat, terus terasa mencabar intelligence aku huhuhuhu (the hubby musti suh berenti nih)
however however, aku dah almost seminggu kat skandia nih. nanti la in the next entry aku cite lebih details. aku ada member kamcing baru, minah colombia, carolina..
it's truly wonderful witnessing our lifetime commitment growing up. tak caya tanya la sesapa yang dah experienced.
aaqilah ni memang suka makan. in fact semua menda nak makan, apart from foods, dia nak makan wayar, kerusi, bucu meja, ibu jari kaki. all babies tend to like wires. menda-menda yang terjuntai ni bagi dia menarik. though toys dia colourful, wayar kaler hitam tu jugak yang dia aim. lagi aku jerit aaqilah, no! no! lagi laju dia dia gerak nak capai dan makan..
since ari tu aku kena lecture pasal bab pemakanan, so far quite a few i've tried and experimented on aaqilah. yoghurt suka, suka (me hates yoghurt euw). pisang juga suka. nasi ok-ok. potato ok-ok jugak. roti suka. veggie nampaknya ok. pendek kata apa aku makan aku dah start kasi dia makan jugak, cuma kalu pedas atau telalu berperasa tu aku tak kasi sangat lagi. kadang-kadang memang aku agak kemalasan nak masak aaqilahnye food huhuhu (eii tak baik tu) tapi kena ingat ini komitmen sampai mati oo..
lupa nak cerita, kenapa baby jangan delay kasi makan. health advisor ni citer la, bila baby ni chew food, secara tak langsung akan stimulate muscle-muscle yang berkaitan. kalu tak adalah dikhuatiri akan melambatkan budak bercakap. haaa ilmiah tak hehehe
one of my favs and still is
wat was i thinking? ari ni dengan tak semenanya pergi appoinment aaqilah 2 hari lagi awal.
appoinment tu sepatutnya due rabu nih, march the 14th, aku pon tatau camne kelabu mata bole tebayang 12 haribulan. beriya-iya ingatkan the hubby ajak dia teman gi aaqilah nak kena cucuk. blank je kepala aku bila dia kata appoinment tade hari ni, hari rabu sebenanya.
sunggoh sengal kepala aku sekarang.

sempatlah kiterang bejalan-jalan ke portmouth recently. aku rasa cam dah lama je aku stuck dalam rumah tak ke mana-mana. kedai siam, asda, coop, portswood, uhs tu je la kut. within southampton vicinity jugak le.
selalunya aku memang agak kemalasan. tapi that day besemangat betul. siap masak nasi goreng buat bekal lagi. memula pegi jumpa health visitor untuk aaqilah's 8th months check. adeh, bole tahan jugak le aku kena lecture pasal bab-bab pemakanan aaqilah. bagi derang nih, kalau tak start introduce solid food lagi dah macam delay. babies at this age sepatutnya dah bereksperimentasi dengan macam-macam foods, vegetables, fruits, nasi lembik-lembik, potatoes, hatta daging pon boleh. whatever u eat u can give her. ye, itulah yang aku dapat. satu lagi dia suggest untuk pegi bawak aaqilah berkawan-kawan dengan babies yang lain at some classes for babies near here.
aaqilah yang mengantuk due to lack of sleeps memula baik je. tengok sana, tengok sini, nak capai tu, nak capai ni. tapi bila kiterang start bukak baju dia nak timbang, dia mula menangis. aku rasa dia ingat kiterang nak kasi dia kena cucuk le. yela, asal nak kena cucuk je kena bukak baju slua. mengalir-ngalir air mata sampai tak sempat nak ukur length.
lepas settle hal aaqilah kiterang gerak gi portmouth. seronok gak kali ni, offer yang not bad. aku rasa sapa masuk nike mesti klua with plastic bags. the hubby dapat satu, aaqilah pon dapat satu. officially the bought shoe untuk aaqilah. aku rasa kawaii sangat sangat... husya-husya harga, hmm ok paling murah kat situ. pastu ada less lagi.
end of the day, the hubby hepi, aaqilah also looked hepi, jadi aku pon hepi too. kenapa aku tak beli? rasa tade yang wow-pow le pada mata aku. was close to buy ck undies hehehe tapi tapela, tak penting sangat pon.
ja ne =)
rasa nak makan je lately. how and why, appetite aku makin menjadi-jadi?
in fact dalam kepala aku dah terbayang nasi impit and kuah kacang. jangankan dalam kepala, dalam mulut pon terasa-rasa. ish ish teruknya. by the way, am planning to have a nasi impit and kuah kacang day today. for lunch and dinner, kuah kacang all the way. the hubby kata okay.
semalam hari rabu ada malaysian food fest kat sini, hari yang aku agak anticipated since we went last year. ingat lagi makan nasi ayam dalam library, maklumla time tu aku keje. tapi this year, kiterang telupa. itupon dah almost 2 the hubby ingatkan. aku mandi, semayang dan pegi tapi malangnya dah hampir licin. balik la dengan lipton lemon tea dan suratkhabar (apakah signifikasinya disini aku pon tatau dan 25p je sbb beli dalam uni). jadi kiterang ber-food-fest dengan nasi putih dan sardin kentang huhuhu boleh la kan..
ada plan untuk projek terbaru, egg tart hehehe kalu rajin