apparently we still incapable in terms of financial. ekonomi yang merudum sejak dua menjak ni tak boost lagi.
the hubby masih ulang-alik bristol sempena conference dia kat sana. aku lak taking 2 days off, turn aku lak menjaga aaqilah. seb baik flexible working hours, kalu tak pening macam mana dengan aaqilah ni. ada bawak gi opis kang.
kalu orang lain aku rasa tengah bulan ni gaji pon dah tinggal 1/2. aku gaji bulan lepas pon still stucked huhuhu ntah ke berapa kali harass mamat agency ni eventually aku dapat sms dari subcompany lain yang uruskan gaji aku kata within 2 days ni setel. inilah nasib contractor cabuk huhuhu sedih sedih. sampaikan nak gi keja kena pinjam duit orang nak baya tambang bas. tape tape dugaan Allah
semalam bejalan seharian dengan anom n sawal mencarik kedai queen anne dan various kedai jual china. luck wasn't on our side la, kedai tutup, jalan yang jem (highway nih jem). hujan. walo apapon, terima kaseh bangat sama anom and sawal yang sudi menumpangkan aku dan aaqilah dan bawak kiterang jalan-jalan hehehe
hari khamis ari tu kiterang tengok live streaming from bristol; check this out hehehe the hubbynye presentation
setelah sekian lama aku berjaya menghabiskan satu buku yehuuu
salute untuk diri sendiri yang terkedek-kedek nak mengabiskan buku cerita yang dah nak besawang tu. aku beli last year kat charity shop,bole dapat murah-murah tapi yang ni tadela murah sangat maybe sebab good review atau kedai tu memang tak berapa murah.
sebenanya bukannya apa, aku kena la menyemai hobi membaca ni balik, towards end of this month kan the anticipating book of the year nak release, tebal tuu 700 pages. apa la sangat buku tak sampai 400 pages ni. tapi aku rasa ada ke masa agaknya nak re-read no 6, kena kasi refresh kata orang, baru masyuukk hehehe
ari tu aku travel dengan ditemani ipod nano the hubby, after 2,3 weeks aku was accompanied by book. cuma amik masa lebih dari orang lain sebab aku cuma layan bila keadaan stationary. waktu tunggu bas, ye. waktu bas berenti amik orang, yap. waktu bas berenti kat traffic light, yap too. waktu bas berjalan aku mampu pegang je. sebabnya aku ni jenis tak bole membaca/tengok tv/buat menda lain bila dalam kenderaan bergerak. gerenti pening hingga menyebabkan mabuk. tapi tidur tadehal.
ok ok.review of the book dari aku..
aku rasa macam kita tengok jdorama/movies/anime jepun ni, aku kira japanese ni into the details le. macam menda yang kita tak terpike sebab tu aku suka layan, bole belaja. cuma citer ni more focus into western literature, lagu2 omputih 60-an sebab citernya berkisar pada zaman tu. citer pasal budak univeristy zaman hujung 60-an, relationship, friendship, cinta situ sana sini,bunuh diri, promiscuous lifestyle, mogok student, etc etc.
bahasanya indah, straight forward, dan juga alih bahasa dari bahasa jepun. seb baik aku tak lost in translation lak. citernya simple je, tapi kedetail-an pasal particular menda menyebabkan jadi tebal dekat 400 muka ni. wit, yang pasti walopon agak slow start tapi peak dia agak cepat dan berjaya mantain sampai abis hehe
aku tak pernah melayan buku romance omputeh seblom ni cam judith mcnaught/danielle steel/mills n boon/seangkatan jadi aku tatau camne derang describe when it comes to explicit scenes. dalam buku-buku hantu remaja yang aku layan zaman budak-budak dulu biase la adat omputih, tu ada la sket-sket tapi berpadanan dengan remaja zaman aku tu la. memula aku rasa agak terkejut dengan betapa open dan modern thinking-nya orang jepon ni, walupon 60-an. memang tak macam oshin. memula tu malu-malu nak baca, lepas tu layan jugak ye hmmmm akakakakakaa maybe sebab cite ni took place kat tokyo so agaknya la. atau maybe aku ni naif kut hehehe extra comment: strictly, strictly 18.
kalau sesekali nak something yang berlainan, ni a good stuff to read =)
sekarang fruit-cocktail mode. hari-hari mimpi makan cocktail. diced fruit dalam tin, lemak-lemak susu sejat, putih cantik susu segar, nyum nyum. aku bayangkan je la cam makan cendol, yela dapat cendol sini dah macam magis. nak buat pon senang, aaqilah pon suka. well, sebenanya aaqilah tu asal suap je dia ngap..
semalam adalah demam pulut bersama sambal ikan bilis. new learner, an idiot's guide to cook pulut. aku call mak tanya cara-cara memasak pulut. sebab dah tebayang pulut sambal depan mata, mmm sedapppnnye. mana dapat beras pulut? last time pesan suh mak aku bawak, cakap hmm teringin le nak makan breakfast pulut, mak bawak le sket bole masak sini. mak aku bawak sebeg kecik which at first i thought quite ridiculous. sapa nak ngabiskan ni nanti, quoted aku waktu itu. kalau le aku tau memang kiterang demam gini, 2-3 beg pon ok lagi. satu je yang kurang, dessicated kelapa yang fresh. sini adalah tapi dried punya. still, substitute tetap ada. brunch pulut dengan sambal, tak sampai petang dah habis. terus rendam lagi pulut sebab aku plan nak bawak bekal gi opis. malam kita layan bihun soto lak. citer bab makan ni never ending story le kan.
itu la citernya. cerita makan di hujung minggu.
the libertines layan gak =) sesapa mau try. sangat ketinggalan le aku ni. the hubby terus nak beli cd, atau dl saja lah hehe istilah beli adalah untuk old skool bands, atau worth-ur-money-buy
which one do u want? career or life? ya, itula antara bait kata-kata yang aku eavesdropped bebaru ni. issue yang menjadi salah satu turning point dalam milestone hidup kita.
adalah beberapa budak medic yang aku rasa nearly finish study kut, tanya kat sorang senior yang sekarang dah keje doktor sini. aku pon tumpang-tumpang dengar, mana tau ada point berguna. lagi satu mana tau ada gosip panas hehehe
career or life? jangankan budak medic yang pening memikekan specialism apa nak amik pas abis untuk kasi balance life, semua orang mesti pike camtu. yela, kalu nak kaya mesti ambitious, maknanya kena kerja kuat/tunjuk power/rajin/memang family kaya. kalu nak berjaya dalam career mesti commited. ini jalan straight yang aku tau, bukan jalan shortcut.
cost of living hari ini is undeniably menjadikan kita materialists.semuanya menuntut rm-rm. lifestyle lagi la membuatkan gaji yang tak berapa sen tu jadi negative, lalu mendapat bantuan kad kredit. sign dan hutang. ko bergaya aku pon nak bergaya. tak tipu last year waktu aku kerja starbucks tu jadi tempat lepak. tapi tahun ni tengok tingkap je, nak save punya pasal. orang sip cappucino atau sedut ice blended, aku pon tangkap leleh huhuhu kan lifestyle tu.
berbalik pada pokok-pangkal the meaning of success dalam hidup, adakah kita ada rumah besar, kereta 6 bijik, duit berkepuk-kepuk dalam bank, pangkat duper big bos dalam company, handbag beratur dalam almari (kes gile handbag hehehe), kasut beratur, hidup 0 hutang, anak-anak berjaya, and the list goes on, and on, and on.. pendek kata tepuk dada tanya selera.
malas nak pike, semua ni duniawi. yang bole bawak mati esok amalan dan doa anak-anak yang salih..
itu betul, tapi at least aku rasalaa, tamo memburdenkan pada anak-anak lak. instead kita tinggalkan something untuk derang, complete education, bekalan agama yang cukup dan juga savings sket-sket untuk aaqilah and adik-adik hehehe
hmm syukur,syukur,syukur. walaupon mungkin career path aku dah haru-biru sekarang, aku punya family kecik yang gembira dan doa aku kekal bahagia dan the same pray goes to family besar too. the hubby yang super duper baik, anak(as for now) yang sehat, bijaksana dan ceria. bila tensen pike keja, aku kena ingatkan yang aku punya the other priceless 'success'. ingat tu tau..
rasa surreal je aaqilah dah setahun nih. aaqilah dah ada gigi 1 1/2 batang, both klua kat center bawah.satu tinggi sket, satu lagi cam malu-malu je naik hehe itu pon aku rasa agak lambat ada gigi. kalu lambat tumbuh gigi ain't a major case, semalam aku baca artikel what you should be concern on certain issue when the little one reaches 1, seperti:
Your toddler can't bear weight on his legs.
He has one or both eyes still crossed, even some of the time.
He doesn't use both hands equally.
He doesn't use any real words or doesn't know his name.
He isn't crawling or moving forwards in some way.
He has no fear of strangers or anxiety at separations. Fear and anxiety are normal reactions to these situations at this age.
He doesn't point at things.
He seems to have problems with his vision or hearing.
He loses a skill he had before.
pagi semalam ayah aaqilah citer dia jatuh kerusi. mula laa aku panik, bepeluh jap kat opis. dia citer aaqilah dah rasa big big girl, nak turun kerusi sendiri. sikit je dia kata. checheche berdiri sendiri pon belum lagi, nak turun kerusi sendiri ye. sometime aku wary pasal laaa aaqilah belom nak berdiri sendiri lagi, apa lagi jalan. tapi no need to rush things laa kan.people around me citer macam-macam, baby A dah bole jalan umur 10 bulan. baby B dah bole crawling by the age 5 months la. baby C plak tere cakap. anak aku 2 bulan dah ada gigi. tapi janganlah lupa yang setiap babies ni, each of them is unik. ada laa yang aaqilah masters cepat tu. maybe pandai je cakap dah terus bole baca suratkhabar, english lagi hehehehe mana tau kan. takpon tiba-tiba cakap dengan aku bahasa jepon ke, sebab dia selalu teman mak dia layan anime. ah sudah, pening mak ayah dia nak jawab balik hahaha tapi sebaik saje notice tanda-tanda yang tak berapa baik, cepat la cepat consult dengan gp.
weh sambung keje lor
evil grin >:)
lately memang tade citer menda sangat. cuma rasa anticipate menunggu hari ni. dari last week dah mula prepare apa yang patut. beli hand mixer, beli barang-barang dan bahan-bahan, dan semestinya carik resepi dan print kat opis. dalam kepala dah duk plan apa nak masak, hari apa nak siap-siap, apa nak beli, bla.. bla..
tapi kita manusia bole plan, tuhan punya kuasa dengan ketentuan Dia. today is the day, and most definately cam hari-hari biasa je. sebabnya apa yang mak aaqilah berangan last week tinggal berangan, nampaknya. hand mixer tak sampai-sampai, oh aku dah hangin le nih. financial pon makin kritikal huhuhu
dat's fine. walaupun hari ni most definately akan dilalui cam hari-hari biasa, kiterang akan twist sket kasi tetap menjadi satu hari yang lua biasa untuk aaqilah. it doesn't need a miracle, just a little effort to make it happen. lupakan kesusahan dunia sementara, dan live the day to the fullest.
syukur bila jalan dipermudahkan, bantuan kewangan terus sampai semalam. call hari selasa petang, rabu dah completely transfered hehehe pastu angin punya pasal, terus aku call pos opis tanya mana barang. tanya punya tanya, hari ni the hubby akan pegi post opis terdekat amik barang. jangan lupa tau! tape yayang, esok kita enjoy cupcakes okie.. very cutesy one =)
dearest aaqilah. happy birthday! Buon compleanno amore mio. unconditionally and infinite love, from mak and ayah
rasanya dah lama aaqilah tak klua sini. mak aaqilah ni si pemalas laa..
apa lagi citer terbaru, this coming week nih lil aaqilah akan turns 1. yap, kiterang ni yang lebih excited sebenanya. kalu la financial lebih cun mesti preparations lagi cun jugak. ini adalah secara sederhana. aku ni memang dah lama sangat berangan food mixer, tapi untuk spesel occasion ni and after some thinking kan, aku decided untuk beli hand mixer dulu la. at least setakat nak buat biskut tu lepas dah. the ultimate kitchenaid one day le okie hehehe tapi yang duk tensen ni pasal handmixer tak sampai-sampai lagi, padahal aku dah order dari awal minggu. memang dah berangan habis dah kasi test power once sampai tapi tade rezeki lagi. aiyo mana niii
aaqilah's turning 1 i feel something major. dalam 1 tahun ni rasa macam tak sedar je time flies. biasala, mesti ada ups and downs nya becoming parents nih. aku rasa bole tahan cheating gak mak aaqilah ni. cam sekarang aku pegi keja dan tinggalkan aaqilah dengan ayah dia. pasni aku ingat nak propose kat bos untuk keje longer hours hari-hari biasa so that aku bole cabut half day friday. pastu pegi keje lagi awal pepagi untuk tak balik lambat sangat. still not around kan..
back to aaqilah, rasanya memang dah lama aaqilah tak menempel kat maknye blog nih. apa kata survey?

semenjak pegi keja pepagi nih, aku perasan ratio orang yang melayan mp3 player bole kata tinggi. contoh mp3 player adalah seperti ipod which is obviously dominates compared to the players, then handphone dan juga player-player picisan yang lain. well, actually dah lama perasan tapi baru ni je nak mention. since the hubby ada beli ipod nano yang nipis nih jadi aku mengutilizekan apa yang ada, aku pon nak join orang sumbat telinga sambil travel ke destinasi yang dituju. yela, nak layan buku citer aku pening kalu dalam kenderaan, kalo bole buat tade hal punya.
pagi ni aku terasa nak melayan the best of cokelat. aku penah claim sore cam kikan cokelat dulu, wakakakakaa yela time tu melayan hati yang lara. satu, satu lagu cokelat, bring me back to a few years ago. aku naik keta dengan ada sorang hamba Allah ni, time tu kaset player (ye anda-anda semua, kaset player ye) dia tengah main cokelat, album yang first tu. apa intention dia aku tak berapa tau, maybe radio sucks. atau dia nak sesama melayan perasaan pasal dia tau aku dan cokelat hehehe. yang nih sedap tapi aku cuma dengar side A je la, lagu dia beturut-turut terasa ada correlatation dengan aku. karma, bila aku marah dengan orang itu. lagi bitter, luka lama jadi song of the break up. tapi bila dengar jauh, mencik aku nak sambung. korang dengar laa sendiri. time tengah hati lara tuu, luka lama tu aku duk repeat sambil main civilization. orang lain yang jadi tensen hehehehe
certain period dalam hidup kita bole buat kita tesenyum bila tiba-tiba teringat. sungguh aku rasa kelakar le. dan aku sangat grateful dengan apa yang kiterang been tru, wat turned out now. ni la salah satunya, kadang-kadang aku teringat..
ku tunggu dirimu, selalu ku tunggu
walaupun ku tahu kau jauh..
mau gi amik kopi sat, ja ne
ish ish tak besemangat nak makan tengok menu minggu nih..
hari ni aku try fish cake with lemon sauce, err bole la ditelan,tapi nak ngabiskan tu agak teseksa dah rasanya. mesti the hubby cakap aku mengada nih. tape,esok aku off jadimasak nasi lemak bebanyak, rabu bole tapau.. khamis n jumaat ok la sket..
ginila nasib di negara orang, it's either fish or vegetarian. apa pon, alhamdulillah le ada elaun makan hehe
so dah seminggu aku keje. camne keje? keje ok je. banyak menda nak kena coupe, dalam masa sama nak kena adjust dalam organisasi baru nih. kena adjust time kat umah. kena adjust life sana sini.
baca blogs kawan-kawan, kenapa lately sober dan sorrow bunyinya. aku pray for our strength, happiness and merriness dalam life kita semua. dan juga aku doakan semoga kita tak putus-putus mendapat petunjuk dan hidayah dan sentiasa dimurahkan rezeki.
kadang-kadang bila kita senang dan gembira, kita akan leka dan terlupa. at least wen it comes to our hardest time, there HE'll always be to guide..
elok je derang balik dari trip nih, aku plak dengan schedule baru iaitu kerja. nak balik awal punya pasal, pegi awal pon tak kesah. so aku masuk keje 8am, then lunch 1/2 jam je jadi bole le calloo around 3.30pm. belari-lari takut kena tinggal bas, dalam 25-30 minit camtu sampaila umah dalam 4.15. ok la tu, zohor pon sempat lagi. lagipon seblom ni aku dah penah start keje pukul 7 pagi, jadi 8 pagi tu apalaaa sangat. teringat lak cam zaman sekolah pagi, sekolah petang dulu. kalu sekolah pagi rasanya hari-hari berlalu dengan relax sebab petang spent masa kat umah lama. kalu sekolah petang balik-balik je dah nak malam, sungguh tak bes. bila nak tengok tv, bila nak buat keje sekolah, nak study kalu tak musim peksa jangan harap hahahaa
agak frustrating dengan weather uk yang melanda last week. elok je ayah aku datang, hujan. then bila mak, ayi n harizah sampai lagi sejuukk. nak jejalan tak berapa bes jadinya. sale pon tak menggalakkan langsung. aku tau mak aku quite dissapointed sbb sale clark yang diharap cam last year takde. ayi cam tensen je, asyik-asyik gi outlet hehehe
apa ye, lagi kes kecoh waktu anta family kat heathrow. makcik kaunter mas tu aduuh trainee rupanya. sungguh lembab. kiterang gi kaunter emirates sat, bila dah settle tengok derang stuck lagi sambil luggages sume kat lantai. mak aku cakap makcik tu kira manual. then bila dah setel lagi satu hal. ayi ari tu kononnya nak balik 1 hari awal tak pegi cancel booking dia, jadi nama dia tade dalam sistem. kena lak tunggu semua orang cek in sbb dia sudah dalam standby. pastu lepas hugs-kisses-salams yang kelam kabut, derang pon masuk dan kiterang balik. mak aku citer, kat dalam beg ayi buat hal lagi, berbunyi waktu security cek. rupanya ada gunting kecik. lepas tu masing-masing lumba lari ke gate takut kena tinggal.
aloo sedih le everytime ke heathrow menganta orang je kejenya. family dah balik, jadi life back to normal. normal yang camne tu, yg makannya cume sehari sekali je hehehehehe
yeay ni lah the 200th post
sebenanya aku plan nak post something special sempena ke-200 nih, tapi atas sebab-sebab tak dapat dielakkan, slothfulness is one of them, kite citer-citer biase je laa. lotsa of new photos of aaqilah yang bemacam aksi still tak sempat nak transfer. hard disc full dgn bleach, hehehe
selalu asyik tengok aaqilah suka je kan, i'll try my very bestest effort next time to put her action in a very cranky mood. later okies.
family is coming, jadi next week akan bz sket. bz bejalan dan juga opportunity untuk explore tempat tak penah pegi nih. macam-macam suggestions dapat.
elok je pastu, beginning the bright june nih, aku pon mula balik membanting tulang empat kerat. mencarik rezeki halal chewah
to make something special too, ni la dia ad faveret aaqilah. the first time she learnt how to laugh amusingly hehehahahahahuhuhu part mana yang dia suka sangat tu aku pon tatau. maybe dia rasa cam dia and mak dia kut, comelss sambil lepak besama-sama makan cereal. memula dulu aku perasan dia akan gelak towards the end, sapa tere guess le tang mana, which one which, dan kenapa. sekarang ni sebab dah banyak kali sangat layan kat youtube, sengih-sengih je.. still, aaqilahs favorite
Hampir sakit jantung aku takut-takut aaqilah tertelan apple.
kiterang makan apple. aku punya dah dekat nak abis jadi bagi la kat dia tunggul apple(btul ka aku describe nih?) yang still ada isi, nampak sungguh excited sekali dia nak geget-geget tu. before dat, aku dah gigit dulu tangkainya, takut la tetelan ke apa ke. then the hubby bising-bising suruh amik, takut aaqilah swallow plak. aku pon nak amik kain lampin dia sambil tu tetiba telayan lak the hubby tunjuk something kat pc dia.
tetiba aaqilah yang berdiri kat ayah dia tebatuk-batuk. alamak, aku nampak isi epal yang dia duk kunyah, seemed dia tesedak. panik gue panik. aku sambil ingat-ingat lupa cuba nak apply teknik menyelamatkan orang kalu choking, iaitu tekan perut dari belakang. dahle perut aaqilah ni bulat semacam. the hubby lagi la, dia pon terus le babble pasal kes apple. ah sudah, kalu jadi kes ni masakle aku..
tapi dalam kepala aku tepike, bole tahan besa jugak tunggu epal tadi, kalu tetelan tak ke naya. mulut aaqilah pon bukanlah mulut buaye atau naga, so so so takkanlah. the hubby lagi la, awak ni degil nak kasi jugak, awak ni tu la, awak awak awak awak.. aku rasa nak je ketuk pintu neighbor sebelah ni, wife dia medic student. tapi sebenanya aaqilah pon tadelah menunjukkan tanda-tanda menakutkan, tapi orang tengah panik nih! the hubby sambil tu pegi dapur, panggil aku dan pointing sesuatu dalam bin, awak ni ke epal yang awak kasi aaqilah tadik? aku tengok, rasa macam ye. then dia cakap, saya yang gigit epal and feed aaqilah tadi, hehehehehehehe erk?? relieved tapi dalam hati, dem aku tekena
by the way, the hubby had already told about his first publication..
sambil tu aku pon tengah pening planning jejalan family nak datang nih. nak ke sana le, nak ke sini la. sapa yang lelebih nak bejalan, aku or ayah aku..
oppsie lupa plak, aaqilah dear dear, happy eleventy months yayang.. now kita bole countdown to the big bash day yehuu
it's the hubby favorite nite, chicken chop nite. dinner malam ni kiterang had chicken chop, siap ada mashed potato dengan black pepper gravy also coleslaw beli kat coop. memang dia suka sebab ayam, ayam, ayam.. yang tade cuma fries, dan jagung rebus... dan bun bulat yang lembut
alhamdulillah good news untuk kiterang. bejaya jugak dapatkan tv after perang last minit ebay, hari tu udah melepas the best bargain tv. dapat tv yang sama gak, cuma mahal sket dari the best bargain. esok bole layan tv balik yehuu.
aku lak makin demam dengan bleach.. rambut ada sket macam kuchiki rukia hehehehe
apakah rasanya rumah tanpa bunyi bising tv? tak meriah ye tak..
2 hari lepas kiterang dah perasan yang remote tv ni cam kong. tapi randomly ntahapa the hubby main tekan-tekan dapat le tengok tv. first and foremost biarla aku explain situasi tv kiterang nih. bought from flatmate yang nak pindah time tu, rupanya tv ni kena hack remote sket baru bole tengok. time tu kiterang pon baru datang uk, dalam seminggu dua camtu la. tatau le keberapa hand, tapi since then dah masuk 1 1/2 le kiterang pakai tv nih.
ni aaqilah punya kerja menyebabkan remote kong. hari-hari dia makan remote lalu masuk la saliva dan agaknye menyebabkan litar pintas. terasa senyap sunyi je rumah semalam dan mungkin hari ni, dan mungkin juga esok sampaila remote tv yang baru beli kat ebay sampai. itu pon beli paling murah punya..
currently aku baru start melayan bleach. inilah tv substitute. inilah juga teman bila aku dan aaqilah baring-baring dalam bilik =)
tummy ni rasa cam cram sket, maklumla sekarang join the hubby dgn 8 minit tummy exercise dia. dia ambitiously nak work out on the tummy, sbb katanya nak perut smart ada 6 packs especially menjelang tambun trip. yang aku nampak, masih 2 packs dengan satu line panjang di tengah hahahahaa aku sure dia tamo makan kalu baca nih heheheheeeee
kenapa aku join sama? apart from living a healthy lifestyle (konon), saje je exercise gak, aku pon teringin nak ada smart cute tummy gitu =D kasi can le dalam 2 or 3 years ni ye tak..
jobless mode.
citernya camni. agak tertarik dengan job title ni maka aku klik. salah satu contoh iklan yang aku came across sewaktu sedang browsing job description.
...
As a gay man working as part of the HIV prevention Team within the Public health Directorate, you will have good interpersonal, presentation and communication skills
This is an opportunity to develop health promotion, planning and training in the area of HIP and sexual health pertaining to Gay Communities.
You will need the ability to self direct as well as working as part of a team.
...
dunia dunia..
Sam:
.. By rights we shouldn’t even be here. But we are. It’s like in the great stories, Mr. Frodo. The ones that really mattered. Full of darkness and danger they were. And sometimes you didn’t want to know the end. Because how could the end be happy? How could the world go back to the way it was when so much bad had happened.
Sam:
But in the end, it’s only a passing thing, this shadow. Even darkness must pass. A new day will come. And when the sun shines it will shine out the clearer.
Sam:
Those were the stories that stayed with you. That meant something. Even if you were too small to understand why. But I think, Mr. Frodo, I do understand. I know now. Folk in those stories had lots of chances of turning back only they didn’t. They kept going. Because they were holding on to something.
Frodo:
What are we holding on to, Sam?
Sam:
That there’s some good in this world, Mr. Frodo. And it’s worth fighting for.
nothing much to add up here. biasala, paling seronok citer pasal aaqilah je. cam the hubby cakap, aaqilah gembira sentiasa, mak ayah dia duk dengan issue memasing. tak abis-abis.. yang penting aaqilah membesar dalam surrounding yang sehat, ceria dan encouraging
kenapa muka masam je? orang tengah marah dan obviously not in the mood for any photo snapping. aku sebenanya nak citer, alhamdulillah sekarang aaqilah back to the happy mode, plaster pon dah bukak. sebenanya, hari kiterang balik rumah lagi, pas dia tido petang 3,4 jam, bukak-bukak mata je terus sengih. pastu aku tuka nappy dan pj, uih terus panjat-memanjat. tengok orang makan dia pon eager nak makan sama. dah tak sakit ye aaqilah..
wat a loooonngg day ari nih rasanya. serius, rasa lama je. normally bagi aku satu hari akan habis dengan pantas, sebab dah tengahari baru nak start..
ni gara-gara melayan citer jepon the hubby dah updet first. tapi tak kesah le aku updet dulu ke, dia updet dulu ke, aku tau dia mesti akan citer to the details apa jadik. so aku nak le updet dari segi yang lain lak. segitiga ke segiempat?
apakah perasaan aku sebenanya? yela, mesti rasa bemacam-macam tho it's only a minor one. cuma nak excise antenna-antenna telebih tu. sebab takut block lubang telinga tu yg sampai kena refer ke surgeon. walupon nak kasi comel sket, tapi dikhuatiri bagi kesan pada hearing dan sebagainya. elok je dapat surat, seperti aku mentioned earlier, aaqilah demam esoknya. ish cam tau tau je che mek ni lak. dua tiga hari seblom operate aku mula le imaginasi tingkat khayalan tinggi hehehe mula dengan tak sengaja merisaukan diri sendiri huhuhu tapi outernya nampak coolio indeed, so the hubby rasa aku kewl je kut..
since hanya sorang je bole anta aaqilah sampai ke waiting room before pakar bius datang pick he up, aku duduk dan cuba tenangkan aaqilah as best as i could. memula dia bunyi-bunyi sket, yela nampak lagi orang tak kenal. nurse yang accompanied aku tu siap inform lagi kat nurse bawah lak, jangan tego kang menjerit. yup guys, aunties dan uncles sekalian, hari ni aaqilah memang ratu mengamok. nampak je barney de dinasour kaler purple itu terus aku buat-buat sore comel kasi aaqilah leka. nampaknya agak berjaya, dia mula behaved.
tunggu tak lama pon, datang le pakar bius cakap lagi 5 mins saya amik aaqilah ye. aaqilah pon tengah khusyuk main, ok la tu. aku bisik-bisik kat telinga dia, aaqilah be good girl ye. baca bismillah banyak-banyak untuk dia, aku rasa sore pon tahan-tahan. rasa macam begenang je mata.. jadi before me the nurse and doctor came to pick her up, aku paham rasa intense tu. nak kata sedih, tak sedih. takkan happy lak kan time tu. aku rasa sebak dan syahdu semacam huhuhu..
the doctor said dia akan call ward bila aku bole datang amik aaqilah. so sementara tu, the hubby balik umah amik car seat, aku ikut turun ke concourse untuk a little break. beli kopi yang small tapi tak small pon, minom 3/4 cawan je. duduk melayan perasan, dalam pikiran tebayang camne laa nurse dan doktor tu nak baringkan dia, then tenangkan aaqilah untuk kasi anesthetic. menjerit ke aaqilah agaknya. tapi alhamdulillah, waktu nurse amik dia dari aku masa kat waiting room tu dia tak menangis, ada le some noises sket. waktu aku pusing belakang seblom klua pintu, dengar dia bunyi-bunyi sket sambil pandang straight kat aku, nak make sure ye ke mak dia tinggalkan aaqilah kat strangers ni.. uuh, tak senang duduk nih. tapi penangan kopi hitam pekat ni kasi perut aku prob la plak.. sigh
agak-agak pas 1/2 jam, aku naik ke ward dan sementara tu layan buku citer sat. tapi nak baca pon tak tenang, agaknya berapa percent sangat le masuk kepala. asal bunyi tepon je aku pon pasang telinga. asal pintu bukak je aku husya adakah the hubby dah sampe. tetiba nurse datang dan cakap aaqilah dah ready. terus ikut dan naik tangga to one upper lever, ke operating theatres. dia bawak ke revocery room, tapi seblom tu aku dah perasan suara yang memang belongs to the precious menjerit-jerit ooo. ye betul, cik aaqilah kita dah mengamuk, tsskk dah terasa sakit ke plus lapaa oo plus sapalak lady tak dikenali ni dukung sayeee... saya mau maaaak!! nurse cakap aaqilah tamo water, terus aku tanya bole feed dia tak. mana la saya tak lapar, last sekali minom susu ialah half past midnite. sambil feeding dia tu ingatkan nak tido tapi once katil ditolak, dia mula restless balik. memula merengek tapi makin lama makin kuat. start phase dua mengamok, sesudah operation. exhausted pon ye, lapa lagi, ntah kat mana le saya ni.. tak selesa, sakiiitttt..
the hubby memang tere, bejaya menidokan aaqilah dan kiterang pon melepak extra hours kasi aaqilah rehat. meanwhile the hubby also had his nap, aku lak sambung layan buku. baru tenang hati sket.. oh ya, aaqilah got mad at the mom, becos passed me to strangers tadi..
thanks sangat to sawal yang tolong amik kiterang, then the hubby pegi beli lunch star fried chicken. memang kelaparan jugak le mak ayah aaqilah ni, pas makan terus tidokan aaqilah. aaqilah pengsan, mak aaqilah pengsan, ayah aaqilah pon pengsan samaa..
ye, hari ni memang panjang
kalau ada sesapa teperasan time blog ini akan dipost around 5++ am. hehe apakah aku still buat pepagi buta nih? bukannya apa, last nite tetido awal gara-gara nak menidokan aaqilah. selalunya mak dia akan tido dulu punya. yela, suasana dah conducive, gelap, sejuk-sejuk sket, dicampo faktor maknye emang kaki tido muahahaa
aku terbangun bila alarm bebunyi, oh dah subuh dah. sbb tido awal then senang bangun sket. semangat nak bangun semayang subuh. good, good. pastu buatkan air milo utk the hubby, kasi tambah semangat rajin dia. pastu dalam kepala aku teringat nak abiskan download anime movies sket. biasala keje melepak nih, carik bahan untuk ditonton. unlike the hubby, dia rajin melayan drama, maybe sebab dia selalu cakap dia tak suka drama sebab tamo any attachments then sekarang dia yang sangkut huhuhu
so apa plan ari ni? aku duk repeats kat the hubby, hari ni saya nak bawak aaqilah gi library for that nursery rhyme session, kalau rajin dan kalau tebangun hehehe dah beminggu jugak le aku sebok gebang, then start keje ari tu camne plak kan, so bila dah free balik ni the bestest opportunity untuk bawak aaqilah besocial. bukannya apa, bagusla kalau dapat dipraktikkan selalu, tadela takut sangat dengan orang nanti. baby pon sebenanya walopon kecik-kecik ni suka dan nak bekawan. hehe dari gaya aaqilah ni, parah gak le kalu balik raya tahun ni nanti. dapat dah kiterang bayangkan camne reaksi dia bila behadapan dengan sume orang..
keje oh keje. sakek kepala aku dibuatnya. it's just dat ada menda yang merisaukan pemikiran aku nih, aku rasa dah bole dah masuk kategory desperate housewife. walhal tade pong! tapi tu la, aku ni duk pike, punya pike, punya pike tambah menyenakkan dan menyendatkan kepala sendiri. asalnye kecik je, tapi aku bole relate ke satu menda lain, then relate lagi dan lagi dan lagi.. pastu tetiba tengah duk relate tu aku bole trackback balik camne sampai ke situ. kalu tamadun greek dulu kala ni, bole join jadi ahli pike dah agaknya. maybe aku leh came up jadi philosopher wakakakakaa ooo patutla aku ni dah start nampak tua agaknye cheeee...
ok ya, baik sambung tido la. my best therapy for any situations. cuma lately tido pon asik mimpi ntahapa je. aku pon nak bangun awal karang, harapnya level kerajinan akan meningkat. hopefully sesi menyanyi-nyanyi besama kanak-kanak tu will be another good therapy.
ciao
sungguh kemalasan hari ni. aaqilah pon tak berapa sehat, maybe nak tumbuh gigi kut. aaqilah ni tade gigi lagi..
semalam dapat surat hospital, aaqilahnye minor operation has been scheduled on the next monday. jadi kiterang akan duduk berkampung le hospital tu the whole day. by petang bole balik. operation apa? actually nak remove skin tags yang aaqilah inherits dari ayah dia tu. so aaqilah will have her antennas removed soon. doakan untuk aaqilah ye =)
sebenanya ada intention nak ajak the hubby merayau city centre, today's the last day of debenham's sale. mana tau ada magic! tapi ada lak f1 so agak-agak sapa menang? itu pasal back to first paragraph, bemalas-malasan je la kat umah.
aku agak rajin lak mengupdet my fp ", silalah sila
apparently ramai sungguh orang melangsungkan perkahwinan dalam tahun ni. aku pon tumpang gumbira dan sikit-sikit dapat gak tempias kemeriahan weddings yang tak dapat kiterang menghadirkan diri..
bulan januari aku tak berapa ingat ada ke tak, feb too. starting with mac ialah my cousin hana, macam my older sis le nih jadi adalah kewajiban untuk aku sebenanya. dapat wish tru phone pon ok le tuh kan, wakil. then towards end of mac my very best fren lak, ita kat gombak. aiseh aku called first time tak berangkat lak.musti tengah bz tu. bila aku call untuk kali kedua sket punya excited member. tepaksa aku mengcover nak cakap takut sore tu kuat sangat. aku kalu cakap dengan orang-orang rapat ni volume tu high pitch je selalunya hehehe gelak pon kena control ayu sket, dalam bas ni. tak ketinggalan member-member lama itm, lya dan sharina dalam bulan yang sama, kut hehehe dapatla gak menatap gamba memasing on the internet
then salah satu acara yang dinantikan dengan penuh debaran, my bro's wedding kat s alam n semenyih. dengarnya bole tahan hebat dan meriah. congrats congrats besanding kat dewan mbsa, sama-sama cun dalam pesalinan songket hehehe on my bday lak tu.
tak sangka trend nikah pagi n terus kenduri menjadi pilihan to others too. my fren titi n chern did last year on their wedding. along hana, ita n norie (my newlywed s.i.l) jugak. bukannya apa, convinient pada semua pihak. papehal pon jutaan tahniah aku ucapkan untuk semua, semoga bebahagia, berkekekalan dan mendapat kerahmatan.. klaka lak, tengok gamba orang lain kawen terasa je nak belek gamba kawen sendiri lak huhuhu maklumlah miss banyak weddings ooo
btw to those are getting married this year kan, sesapa ada kawen lepas raya? insyaAllah kalu menjemput kiterang ada heheheheheheheee
weee aku dah one year older dari the hubby. dia kata dia kawen dengan orang tua cheeee lagi lima bulan dia pon nanti sebaya aku jugak tape tape
ape ye? being a 27 aku rasa bukanlah dah besar lagi. ada one of my frens cakap, kita semua dah besa-besa ye. to me i think it's quite inaccurate. penggunaan besa-besa tu lebih kepada awal 20's, macam masuk 21 ke. 27 lebih kepada dah melangkah alam lebih tua, maka hidup lebih buhsan. kepada sesapa yang dah ada family, anak sorang dua tu maknanya life kita surrounds dengan pembesaran anak-anak. then daily talk lebih kepada anak-anak jugak. "hari ni aaqilah dah berdiri pegang kerusi waktu awak gi keje tadi." takpun "aaqilah panggil yayaaaah laa" aaqilah this, aaqilah that..
melayan blog kawan lama bebaru ni, dia ada citer pasal changes. ada satu part aku setuju. waktu sekolah-sekolah dulu tak sabar2 nak abis sekolah masuk uni. antara sebab aku tak sabar-sabar nak abis sekolah sebab malas nak iron baju sekolah wakakakakaa lagi satu mencik betul kena basuh kasut sekolah pastu kapokan color putih itu. pastu bebuih mulut cikgu-cikgu pesan, jangan rushing nak keja masa untuk menjadi adult. enjoy lah zaman-zaman persekolahan kamu sebab ni lah masanya paling fun sekali. ye la cikgu, kata kamu itu betul sekali. tapi seriusly kalu bole return to the past masa sekolah won't be my first option ahahahaha
tapi apa yang aku cuba nak sampaikan sini. everytime thinking about the future, maksud aku where i am now, banyak jugak actions aku yang questionable. firstly for being impatience. then terlalu ikut hati. macam-macam la. sentiasa aku pikekan tang mana yang fate twisted itu. tapi itula, if only time could be changed. sure semua orang akan berebut-rebut untuk return to the past and make something different. kalau lah ada sale "70% off time, return to 70% of ur timeline" aku pon berebut sama..
sebab itu masa akan terus berjalan. untuk kita learn dan apresiasi masa yang ada. kalau bole pusing balik tade apanye yang kita belajar. itu cheating kan.
wishlist aku sekarang pon tak berapa kesah sangat. kalu dapat apa yang diidamkan sangat alhamdulillah. maybe masa sekarang ialah masa aaqilah. mungkin juga hehehe
i'll upload pics soon =)
ada member the hubby tanya bebaru ni, wife ko dah keje ke? the hubby akan jawab, alaa keje kerani susun file je. betul la tu..
aku pon tatau camne leh kena letak under archive. tapi at the moment ini je la goldmine yang ada jadi belasah je. bole tahan dimotivated jugak le. at least kalu dapat indexing tape la juga. ini sorting documents huhuhu dan jugak posting documents. sumernya adik-beradik menyusun dokumen juga adanya
bebaru ni aku dah dapat job baru, scan dokumen lak. ok la tu kan, tadela lebam membelek kertas dan stamping je. bole tahan sangap dan sakit belakang, tehangguk-hangguk aku tahan ngantuk. this coming week adalah minggu yang sangat bz, year tax end is coming. ari ni sebenanya aku ada overtime.
kadang-kadang aku pike, adakah aku orang yang camni? ape yang aku carik sebenanya? nak kata belaja menda baru tadela pon. bole dikatakan mentaliti keduitan sebenanya. sambil menscan pagi ni aku tepike, inikah rasanya keja kerani? adakah aku suka untuk merasa susah sebelum menjadi big boss satu hari nanti. supervisor yang ajar aku untuk scanning kata she heard yang aku ni very bright girl. tapi nak buat camne, so far ini je la rezeki yang Allah kasi. tapi aku admit aku mula rasa quite fun working here, nak-nak ada member baik sekarang.. kalu gaji 30k per annum lagi aku rasa betapa indahnya ekekekekee
tapi aku pecaya, kalu kita saba menda baik akan datang, insyaAllah. semalam aku dapat panggilan interview utk job dalam uni, alaa library assistant je. dan juga lately a few calls dari recruiters untuk real it jobs. cuma it jobs sume jauh-jauh, nak tanak kena travel agaknya aku nih. macam semenyih ke cyberjaya tu cun je, dekat kan. ni cam semenyih ke shah alam la, ke kl laa, ke subang laa, ada cam semenyih-rawang lagi. nak-nak orang tak berkereta cam aku nih. kalu bole aku nak within semenyih jugak, gitu la analoginya ahahahaaa
jadi aku kena pilih nak real job ke keje main-main? kalu nak real keje kenala aku willing utk travel. kalu kena travel kenala tinggalkan aaqilah dengan the hubby. tapi aku kesian the hubby stuck kat umah lak, aku kurang pecaya yang lelaki ada kemampuan dan kesabaran sebeginih. campo dia tensen dengan phd stuffs dia lagi. nak anta aaqilah ke nursery kena secure keje gaji mantap sket. pastu aaqilah plak takleh takut-takut orang cam skarang nih..
tapela, esok-esok bila balik mesia kan, kalu susah sangat nak dapat keje it agaknya aku ni bole mintak jadi kerani bank. atau time tu aku dah cukup duit nak jadi tokey restoran sendiri ahaks jangan lupa datang makan selalu ye kalu cita-cita aku tu tecapai satu hari nanti.. apa nama agaknya, let me think first hmmm hmm hmmm
seronok rasanye tengok blogs kawan-kawan ada kemajuan. haa ini macamlah. tadela asal aku klik citer yang dah besawang itu. barula aku pon semangat mau updet hahahaa
apa citer? lately kiterang mendapat jangkitan penyakit. memula aku, kan dah citer aku dapat cold last week. tak berapa sehat lagi, bejangkit ke aaqilah lak. sian tengok, rasanya ni baru first time dia dapat batuk n selsema. badan pon panas-panas sket. pantang ashem hingus pon meleleh. alaa sian-sian-sian. bebaru ni the hubby pon turut menyatakan tak berapa sedap badan, tapi dia super hero, susah nak sakit.
biasa la bila sakit ni, mana le larat sangat. tapi memandangkan the hubby dah tetiap hari duk jaga aaqilah sian lak kat dia, jadi tak larat tu kena dilarat-laratkan. itupon aku rasa dia dah kasi can rehat banyak. kalu aku tetido waktu nak tidokan aaqilah, dia tak suh bangun pon kalu aaqilah menangis. dengan mata tepisat-pisat aku tepuk aaqilah dengan harapan sambung tido balik. tapi the hubby akan eventually bangun dan dukung aaqilah. tu la kalu bole tamo sakit. aku rasa pengsan le the hubby kalu aku betul-betul demam takleh bangun. nak layan aaqilah lagi, nak jaga aku lagi..
oh ya, beza waktu sekarang dah jadi 7 jam. itu tandanya officially the spring has began. sekarang dah 15 past midnite tapi aku tak rasa ngantuk pon lagi. mungkin mata masih attach dengan waktu kurang sejam itu atau siang tadi dah telalu banyak tido.
dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kaseh yang amat sangat buat the hubby terchenta. terima kasih sebab jaga aaqilah macam seorang emak hehehe dan terima kaseh jugak sebab jaga saya dengan cemerlang sekali..sangat terharu le awak
agak lama dah aku tak updet. bukan tade cite, tapi masa tu tak berapa ada. lagipon tak berapa sehat dan as usual, kemalasan..
by the way, aku dah keje. alaaa keje admin biasa-biasa je. last week dapat, dalam satu hari je. recruiter call, pegi test then dapat terus. the hubby not really happy, mostly sebab bukan it jobs. pay quite ok, tadela bes cam last time. nama pon admin ye tak. yela, got a few calls dari recruiters, ada yang bunyi cam yo yo poyo ada can dapat tapi pastu senyap. kasik aku harapan palsu je.
first day gi keje, punya la sejuk pepagi ni. working hours aku dari 7am-3pm. not bad la sebab 3pm tu bunyi cam awal. yang tak larat tu nak kena memaksa diri bangun pagi aduhhh. tetiap pagi, aku get up as early as 5.45, keja bas pukul 6.30. lagi tak bes, akibat dari balik london ahad lepas membuatkan aku dapat cold minggu nih. makin melarat sampai demam-demam. suara toksah cakap, sengau je bunyinye. orang ckap pon aku tak berapa dengar, rasa telinga cam pekak-pekak.
first day keje aku rasa macam-macam, banyak tak bes dari bes. terus dah kira dalam kepala nak berenti bila. mengikut discussion ari tu aku kena la commit at least sampai end of april. dapat je task apa aku kena buat, terus terasa mencabar intelligence aku huhuhuhu (the hubby musti suh berenti nih)
however however, aku dah almost seminggu kat skandia nih. nanti la in the next entry aku cite lebih details. aku ada member kamcing baru, minah colombia, carolina..
it's truly wonderful witnessing our lifetime commitment growing up. tak caya tanya la sesapa yang dah experienced.
aaqilah ni memang suka makan. in fact semua menda nak makan, apart from foods, dia nak makan wayar, kerusi, bucu meja, ibu jari kaki. all babies tend to like wires. menda-menda yang terjuntai ni bagi dia menarik. though toys dia colourful, wayar kaler hitam tu jugak yang dia aim. lagi aku jerit aaqilah, no! no! lagi laju dia dia gerak nak capai dan makan..
since ari tu aku kena lecture pasal bab pemakanan, so far quite a few i've tried and experimented on aaqilah. yoghurt suka, suka (me hates yoghurt euw). pisang juga suka. nasi ok-ok. potato ok-ok jugak. roti suka. veggie nampaknya ok. pendek kata apa aku makan aku dah start kasi dia makan jugak, cuma kalu pedas atau telalu berperasa tu aku tak kasi sangat lagi. kadang-kadang memang aku agak kemalasan nak masak aaqilahnye food huhuhu (eii tak baik tu) tapi kena ingat ini komitmen sampai mati oo..
lupa nak cerita, kenapa baby jangan delay kasi makan. health advisor ni citer la, bila baby ni chew food, secara tak langsung akan stimulate muscle-muscle yang berkaitan. kalu tak adalah dikhuatiri akan melambatkan budak bercakap. haaa ilmiah tak hehehe
one of my favs and still is
wat was i thinking? ari ni dengan tak semenanya pergi appoinment aaqilah 2 hari lagi awal.
appoinment tu sepatutnya due rabu nih, march the 14th, aku pon tatau camne kelabu mata bole tebayang 12 haribulan. beriya-iya ingatkan the hubby ajak dia teman gi aaqilah nak kena cucuk. blank je kepala aku bila dia kata appoinment tade hari ni, hari rabu sebenanya.
sunggoh sengal kepala aku sekarang.

sempatlah kiterang bejalan-jalan ke portmouth recently. aku rasa cam dah lama je aku stuck dalam rumah tak ke mana-mana. kedai siam, asda, coop, portswood, uhs tu je la kut. within southampton vicinity jugak le.
selalunya aku memang agak kemalasan. tapi that day besemangat betul. siap masak nasi goreng buat bekal lagi. memula pegi jumpa health visitor untuk aaqilah's 8th months check. adeh, bole tahan jugak le aku kena lecture pasal bab-bab pemakanan aaqilah. bagi derang nih, kalau tak start introduce solid food lagi dah macam delay. babies at this age sepatutnya dah bereksperimentasi dengan macam-macam foods, vegetables, fruits, nasi lembik-lembik, potatoes, hatta daging pon boleh. whatever u eat u can give her. ye, itulah yang aku dapat. satu lagi dia suggest untuk pegi bawak aaqilah berkawan-kawan dengan babies yang lain at some classes for babies near here.
aaqilah yang mengantuk due to lack of sleeps memula baik je. tengok sana, tengok sini, nak capai tu, nak capai ni. tapi bila kiterang start bukak baju dia nak timbang, dia mula menangis. aku rasa dia ingat kiterang nak kasi dia kena cucuk le. yela, asal nak kena cucuk je kena bukak baju slua. mengalir-ngalir air mata sampai tak sempat nak ukur length.
lepas settle hal aaqilah kiterang gerak gi portmouth. seronok gak kali ni, offer yang not bad. aku rasa sapa masuk nike mesti klua with plastic bags. the hubby dapat satu, aaqilah pon dapat satu. officially the bought shoe untuk aaqilah. aku rasa kawaii sangat sangat... husya-husya harga, hmm ok paling murah kat situ. pastu ada less lagi.
end of the day, the hubby hepi, aaqilah also looked hepi, jadi aku pon hepi too. kenapa aku tak beli? rasa tade yang wow-pow le pada mata aku. was close to buy ck undies hehehe tapi tapela, tak penting sangat pon.
ja ne =)
rasa nak makan je lately. how and why, appetite aku makin menjadi-jadi?
in fact dalam kepala aku dah terbayang nasi impit and kuah kacang. jangankan dalam kepala, dalam mulut pon terasa-rasa. ish ish teruknya. by the way, am planning to have a nasi impit and kuah kacang day today. for lunch and dinner, kuah kacang all the way. the hubby kata okay.
semalam hari rabu ada malaysian food fest kat sini, hari yang aku agak anticipated since we went last year. ingat lagi makan nasi ayam dalam library, maklumla time tu aku keje. tapi this year, kiterang telupa. itupon dah almost 2 the hubby ingatkan. aku mandi, semayang dan pegi tapi malangnya dah hampir licin. balik la dengan lipton lemon tea dan suratkhabar (apakah signifikasinya disini aku pon tatau dan 25p je sbb beli dalam uni). jadi kiterang ber-food-fest dengan nasi putih dan sardin kentang huhuhu boleh la kan..
ada plan untuk projek terbaru, egg tart hehehe kalu rajin
from my observations, i'd say that many men and junk/fast foods are inseparable. my case study includes family members and the hubby. dan instinct aku mengatakan lelaki-lelaki lain gitu juga.
all i could recall when i was still a teenager, both of my teenage brothers love makanan segera. kalau pergi pasar malam, apa ko nak pesan? belikan aku burger, satu lagi nak hotdog. atau aku nak fried chicken. kalau aku, mak belikan bihun sup, atau kuetiaw goreng. most of the time we, the sisters wouldn't asked for burger and co. atau kalau perents were out for groceries shopping, nuggets and burgers atau hotdogs adalah a-must-buy.
bila kiterang semakin membesar, keperluan terhadap makanan segera tetap sama. one of my bro ni jenis bejaga malam, jadi bila dia lapa dia akan goreng nuggets atau apa-apa makanan segera untuk dimakan. instead of nasi, dia tetap memilih makanan segera.
then aku teringat the hubby waktu dia duduk bujang dulu. kadang-kadang ikut dia grocery shopping, antara makanan wajib ialah nugget dan hotdogs, its either one atau both kalau dia kaya. memang appetite dia terhadap fast food tak pernah kurang, kalau tanya apa yang awak miss most, mcd and kfc. kalau pergi shopping kat kedai arab, section makanan segera tetap ada.
seperti hari ni, terima kaseh bangat sebab masak burger untuk lunch. dia cakap memang la, sebab the wife bangun pkl 40. bukannya apa, the wife demam. kalau ok hari ni seriusly kita lunch bihun goreng hehehe
sori guys, nampaknya entry nih penuh kesakitan
lately ulcer ni makin menjadi-jadi. memula bawah lidah, dah tu tepi bibir, last sekali kat belah atas. sakit kepala ni pon satu lagi aduh.. tak dapat nak menikmati limau mandarin, pedih pedih pedih
rasanya lama dah tak memblog. jangankan aku, my small circle of frens blogs pon camtu juga. agaknya life sume orang biasa-biasa je. atau tade masa. atau memang tade cerita sensasi.
lately aku made an attempt untuk mempolishkan balik programming skills. setelah meninggalkan dunia php betahun lamanya, aku merajinkan diri untuk belaja balik. end result, aku baru saja menguninstallkan semua menda dan juga memeningkan kepala otai-otai yang dengan soalan demi soalan demi soalan. macam-macam problem dan conflicts.
bukannya apa. teringat kata-kata hubby, kadang-kadang saya rasa duduk sini slacking je. aku rasa wat he said best suited me. risau dan tensen mengenangkan nak balik nanti. harta tade, duit tade huhuhu the most tension part, carik keje balik nanti. patutlah aku perasan muka nampaknya makin tua, sebabnya tensen.
nidji - kau dan aku
if last week was a pasta week, this week it's a pizza week!
projek pizza alhamdulillah was quite a success. the recipe which i took from jamie oliver's was really easy and strongly recommended to try. the base was soft and once cooked, wasn't hard at all. i think it's because of the flour i've been using, super white bread flour. only wish that semolina flour could be found, barulah authentically italiano hehehe
our favorite toppings: chicken tikka and mincy meat, which both names are made up by me

The recipe
A
800g strong white bread flour
200g fine ground semolina flour or strong white bread flour
1 tbs fine sea salt
B
2 X 7g sachets of dried yeast
1 tbs golden caster sugar
around 650ml/just over 1 pint lukewarm water
1. Mix in yeast, golden caster sugar into tepid water. Biarkan beberapa minit.
2. Sekalikan A. Masukkan B tadi, gaul sebati. Then, biarkan at least 30 mins (room temp)
3. Uli dan bahagi doh kepada beberapa bebola, ideally 6 balls for this recipe.
4. Uli 10-15mins doh sebelum dibakar. Heat oven to 250 C.
5. Bakar 7-10 mins atau sehingga masak.
Enjoy
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t. sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a., Rasullullah s. a. w. bersabda,
"SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
thanks che yah
dari satu artikel yang aku jumpa bebaru ni, caffeine - can makes u smarter. selain tu dari one research kata caffeine may ease muscle pain too. dari preliminary research, a cup of coffee in the morning bole tolong redakan post-exercise muscle soreness.
dari apa yang aku baca nampaknya caffeine banyak advantages compared to major negative effects. the only thing i sure, caffeine makes u addicted. aku consume a lot of caffeine, coke, kopi, teh, cokelat pon ada small portion of caffeine le, dan aku memang addicted. contohnya, dulu tiap-tiap hari mesti pekena teh ais hehehe
ada juga artikel yang aku came across kata minum teh tanpa susu bole mengurangkan risiko cancer. tapi perlu diingat, tanpa susu ye. saye tak kesah, a cup of hot tea is my favorite too.
adakah aaqilah akan smarter sebab dulu waktu pregnant mak dia hari-hari minum coffee waktu morning break? jeng jeng jeng
nampaknya minggu ni bertemakan pasta. maklumlah, just bought myselft the pasta bible. kang kalu tak belaja nampaknya buku akan merajuk. lagi satu, aku kena habiskan double cream tamo membazir.
aku dah try satu resepi ni last sunday. hubby suka, aku pon suka. namanya fusilli with wild mushrooms. aku dah lama nak try pasta dengan creamy sauce, asyik-asyik berasaskan tomato je. hari ni pegi waitrose nak carik bahan sket tapi tak jumpa. parmesan yang kucari itu rupanya parmigiano reggiano. tapi mahallah kat waitrose tu, sebabnya imported dari italy. apparently not only clothes, shoes and handbags, cheese also expensive la. well, aku rasa bahan-bahan memasak italian imported nih sebenanya mahal, to me. tak percaya cuba carik mozarella kat giant berapa ringgit. itu baru kraft..
memandangkan tak beli parmesan itu tadi, maka dinner malam tadi fusilli with wild mushrooms, again. seriusly senang je nak buat, dan plus minus jadilah aku punya style. so sesapa yang teringin dan rajin tu how about a try?
bahan-bahan:
fusilli - boil sampai masak, ikut je instructions kat paket.
daging ayam - quite thinly sliced
garlic - cincang, bahagi 2
fresh thyme - tade pon tape
oregano
mushrooms
double cream
butter
olive oil
salt and ground black pepper
caranya:
1. panaskan sikit olive oil then tumis 1/2 garlic tadi sampai kuning. masukkan isi ayam, garam dan pepper. kacau sampai isi jadi putih (agak-agak dah masak le tu). ketepikan.
2. panaskan sikit olive oil dan masukkan butter sikit. masukkan mushrooms, goreng kejap pastu garlic, thyme, oregano, garam, pepper. kacau sampai mushrooms soft dan masak, then masukkan ayam tadi.
3. buang lebihan liquid dan masukkan double cream. boil sekejap dan seasonkan dengan garam dan pepper sesedap rasa.
4. fusilli yang dah boil tadi bubuh dalam bowl. bila cream sauce siap, tuang dalam bowl dan kacau.
5. tadaaa
facts and info:
1. rupa-rupanya mushrooms are scrumptious. selama ni aku tak suka cendawan hehehe
2. pancetta tu rupanya porks belly. euw
3. parmigiano reggiano is also parmesan.
4. bila masak cream sauce, mesti remove liquid yang belebihan tu. last time aku dah belaja. aku tak buang lebihan minyak then once dah masak sauce jadi bersebati. bila makan terasala ke-oily-annya.
5. fresh herbs are always better. kalu tade dried pon ok jugak hehehe =)
p/s: sori no pic's available. tak snap. anyway buon appetito!!
ala, dia ada ke. kenapa dengan dia? malasla, dia fun sucker.
antara dialog aku penah encountered. aku tanya la orang, camne korang define. dia jadi seorang yang boring. then makin serius. senang cakap, dia suck the merriness lantas membuatkan sekitarnya jadi dull. bole paham ka ni?
sapa yang tak suka kalau orang kata kita a fun person, atau istilah yang aku main sukahati letak sini fun-suker. fun-suker is the antonym of fun-sucker hehehe sebenanya aku ni tolong merosakkan bahasa jugak la. ye, aku mungkin tak berapa appealing tapi mungkin punya attitude. to some people i'm a fun-suker atau was a fun-suker.
cuma lately kadang-kadang aku mula dapat label fun-sucker dah. it's not enjoyable anymore to talk to you. ko ni buat lawak je pon dah takleh terima. cepat terasa je.
adakah masa telah menjadikan aku seorang fun-sucker? atau kita dah tak bole terima bila orang make fun pasal kita. mungkin stupid stuffs dah tak jadi soothing ke telinga. mungkin jugak masa telah menjadikan kita orang yang semakin bertanggungjawab, jadi lotsa stuffs become our responsibility, then menda-menda merepek ni dah semakin push aside. tekanan perasaan dan tekanan pemikiran.
atau sememangnya aku juga seorang fun-sucker.oh no, i hope not..
malam minggu malam movie. out of 350 yang ada, baru layan tak sampai 5 kut hahaha
last nite it was the pursuit of happyness. inspiring, momentous dan menyenakkan perut, terkesan! cuma part tak berapa puas hati bagi aku, kasi la ending yang lebih extravagant. yang lebih boom-ka-boom-boooommm. aku kasi 6.7/10 hehe what's the meaning of happiness in each of us? jgn give up untuk terus pursue, ye gitu lah..
mlm ni hubby nak tengok titanic. sapa tatau titanic tu dari era mana ye hehehe. came out at the crucial timeline of orang-orang baya aku ni, 18 tak silap. yap, lepas spm. klakanya aku tak tengok kat movie pon. parents pegi haji jadi kena jaga rumah. a quite lame excuse eh. leo di caprio memang really, really big le time tu. nasib baik ko memang tere belakon. anyway, aku memang ngak minat sama blondes.
aku pon bukanlah fan pon, tengok le sesikit tadi sampailah aaqilah dah bising-bising, nak tido le tu. tidokan dia dan here i am, updating my blog. hubbynye post dah dekat 250, aku 170 pon tak sampai lagi. tak gerak-gerak since last update hari tu aiyoo
berangan: designing blog templates woohoo
hate to admit this, personally i think that my english had been getting worse. senang citer, S.U.C.K!
by the way, didn't manage to convince them enuff to get the job last thursday. being extremely nervy during the interview sure not help eh, as i wasn't able to speak clearly and lots of, lots of craps. i even got the 'look' from one of the interviewer..
as a prove of my bad english, i only had slight idea on wat to write about and had been stucked since the last sentence finished. see, see
tape, tape. job hunting diteruskan. keep searching for the window of opportunity of mine.
pagi ni time tengah lena tido tetiba phone's ringing. hubby angkat, then dia cakap, awak punya. aku pon quickly bangun. kepala rasa kosong. suara apalagi, tesangkut susah nak cakap. rupanya dari uni, ada job katanya. excited, tapi peningnya kepala tahap nak bepusing. yela, tengah tido tetiba dapat call camni. aku rasa dah screw job tu, sebab blank waktu dia tanya ape kemenda ntah, sampai skang aku takleh recall bab apa yang blank tuh. ntah-ntah minah tu ingat aku tak paham english, atau mute tetiba, atau semalam mabok?
noon. aku tengah tunggu asar. tetiba phone bebunyik lagi. dari orang yang sama rupanya. weheee ada interview esok. aku baru ingatkan ada can tak dapat job sebab pagi tadi punya pasal. terus dikabarkan berita baik tu kat hubby yang tengah tido. aaqilah yang tengah tido pon duk kena ciumsss..
jadi kononnya nak studi le sket-sket kasi preparations (alemak, blom lagi). aku cuma prepare apa nak pakai esok. tamo nampak too smart(smart kepala mesti!), tapi tamo gak nampak too shabby. kalu bole tamo nampak too young. lepas mandi petang tadi sebok aku duk punggah baju apa yang rasanya suitable. hubby gelak-gelak je, sambil kata beiya tul awak ni. kasut keje lak tade, tapela esok aku pakai pelotas je. at least better than snickers. antara aku nak perati esok, how casual are them?
my first alhamdulillah goes to the meeting tomorrow. amin amin amin, moga dapat job nih.
baru saje selesai dengan pembuatan air soya saya. sementara tunggu mendidih ni, rasa nak memblog lak, apalagi tengok hubby updet. selalunya idea datang lepas baca blog dia. oh tidak, saya tidak mencopy dia.
petang tadi saye ada idea pasal hari, yang saya summed up seperti di bawah ini:
- hari paling favorite
always friday. sebabnya hari last untuk kerje. setiap kali isnin, saya akan sentiasa looking forward to friday. sentiasa hari favorite since sekolah. lagipon orang pegi semayang jumaat, kalu sekolah pagi balik awal, kalu sekolah petang masuknya lambat. kalau balik kerja lak, bole relax je pikekan nak merayau ke mana.saye memang girl friday =) - hari paling tensen
ahad! sebab esok nak pegi kerja/sekolah. wen it came to evening, saya semakin tensen, especially kalu tetiba teringat homeworks tak siap, baju tak gosok lagi. lagipon ahad tak berapa bes nak jalan-jalan. kat sini pon kedai bukak kejap je, 11-5. - my lucky day
thinking of tuesday. selalunya terasa kerahmatan. normally, selasa dah settle down dalam week baru. - i feel fine day
rabu,rabu,rabu.. - monday blues
yap, selalu terjadi..
8 days a week
I love you
8 days a week is not enough to show I care
Addendum: citer pasal soya tadi. hampasnya bole dibuat cekodok. mix dengan tepung, bawang, cili potong, kentang ke, ikan bilis, makan semasa tea time, apakata dengan kopi. wehee
my oh my. semalam hubby kata, saya rasa hari ni cam ahad. dah saya pon mereply, hari-hari saya rasa ahad. jadi apakah perkaitannya - saya masih jobless
lately kerja tetap saya ialah fulltime housewife. part time jugak, iaitu mendl anime dan melayan balik apa yang didl itu. quality control sebenanya. agak tricky i'd say, sebab saya mementingkan gamba dan audio yang bes bes. kalu file kecik saya sanggup carik lagi dan lagi..
anime terbaru, honey and clover 2. memang tricky sebab nak free. lepas tu banyak sangat ads yang menguar-uarkan gamba-gamba di mana perempuan memanipulasikan diri sendiri ni, totally turn off. if aaqilah depan pc too, kena tutupkan mata dia. pijah, sket lagi collection completes.
kenapa saya suka? somehow saya rasa connected. even sesapa juga.
Kenapa vanilla sky?
kebetulan last night yang untuk keberapa kali aku melayan movie ni sambil tunggu ugly betty, comedy sitcom adaptasi daripada betty la fea. apa yang aku nak citer bukanlah mainly pasal movie nih. first time dulu aku tengok rasa cam bes, tapi lama-lama pastu mmm jadi bosan jugak..
but why vanilla? comfortingly soft, warm, and rich in color.. camne dengan sky aku? aku rasa boleh tahan mendung je huhuhu
Selamat Menyambut Aidil Adha dan juga welcome 2007!
Kiterang bejalan sakan semalam diwaktu tak sure raya hari Sabtu ke Ahad. Initially nak jalan saturday tapi takut raya jatuh pada hari tu. sebab aku buat kira-kira sendiri agaknya raya boleh jatuh on saturday. then hubby kata ada orang emel raya ahad. so okla, jumaat kita jalan, sabtu bole masak. tetapi rupanya kiterang salah..
a brief tour to oxford, then the posh bicester village and finally swindon.
balik dari jalan, aku mula prepared pape yang patut. masak sikit my version of nasi impit, plus yang anom kasi. then my very first experiment of kuah kacang. ada dah tu nak makan di pagi/tengahari raya, depends pada waktu kita bangun ehehehe aku tido je dah dekat pukul 4, hubby lak sampai ke pagi..
ye, memang bangun agak lambat. kiterang bersiap-siap dan had our raya brunch iaitu nasi impit dan kuah kacang sahaja sebab soto akan dimasak kemudian. lepas tu bejalan kaki pegi beraya kat rumah sawal n anom, makan bes dengan adanya menu seperti nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, lontong, n sate goreng. after been there dekat nak 2 jam, kiterang balik nak-nak aaqilah dah mula mengamuk. kiterang pon beriya mengajak orang datang rumah, maka aku balik ni nak mula masak le.
sungguh ekspres proses memasak sebabnya aku dah kata bole datang after isya'. untuk makluman semua, sekarang ni isya' pukul 6, jadi aku ada 2 jam setengah je gitu. peh aku rasakan memang sungguh ekspres.
petang yang fun untuk kiterang. sesekali aaqilah menjadi host ye, once in a while aaqilah seronok ada ramai orang kat rumah aaqilah. terima kasih bangat pada yang sudi datang..
dalam dingin subuh
hatiku terusik
kenang nasib diri di rantauan
terdengar takbir raya
menitis air mata
terbayang suasana permai desa
sob..sob..sob..
2 days ago was our aaqilah's 6th month bday. kira bday le tu. cadangnya nak pegi city beli cake n food tapi hazy sepanjang hari, sejuk ooo 0 darjah.

then, titi msg aku dengan soalan ko dah tau apa title buku-7? ntah, mana la aku tau, yang aku perasan lately banyak gak artikel pasal buku-7 and j.k.rowling. jengjengjeng inilah dia Harry Potter and the Deathly Hallow. wow what a title. tak sabar tunggu mid next year, tak sabar nak baca tapi unbelievable surprisingly it's coming to the end. macam lotr trilogy jugak, nampaknya macam tade buku cerita lagi yang aku sangat looking forward after this huhuhu
kalau ada sesapa nak layan movie, apa kata try the last kiss. hubby yang suggested, tapi aku ingat busan, in contrary aku silap besar. sesuai di usia-usia begini.![]()
Sesekali ku rasa teringin hehe pancake with maple syrup and creme. very ideally for breakfast, dessert mahupun brunch. for me, aku nak recommend as a dessert sebab maple syrup ni sweet rasanya. tambah lak cream, emm sedap sedap. nak lagi bes, makanlah bersama hirisan pisang atau strawberi kalau ada, kiwi pon bole gak. kalau cam tropical climate tu kan, buah seperti pisang, even mangga pon aku rasa boleh aja. sedap pon sedap, sehat pon sehat =)
hidup ni kalau mundane je dull jugak kan. once in a while, drama perlu diadakan atau ditakdirkan untuk ada supaya life kite more merrier. aku rasa hari ni bole tahan dramanya.
hubby pegi main bola pagi tadi. tho tido pukul 6.30 pagi, tekeja-keja dia siap nak pegi main bola jugak. takut gemuk katanya. aku lak tido pengsan sampai noon, as usual le tu. itu pon aaqilah dah bising-bising, mak wake up, wake up hehehe then, bersihkan aaqilah, kasi dia makan, masak bubur untuk aaqilah, reheat bihun last nite sambil tetiba rajin nak buat iced lime. tetiba hubby balik dan all of a sudden dia suggest keluar jejalan pegi city. ironinya aku dah citer-citer kat aaqilah nak bawak dia jejalan pegi kedai siam shops for groceries sket. duduk dalam rumah je jadi sengal jugak aku ni.
on the way to city, kiterang duduk dekat dengan satu couple ni. sweet je, teringat lak zaman memuda bechenta sakan dulu. sambil kiterang pon leka citer-citer, ada beberapa tense moments between them, gaduh-gaduh manja kut. kekadang tu dengar tinggi gak suara mamat ni, yg girl ni pon sayu je suara pujuk. bila turun bas mamat ni jalan laju ke depan. aku yang still dalam bas bising kat kenit, itu la lelaki bla bla bla merajuk le tu bla bla bla dominion le tu bla bla kasi lempang sket bla bla bla
bukannya apa, bila dah sekarang ni aku pon tergelak kalau teringat masa-masa camtu. muda dan kurang sabar. kalau sakit hati tu mulalah cakap yang bukan-bukan, nak kasi orang tu sakit hati juga. kesian jugak aku kat that girl. drama drama..
akhirnya the drama goes back backfired kiterang. on the way balik dalam bas aaqilah tetiba mengamuk. memula dia buat muka mencebik dia, jerit sket je. hubby memula tanggalkan carrier nak tenangkan aaqilah, aik lagi kuat dia jerit. mata dah start berair tuu. nak tambah drama, traffic kebetulan jem sebab orang dan kereta berasak-asak pulang dari tengok bola. aiseh, ni tak bagus ni.
bila aaqilah mengamuk sakan, aku dan hubby tau dia lapa, hubby suh aku kasi dia makan. aku lak reluctant, dalam bas yang agak penuh tu. sebenanya aku malu nak selak baju dan orang nampak =( air mata aaqilah dah mengalir-ngalir. jerit makin kuat. kiterang stop kat portswood, dengan harapan dia akan calm down since dia suka kalau berjalan dan lagi sejuk. tapi lain lak halnya, aaqilah tak stop menangis. sejuk, gelap, dan kiterang bertiga nampaknya kena jalan kaki balik rumah yang still jauh lagi.
aaqilah menangis, aku senyap dan sesekali dengar suara hubby. aku tau dia bengang sebab hesitation pasal kasi aaqilah makan tadi. yang aku lak dengan bengangnya tatau nak marah kat sapa. takkan nak marah kat aaqilah, dia lah kesian dalam drama ni. takkan nak marah kat hubby yang tamo naik bas cepat tadi. jadi marah je la kat diri sendiri.
lama-lama aaqilah pon tetido. dengan sejuk angin petang, aku pon cool off sendiri. terasa bersalah kat aaqilah, kat hubby sebab marah-marah and kutuk dia dalam hati. rasa bodoh sendiri.
jadi inilah drama kehidupan kiterang hari ni. dari gelak ketawa boleh jadi merajuk dan bermasam muka, and again, and again..
p/s: hubby, saya minta maaf ye..

thanks to hubby
holla back,
we've reached a decision - untuk bisnes dengan lebih produktif!
ye, kenit and misha akan open semula end of the year order, insyaAllah. pada sesiapa yang never heard of this before, kitereang akan amik order kasut semula. last time was quite encouraging. parents aku yang datang sempena aaqilah, memasing balik dengan more than 10 pairs. first ayah aku, plus 6-8 pairs untuk family. then my mom, memang semua orang punya order.
but this time kiterang ingat untuk pergi lebih jauh. nak bisnes dengan lebih serius. it's time to seize this opportunity as part of our income, not only for shoe-luvs and fun anymore. jadi that's the reason of this post, as a market survey on stuffs that we gonna sell. aku pon tade idea adakah blog ini dibaca oleh kawan-kawan sahaja (kawan-kawan yang bz laktu hehe) atau blog readers di luar sana (perasan).
jadi sesiapa yang ingin menjawab survey ini, anda boleh menjawab dalam apa bentuk yang ada suka, short essay, bullet points, apa saja
- apakah barang yang most probably orang akan beli, brand name dan berapa yang anda willing to pay (diharap realistic number here)
- berapa lama anda sanggup tunggu for your order, soalan ni related dengan no.3
- delivery methods - sebelum ni buyers akan amik kat my house since derang ni sumer member-member baik yang besemangat nak amik order memasing.
cuma untuk kasut, seperti biasa sila tinggalkan pesanan anda di sini pon bole jugak. sbb previous buyers yang lain derang tau apa nak buat, saiz in cm, kasi pada kenit dan kalau ada korang punya wish kiterang akan carikan, kalu tak kiterang akan belikan.
harapnya sukses!
aku dapat rasakan kalu lagi lama aku duk umah lagi tak produktif le jawabnya. duit tak masuk, kepala sebu, maybe makin naik badan agaknya. tapi bahagianya dapat tengok aaqilah membesa depan mata
jadual harian, tido very early in the morning, bangun dah dekat nak zuhur. sekarang ni zuhur masuk nearly pkl 12. selalunya hubby akan masuk tido lambat gile, kekadang dia tido pas subuh. aaqilah lak akan bangun paling awal, aku pon tak berapa sure pukul berapa selalunya depends pada pukul bape dia tido. mood dia di pagi hari memang bes, dia akan memain sorang-sorang sebab orang lain tamo bangun sampaila dia dah start bising. so selalunya by 11++ aku dah bersihkan aaqilah, kasi aaqilah makan dan main-main lagi dengan dia sebab dia selalunya getting sleepy balik.
quite funny bila kita dah duduk dekat dengan kedai ni makin malas plak rasanya nak pegi beli barang. sekarang kalau nak dapatkan groceries senang dah. makin senang dan suka hati sebab ada kedai siam near here. baik aku member dengan tokey dia yg suka panggil orang darling tu mana tau senang dapat diskaun. jap sebenanya tade diskaun le. dia panggil aaqilah doll.
cuma kali ni rasanya nak makan lebih variety. resepi tebaru yang aku sangat suka, soto ayam! kalau layan gordon ramsay's lak akan influence untuk masak western style, dengan presentation yang kewl. tapi sudah jadi style kita, makan hidang.
wat are these craps i'm babbling about? aduhh pening pening
yesterday morning i took aaqilah to uni's nhs for her immunization's appoinment. chee speaking london nampak hehehe
kesian aaqilah, bukannya satu, atau dua tapi 3 shots terus dapat. satu 3rd dpt/hib/polio kat left thigh, 2nd men C kat left thigh jugak and the new introduced injection untuk pneumococcal (ntah camne eja) kat right thigh plak. maka 3 kali jugak la aaqilah melalak. berabai air mata hari ni..
unlucky for us, ayah aaqilah takde sebab ada temujanji dia lak dgn supervisor dia. maka tadela satu lagi tukang pujuk aaqilah huhuhu
aaqilah juga dah pandai meragam. sepanjang hari nak bedukung, then aku kena le carry dalam baby bjorn. err buleh tahan jugak semangat ye..
aaqilah, aaqilah oo aaqilah
